TV3 melaporkan sebentar tadi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu menemui semua Ahli Parlimen Barisan Nasional, BN, Sabtu ini, 8 Januari 2011 di Putrajaya.
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri.
Sekaligus menguatkan lagi desas desus Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan awal tahun ini.
Sebelum ini pilihanraya umum ke 12, diadakan pada 8 Mac 2008 setelah Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Parlimen pada 13 Februari 2008.
Keputusan pilihanraya umum ke 12, PRU 12 itu sudah diketahui umum. BN dilanda Tsunami politik, tewas di 4 negeri - Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak selain gagal merampas kembali Kelantan.
Malahan BN juga tewas teruk di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).
Jika tidak dibantu kemenangan cemerlang BN di Sabah dan Sarawak, sudah pasti bukan Najib menjadi Perdana Menteri dan bukan BN yang memerintah Malaysia sekarang, sebaliknya pembangkang.
Sepanjang tempoh selepas PRU ke 12, ada 13 pilihanraya kecil diadakan di mana kemenangan berpihak kepada pembangkang 8 berbanding 5 dimenangi BN.
Satu lagi pilihanraya kecil DUN Tenang, Johor, penamaan calon ditetapkan pada 22 Januari 2011 manakala pengundian pada 30 Januari 2011.
Sejak akhir akhir ini, desas desus bertiup kencang bahawa PRU ke 13 akan diadakan tahun ini, 2011 serentak dengan pilihanraya DUN Sarawak yang penggal perkhidmatan kerajaan negeri berakhir Jun 2011.
Hmmmm... sama samalah kita nantikan kelak.
No comments:
Post a Comment