Tuesday, January 4, 2011

2 Singh yang dikagumi : Harjit Singh Hullon (RTM) dan Karam Singh Walia (TV3)






Dalam dua penyiaran di Malaysia, terdapat 2 Singh yang dikagumi.

Pertama Harjit Singh Hullon, pembaca berita RTM yang amat fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris, mula berkhidmat dengan RTM pada 1971 dan mula membaca berita sejak 1973 sehingga hari ini, ketika artikel ini ditulis pada 4 Januari 2011 (sudah 38 tahun beliau membaca berita dan sudah 40 tahun beliau berkhidmat dengan RTM)!!!

Ramai rakyat Malaysia kagum dengan kebolehan dan kepetahan Harjit Singh Hullon membaca berita ketika RTM mula mula ke udara pada 1970an ketika siaran TV hitam putih dan juga ketika era internet, LCD dan Teknologi Maklumat sekarang.



Kelihatan Harjit Singh Hullon membaca berita ringkas RTM pada 1983 di studio yang ringkas. Kelihatan editor dan pemberita zaman itu masih menggunakan Typewriter. Jika silap taip, maka susah nak erase.. Sekarang semuanya pakai Lap-top dan malahan juga menggunakan i-pod dan macam macam gadget berteknologi canggih untuk menghantar berita.

Selain membaca berita dan menjadi editor serta sekali sekala keluar membuat liputan berita bertaraf antarabangsa, Harjit juga adalah Ketua Meja Unit Antarabangsa Berita TV, RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Seorang lagi Singh yang dikagumi dalam dunia penyiaran ialah Karam Singh Walia yang kini berkhidmat di TV3.







Saudara Karam Singh amat sinonim dengan isu isu berkaitan alam sekitar di Malaysia sepertimana juga Datuk Michael Chong dari MCA yang sinonim dengan isu isu sosial termasuk isu ah long, isu anak diculik, anak hilang dan sebagainya di pejabat bantuan perhubungan MCA.

Saudara Karam Singh sudah memenangi pelbagai anugerah TV nasional termasuk anugerah laporan berita terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia Petronas.

Antara kes menggegarkan yang pernah beliau membuat liputan dan disiarkan berita TV3 termasuklah Kes pencemaran ladang khinzir di Melaka, kes pencemaran alam sekitar di Cameron Highlands, kes sampah di seluruh Malaysia, kes buangan sisa toksik di seluruh Malaysia dan juga kes rakyat asing di Sabah.

Karam Singh Walia bukan sahaja dikenali dengan teknik liputan dan laporan berita yang amat cemerlang, malahan beliau juga dikenali dengan pantun pantunnya yang amat mencuit hati dan sukar ditandingi oleh wartawan lain.





Sayangnya, generasi muda kaum Sikh kini dilihat kurang menyinar dalam bidang penyiaran di Malaysia, sekaligus tiada pengganti Harjit Singh Hullon dan Karam Singh Walia..

Syabas Harjit Singh Hullon dan Karam Singh Walia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs