Sebagaimana yang kita ketahui, 3 artis popular tanah air, telah bertemu jodoh pada awal Julai 2011 lalu.
Mereka ialah Tomok dan Noh vokalis kumpulan Hujan yang berkahwin dengan penyanyi popular Mizz Nina, anak jutawan perbankan, Tan Sri Azman Hashim.
Tomok bertemu jodoh dengan Ayu, pramugari penerbangan Malaysia MAS. Noh Hujan pula, jodohnya Mizz Nina, penyanyi yang kian popular dengan genre hip hop.
Kedua dua pasangan mempelai ini ada persamaan.
Tomok, Ayu, Noh Hujan dan Mizz Nina sememangnya pernah menaiki pesawat MAS (Ayu adalah pramugari MAS).
Tomok, Ayu dan Noh Hujan pastinya pernah mendengar lagu Mizz Nina.
Mizz Nina, Tomok dan Ayu pastinya pernah mendengar lagu Noh Hujan.
Dan Noh Hujan, Ayu dan Mizz Nina pastinya ada mendengar lagu Tomok.
Saya pula pernah menaiki pesawat MAS, pernah mendengar dan menyaksikan persembahan Tomok, Mizz Nina dan Noh Hujan dan pernah bertemu juga dengan Tan Sri Azman Hashim, bapa kepada Mizz Nina dan Encik Salleh Ibrahim, bapa kepada Noh Hujan.
Meskipun isteri Tomok dan isteri Noh Hujan lebih tua dari suami masing masing, namun jodoh dan cinta tidak menjadikannya penghalang, ibarat asam di darat, ikan di laut, bertemu juga dalam kuali.
Untuk rekod juga, bapa Mizz Nina, Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim pernah menjadi orang paling kaya di Malaysia suatu ketika dulu dan memiliki kereta super cars menakjubkan termasuk Ferrari.
Apapun selamat berbahagia Tomok, Ayu, Mizz Nina dan Hujan.
Dan tahniah juga kepada Tan Sri Azman Hashim dan Encik Salleh Ibrahim.
No comments:
Post a Comment