Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-65 di Kuala Lumpur pada sabtu 30 Julai 2011.
Sebelum ini, Palanivel adalah Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi.
Palanivel dilantik sebagai Presiden MIC pada 6 Disember 2010 menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu yang memegang jawatan itu selama 31 tahun.
Dengan pengumuman ini, MIC kini mempunyai 2 menteri penuh dalam kabinet persekutuan.
Seorang lagi menteri penuh dari MIC ialah Datuk Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia.
Ketika ini terdapat 5 Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Presiden Gerakan Senator Tan Sri Koh Tsu Koon dari Pulau Pinang, Datuk Seri Idris Jala dari Sarawak, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dari Pulau Pinang, dan Datuk Seri Nazri Aziz dari perak serta Datuk Jamil Khir Baharom.
Dengan perlantikan Datuk G Palanivel, maka ada 6 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang paling ramai berbanding kementerian lain.
Tahniah Datuk Palanivel. Tahniah MIC.
No comments:
Post a Comment