Wednesday, July 6, 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011, tewaskan Sabah 2-1


Kelantan Juara Liga Super 2011 selepas menewaskan Sabah 2-1 dalam perlawanan terakhir di stadium Likas, Kota Kinabalu pada malam Rabu 6 Julai 2011. 15 ribu penonton menyaksikan perlawanan itu termasuk 5 ribu penyokong setia Kelantan The Red Warriors.



Penyerang Kebangsaan dari Kelantan, Noorshahrul Idlan Talaha menjaringkan kedua dua gol Kelantan pada perlawanan itu diminit ke 5 dan 71. Selepas perlawanan Noorshahrul berkata :

"pertama saya bersyukur dan alhamdulillah, sebab kelantan juara liga super pada tahun 2011 ini, pasal yg kasut emas tu, saya sikit kecewa utk tak dapat sebab second, tapi walau bagaimanapun saya penjaring terbanyak itu sebab tak dapat, itu pembakar semangat saya lagi utk next season utk rebut kasut emas lagi."

Selepas ini Noorshahrul terpaksa pula berlatih bersama skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Chelsea, Liverpool dan Arsenal serta perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura. 3 hari sebelum perlawanan menentang Sabah, Noorshahrul beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan di Taipei pada Ahad 3 July 2011 di mana beliau membantu Malaysia layak ke pusingan seterusnya dengan agregat 4-4, meskipun tewas 2-3 di Taipei.




Sejurus tamat perlawanan jurulatih Kelantan Datuk M Karathu berkata :

"memang kita tau sabah ada kebaikan mereka di flankers dan attacking qualities, kita defended well lepas tu kita dapat gol yg early, itu ialah satu beri motivasi kepada tiap2 pemain, then we control midfield, 2nd half kita scored lagi 1 gol so 2 gol, we dominated thorughout the game lah, itu ialah kejuaraan liga super ialah 1 hadiah kepada rakyat kelantan, u see 1st time. so kita akan bermula thinking about piala malaysia selepas ini."




Tan Sri Annuar Musa - Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, KAFA, komen selepas tamat perlawanan Kelantan 2-1 Sabah di stadium Likas, Kota Kinabalu 6 July 2011

"saya bersyukur saya ucap tahniah kepada ketua jurulatih, penolong 2 jurulatih dan para pemain, saya rasa mereka telah bermain bersungguh2 dalam 1 musim yg begitu panjang ya & kita melalui pelbagai liku2 yg cukup mencabar tapi akhirnya usaha kita selama 3 tahun utk membawa kelantan ke puncak telahpun berjaya, jadi saya bersyukur. saya juga ucapkan terima kasih pada penyokong yg telah meriahkan suasana pada malam ini."

Katanya, Tropi kejuaraan Liga Super akan diserahkan kepada Kelantan di Wisma FAM pada Jumaat ini 8 Julai 2011 jam 11 pagi sebelum dibawa pulang ke Kota Bahru untuk sambutan besar besaran. Soal insentif ganjaran kepada pemain dijangka diumumkan di Kota Bahru kelak.




Selepas kejayaan memenangi piala Malaysia tahun lalu, Kelantan menambah lagi koleksi kecemerlangan bolasepaknya.

Kali ini, kejuaraan Liga Super 2011 menjadi milik negeri cik siti wan kembang buat julung kalinya.

2 gol jaringan penyerang kebangsaan, Noorshahrul Idlan Talaha melengkapkan kemenangan dua – satu menewaskan sabah di stadium Likas, Kota kinabalu, malam tadi 6 July 2011.

sekaligus mengesahkan kedudukan teratas Kelantan dalam liga super tanpa dapat dicabar mana mana pasukan.

Bermain jauh ribuan kilometer dari gelanggang sendiri, bukan penghalang kepada Kelantan untuk mencatat sejarah gemilang selaku juara liga super 2011.

Semangat juang kelantan dinyalakan lagi dengan kehadiran 5 ribu penyokong setia the Red Warriors,

Perlawanan malam tadi memperlihatkan Kelantan lebih menguasai perlawanan.

Seawal minit ke 5, gol Sabah sudahpun dibolosi.

Noorshahrul Idlan Talaha yang baru kembali dari Taiwan dalam kelayakan piala Dunia, mendapat hantaran Mohd Daudsu Jalamudin dan mudah memperdaya penjaga gol sabah, Azizon Abdul Kadir, dari jarak dekat.

Untuk rekod, Daudsu adalah pemain yang menjaringkan gol sendiri ketika Kelantan tewas 1-2 kepada Terengganu dalam final Piala FA 2011.

Gol itu menghangatkan lagi stadium Likas dan merancakkan permainan.

Sabah cuba menggasak menerusi penyerang utamanya, Zainizam Marjan, namun pertahanan Kelantan dan gawang yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, nyata kebal.

Kedudukan satu kosong kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Pada minit ke 71, sorakan penyokong Red Warriors sekali lagi mengamatkan stadium Likas.

Sepakan lencong Noorshahrul dari luar kotak penalti sama sekali menewaskan Azizon untuk gol kedua Kelantan.

Tersentak dengan gol itu, Sabah melakukan serangan bertali arus dan berhasil menjaringkan gol menerusi Razlan Oto di minit ke 77.

Meskipun Sabah cuba menggasak untuk mencari gol penyamaan, Kelantan berjaya mengekang setiap serangan.

Di minit terakhir permainan, Noorshahrul berpeluang menjaringkan hatrick, namun rembatan kencangnya dapat ditepis Azizon.

Sejurus pengadil Mohd Yusof Mat Karim meniup wisel penamat, sejarah baru bolasepak Kelantan tercipta .

Kelantan muncul juara liga super buat pertama kalinya.

Keputusan muktamad di stadium likas, sabah satu, kelantan dua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs