Thursday, July 28, 2011

Penjadualan semula semester universiti awam untuk beri ruang perayaan Deepavali kepada pelajar India di Malaysia



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya sentiasa memikirkan langkah, usaha dan pendekatan untuk memastikan setiap kaum di negara ini, dibela dalam apa juga aspek.

Namun kadang kala apa sahaja langkah yang diumumkan kerajaan itu tidak disambut dengan ucapan terima kasih sebaliknya ada pihak yang sentiasa tidak mahu menghargai usaha, penghargaan dan layanan mesra kerajaan.

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana kita bukan sahaja antara negara paling makmur di Asia malahan juga paling maju, aman dan selesa.

Langkah terbaru diumumkan Najib adalah untuk keselesaan kaum India di Malaysia untuk balik merayakan Deepavali bersama keluarga.

Mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi menyusun semula jadual semester universiti awam bagi membolehkan pelajar India pulang kepada keluarga untuk menyambut Deepavali.

Pengumuman Perdana Menteri itu dibuat pada Rabu 27 Julai 2011 semasa melancarkan Gerakan Pelajar India 1Malaysia (1MISM) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih 3,000 pelajar.

Najib berkata, penyelarasan akan dibuat terhadap kurikulum dan jadual universiti itu sama seperti yang dilakukan untuk pelajar Melayu dan Cina.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa biasiswa Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan dianugerahkan kepada siswazah India yang mencapai kepujian kelas pertama untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah, PhD.

"Saya akan serahkan kepada 1MISM mengemukakan cadangan ke pejabat saya dan kita akan lihat berapa banyak biasiswa yang dapat kita beri,” kata beliau.

Najib juga berkata, kementerian berkenaan akan menentukan pada masa depan makanan ‘vegetarian’ dapat disediakan di universiti.

Ini juga boleh menampung keperluan pelajar Islam oleh kerana mereka suka makan capati, dhal dan kari, katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa universiti awam akan menyediakan bas untuk mengangkut pelajar India ke kuil setiap petang Jumaat.

Itu dia Perdana Menteri yang hebat. Harap rakyat Malaysia dari pelbagai kaum menyambut baik pengumuman terbaru ini.

Mana ada bas disediakan untuk ke kuil sebelum ini oleh seorang Perdana Menteri??

Hidup Malaysia.. Long Live Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs