Tuesday, September 20, 2011

Budak berusia 2 tahun, tapi merokok 40 batang sehari!!!


This is what a 2 year old baby should be doing daily. Inilah apa yang sepatutnya dilakukan kanak kanak normal berusia semuda 24 bulan atau 2 tahun.


This is a normal baby, playing around like a baby. Inilah baby yang normal, bermain adalah satu perkara biasa dan normal bagi kanak kanak semuda 1 tahun hingga 6 tahun.



Babies are supposed to behave like this in their tender years, bukannya melakukan perkara yang tidak elok.


But definitely not like the combos of pictures below. Cuba renungkan apa yang dilakukan bayi berusia 2 tahun yang bertubuh gempal di Sumatra, Indonesia ini menerusi gambar dibawah :




















Lihat gayanya di atas, masih memakai lampin dan minum susu, namun lagaknya bagaikan perokok Profesional, dengan mengeluarkan asap berkepul kepul secara bergaya dan memegang rokok seperti seorang Koboi!!

Mengejutkan!!! Ketika baru berusia 24 bulan atau 2 tahun, Ardi Rizal dari Sumatra, Indonesia sudah menjadi tajuk akhbar utama di Indonesia dan dunia kerana tabiat buruknya menghisap 40 batang rokok sehari bersamaan 2 kotak rokok.

Ini menjadikan Ardi Rizal sebagai perokok tegar paling muda di dunia, satu rekod yang tidak ingin dikongsi mana mana kanak kanak dan ibu bapa di alam fana ini.

Dia mula merokok secara aktif dan profesional, ketika berusia 18 bulan atau lebih tepat 1 tahun 6 bulan, ketika kebanyakan kanak kanak generasinya masih menyusu dan merengek manja!!!

Kisah "kehebatan tak bertempat" Ardi Rizal itu sudah dilaporkan media utama di seluruh dunia termasuk di United Kingdom serta juga menerusi tulisan sinis dalam Blog.

Pasti kita mahu bertanya kepada kedua ibu bapa Ardi Rizal, bagaimana gerangannya kok bisa jadi begini dong??

Ibu Ardi Rizal, Diana, 26 tahun sambil menangis berkata anaknya itu sudah menjadi perokok tegar yang amat ketagih nikotin. Ardi dikatakan akan mengamuk termasuk marah, menjerit, bertempik dan memukul dinding rumah, jika tidak diberikan rokok oleh ibu bapanya.

Kata Ardi, dia merasa pening dan sakit, jika tidak merokok!!!

Pelbagai pihak cuba membantu Ardi Rizal menghentikan ketagihan tahap dewanya, namun gagal.

Ini termasuk strategi halus Marhaiens, menawarkan membeli kereta untuk keluarga ini jika si bayi ini berhenti merokok. Namun taktik itu juga tidak berjaya.

Bapa Ardi, Mohammed, 30 tahun, seorang penjual ikan berkata dia terpaksa membelanjakan kira kira RM20 sehari untuk memuaskan ketagihan anaknya, jumlah itu sebenarnya boleh digunakan untuk membeli susu, beras, sayur sayuran, daging dan kopi, serta keperluan rumah yang lain.

Namun apakan daya. Menurut laporan media, si Bapa yang memperkenalkan rokok ini kepada anaknya, disuruh mencuba cuba, lama lama ketagih. Waduh dong!!

Kini kita tidak tahu samada Ardi berjaya menghentikan tabiat rokok tegarnya itu.

Menurut statistik dari Agensi Statistik Pusat Indonesia, 25% daripada kanak kanak semuda 3 tahun hingga 15 tahun di Indonesia, pernah merokok manakala 3.2% daripada kanak kanak dalam lingkungan umur berkenaan, adalah perokok aktif.

Manakala peratusan kanak kanak berusia 5 tahun hingga 9 tahun d Indonesia yang menghisap rokok bertambah dengan peningkatan 0.4% pada 2001 kepada 2.8% pada 2004.

Indonesia yang mempunyai lebih 200 juta penduduk juga dikatakan negara ketiga tertinggi di dunia yang memiliki bilangan penghisap rokok terbanyak di alam maya ini...!!!



The most popular cigarrete brand in Indonesia is of course the Gudang Garam Surya. Jenama rokok paling popular di Indonesia semestinya Gudang Garam Surya yang berperisa cengkih.

To Ardi Rizal, please CUT DOWN!!! Kepada ARDI RIZAL, SILA BERHENTI MEROKOK SERTA MERTA!!! Nasihat daripada DUNIA KEPADA ANDA!!!

2 comments:

ben said...

There's another 2-yr old heavy smoker in Indonesia - forgot already name

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alamakkk.... why their parents offered them cigarettes at such tender ages?? Are they Mad??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs