Friday, September 30, 2011

Malaysian Insider akui siar berita tanpa fakta terhadap Tan Sri Tajudin Ramli


Tan Sri Tajudin Ramli, bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia, MAS

Pengajaran kepada pengamal media di Malaysia termasuk media portal dan media internet, jangan tulis sembarangan mengenai individu tertentu, kerana jika faktanya tidak benar, maka ia mendatangkan malu dan menjatuhkan maruah ke atas individu terbabit.

Ini yang berlaku kepada Portal berita The Malaysian Insider yang hari ini, 30 September 2011 terpaksa mengemukakan permohonan maaf terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli kerana penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah.

Syarikat The Malaysian Insider Sdn. Bhd., Ketua Pegawai Eksekutifnya Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal menyerahkan surat kenyataan itu menerusi peguam mereka George Miranda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal di dalam kamar di Kuala Lumpur.

Turut hadir peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

Di luar mahkamah, Miranda memberitahu pemberita bahawa kesemua pihak menandatangani surat kenyataan maaf itu dan selain kenyataan tersebut, beberapa terma lain turut dibincangkan tetapi tidak boleh didedahkan.

Melalui surat tersebut ketiga-tiga pihak menyatakan kekesalan mereka di atas segala kesulitan yang dialami Tajudin berikutan tersiarnya berita berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs