Friday, September 9, 2011

Mulai 2012, umat Islam di Pahang yang tidak bayar zakat akan dikenakan tindakan undang undang Syariah







Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu :

1.Mengucap dua kalimah syahadah

2.Menunaikan solat fardu lima waktu

3.Berpuasa pada bulan Ramadan

4.Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

5.Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Selain itu, penganut agama Islam juga perlu percaya kepada 6 Rukun Iman.

Namun masih ramai umat Islam di Malaysia yang enggan ataupun gagal menunaikan rukun Islam ke 4 itu.

Dan bagi mengelak masalah itu berleluasa dan berterusan, tindakan tegas diambil.

Sebagai permulaan, mulai tahun depan, umat Islam di Pahang yang gagal membayar zakat akan berdepan dengan tindakan undang-undang syariah.

Keputusan drastik itu di ambil Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, MUIP, berikutan ramai di kalangan umat Islam enggan menjelaskan zakat sepertimana disyariatkan.

Antaranya peneroka Felda.

Daripada 43,000 peneroka Felda yang layak -- hanya 5,000 sahaja bersamaan 11 %menunaikan Rukun Islam ke-4 itu.

Ini bermakna 38,000 peneroka Felda di Pahang tidak membayar zakat pada Ramadhan 2011 lalu bersamaan Ramadhan 1432 Hijrah.

Timbalan Yang Di Pertua MUIP, DATUK SERI WAN ABDUL WAHID WAN HASSAN berkata :

"Al-Quran mengatakan bahawa orang Islam wajib membayar zakat. Pada saya perlu mengambil tindakan terhadap orang yang tak bayar zakat dari segi hukum ...Dari segi undang undang kita memang ada." tegasnya.

Tindakan itu selaras dengan peruntukkan enekmen Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Kepada Umat Islam di Pahang, ayuh tunaikan kewajiban anda. Kepada umat Islam di seluruh negara dan seluruh dunia, ayuh tunaikan juga rukun Islam ke 4 itu sebagaimana disyariatkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs