Menghisap rokok ketika memunggah minyak petrol dipercayai menjadi punca letupan di atas sebuah bot nelayan di Kudat, Utara Sabah yang mengorbankan tiga orang termasuk dua wanita, malam ahad lalu, 27 November 2011.
Ketua Polis Daerah Kudat, DSP Dawi Ossen ketika dihubungi media berkata ia berdasarkan siasatan pihak berkuasa di lokasi kejadian.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki dan dua wanita dalam bot nelayan itu dilaporkan maut, akibat letupan di atas bot.
Mayat ketiga tiga mangsa sudah ditemui pagi dan tengahari Isnin 28 November 2011.
Menurut DSP Dawi, identiti ketiga tiga mangsa belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.
Namun kesemua mereka dipercayai rakyat asing.
4 lagi termasuk seorang wanita yang berada dalam bot ketika kejadian, cedera dan dirawat di Hospital Kudat dan hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Ekoran kejadian, polis Kudat sudah membuka kertas siasatan bagi melengkapkan siasatan kejadian.
Persoalannya, mengapa menghisap rokok ketika memunggah minyak petrol? Bukankah petrol ini bahan amat merbahaya dan mudah terbakar apabila terkena api, bara api atau rokok?
Dan mengapakah ada wanita di atas bot nelayan itu? Adakah mereka juga ini Nelayan?
No comments:
Post a Comment