Monday, December 26, 2011

Tahun 2011, 3 musuh utama Amerika Syarikat sudah mati, 2 lagi masih diburu

5 individu dalam gambar dibawah ini adalah musuh ketat dan musuh utama Amerika Syarikat. Pada tahun 2011 ini, 3 daripadanya sudah mati manakala 2 masih hidup dan pasti diburu dengan wang ganjaran berjuta juta dollar kepada pemberi maklumat.

Mari kita tengok siapa mereka.


Osama bin laden adalah orang no.1 Al Qaeda. Dia diburu Amerika Syarikat kerana melancarkan perang dan keganasan ke atas Amerika dan kepentingannya di seluruh dunia. Serangan paling hebat dilancarkan Al Qaedah pada 11 September 2001 dimana 19 pengganas Al Qaeda yang direkrut bin Laden, merampas 4 pesawat komersial lalu menyerang World Trade Centre di New York, Pentagon dan cuba menyerang White House di Washington DC. 3 ribu orang maut pada hari itu.

Osama bin Laden dibunuh tentera elit Navy Seal team 6 pada 2 May 2011 di rumah persembunyiannya di Abbotabad, Pakistan. Usianya 54 tahun.



Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi amat dibenci Amerika dan rakannya termasuk Britain kerana dikatakan terlibat dengan keganasan ke atas kepentingan Barat. Ini termasuk pengeboman pesawat Boeing 747 Pan Am di Lockerbie, Scotland yang membunuh 250 penumpang dan anak kapal pada 21 Disember 1988. Pesawat malang itu diletupkan dengan bom oleh agen Libya, ketika dalam perjalanan dari London ke New York. Muammar Gadhafi berusia 69 tahun ketika dibunuh tentera pemberontak pada 20 Oktober 2011 dekat bandar kelahirannya di Sirte. Pemberontakan di Libya disokong NATO dan sekutunya termasuk Perancis dan Britain.



Pemerintah Korea Utara, Kim Jong Il mati akibat serangan sakit jantung ketika usia 69 tahun pada 17 Disember 2011 ketika berada dalam keretapinya. The Dear Leader kelihatan di gambar ini di kanan manakala bapanya yang dikenali The Supreme Leader, Kim Il Sung di kiri. Digeruni Barat kerana mengetuai angkatan Tentera Korea Utara yang dikategorikan tentera ke 4 terbesar di dunia dan mempunyai senjata nuklear. Kim Jong Il digantikan anaknya Kim Jong-Un.



Selepas kematian Osama bin Laden, orang no.2 Al Qaeda, Ayman Al Zawahiri kini menjadi orang no.1 Al Qaeda, dan sehingga kini dia masih hidup dan diburu Amerika dan sekutunya.



Mullah Mohamad Omar ialah pemerintah no.1 Taliban. Sehingga kini kelibatnya tidak diketahui dan dipercayai mengetuai tentangan Taliban ke atas Amerika Syarikat di Afghanistan. Ganjaran sehingga USD 25 juta dollar ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya Mullah. Ketika pendudukan Soviet Union di Afghanistan, Mullah memusnahkan banyak kereta kebal Soviet dan digelar Singa Taliban.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs