Thursday, December 8, 2011

Adakah Pak Lah winnable candidate atau calon boleh menang?






Kita semua tahu Pak Lah atau Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 2003 hingga 2009 sebelum digantikan Datuk Seri Najib Razak pada 3 April 2009.

Pak Lah ketika ini adalah Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak lagi memegang sebarang jawatan kabinet.

Ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 5 selama 5 tahun, Pak Lah telah melancarkan koridor pembangunan ekonomi di semua wilayah di Malaysia termasuk Koridor Pembangunan Sabah, SDC, Koridor tenaga boleh diperbaharui atau SCORE di Sarawak dan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor serta koridor pembangunan Timur atau ECER.

Pak Lah juga komited membenteras rasuah dan ini membawa kepada penubuhan SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggantikan BPR atau Badan Pencegah Rasuah.

Beliau juga menunjangi konsep Islam Hadhari.

Pak Lah juga menumpukan usaha melonjakkan lagi sektor pertanian negara, satu langkah yang dilihat terkebelakang, berbanding usaha ke arah industrialisasi.

Slogan Pak Lah, untuk menjadikan Malaysia negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

Cogankatanya pula, "Mari kerja bersama saya, Jangan kerja Untuk Saya".

Pada pilihanraya umum 2004, Pak Lah mencatat kejayaan amat besar selaku peneraju atau Ketua BN, dimana BN menang 198 daripada 220 kerusi Parlimen, selain merampas semula Terengganu daripada PAS selain hampir menawan semula Kelantan yang dibawah tadbiran PAS sejak 1990.

Namun langit tidak selalu cerah, Pak Lah mencatat keputusan mengecewakan selaku pemimpin no.1 BN pada pilihanraya Umum 2008.

BN tewas di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang selain tewas di sebahagian besar kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. BN juga gagal menawan semula Kelantan. BN juga hilang majoriti 2 pertiga di Parlimen, hanya menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen.

Sekaligus memaksa Pak Lah bersara awal sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Ketika ini, ungkapan popular di Malaysia mengenai calon pilihanraya ialah winnable candidate atau calon boleh menang yang pertama kali dinyatakan Najib Razak di Kuching, Sarawak, awal tahun ini.

Ia mengambil kira calon yang diterima rakyat, parti dan pemimpin.

Ringkasnya, hanya calon yang boleh menang dalam pilihanraya saja bakal diturunkan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina 2012.

Kesimpulannya, adakah Pak Lah calon boleh menang atau winnable candidate?

Hanya rakyat yang menentukannya.

All the best Pak Lah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs