Thursday, December 22, 2011

Takziah dan Al Fatihah kepada keluarga dan waris mangsa kemalangan pelancong Brunei di Jalan Tamparuli-Ranau, Sabah


















Mereka datang ke Sabah untuk bercuti dan bersiar siar.

Namun akhirnya duka pula yang menimpa.

7 pelancong Brunei maut selepas bas ekspres sewa khas yang mereka naiki, hilang kawalan sebelum terbalik dan merempuh sebatang pokok di kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan pada petang Selasa 20 Disember 2011.

Jenazah mangsa sudah diterbangkan dengan pesawat khas Royal Brunei Airlines dari Kota Kinabalu ke Bandar Seri Begawan pada Rabu, 21 Disember 2011.


Takziah dan alfatihah kita sedekahkan.

Dalam pada itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengeluarkan kenyataan berikut.

1. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam, khususnya semua keluarga dan waris yang terlibat.

2. Kita berasa amat sedih dan bersimpati dengan tragedi ini. Saya berharap mereka bersabar dan tabah menghadapi keadaan ini dan mangsa yang cedera dan masih menerima rawatan akan segera pulih.

3. Dengan kerjasama yang kukuh, hubungan diplomatik dan semangat persaudaraan yang erat antara kedua-dua negara, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa yang terlibat.

4. Jabatan dan agensi kerajaan berkaitan juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

5. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada jabatan dan agensi berkaitan serta semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dalam semua aspek ketika kemalangan tragedi ini berlaku.

6. Sama-sama kita berdoa kepada mereka yang terkorban dalam tragedi ini, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs