Friday, December 23, 2011

Kim Jong-Il dalam kenangan


Tanda tangan siapakah ini? Well... inilah tanda tangan Kim Jong Il. Bila dia menanda tangani dokumen untuk serang Korea Selatan atau Amerika, maka inilah tanda tangannya!!



Kematian pemerintah tertinggi Kim Jong Il atau lebih dikenali The Dear Leader, diumumkan TV Rasmi Korea Utara pada Isnin 19 Disember 2011. Pembaca beritanya menangis. Di Malaysia tak sampai ke tahap itu.



Kim Jong Il memerintah Korea Utara, negara yang mempunyai angkatan tentera antara terkuat dunia sejak 1994 hingga kematiannya pada 17 Disember 2011.

Korea Utara mempunyai senjata nuklear dan tenteranya dikatakan keempat terbesar dunia.


Tinggal kenangan > The Dear Leader Kim Jong Il (kanan) bersama bapanya yang dikenali the Great Leader Kim Il Sung (meninggal dunia pada 1994). Jika kematian Kim Jong Il hanya diumumkan 48 jam selepas meninggal dunia, kematian Kim Il Sung pula hanya diumumkan 30 jam selepas meninggal dunia.


Kim Jong Il bersama anaknya yang menggantikannya sebagai Pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un. Kim Jong Il mempunyai 4 isteri dan 4 anak.


Jutaan rakyat Korea Utara menangis hiba apabila mendengar berita kematian Kim Jong Il.


Kim Jong Un, pemerintah Korea Utara yang baru, memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah ayahnya.




Meskipun amat membenci Amerika Syarikat, Kim Jong Il tetap menerima lawatan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton ke Pyongyang pada Ogos 2009 bagi pembebasan 2 wartawan wanita dari Amerika yang dipenjarakan 12 tahun oleh Korea Utara atas tuduhan menjadi pengintip.

Itulah legasi Kim Jong Il yang dibenci Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs