Beberapa saat selepas gambar diatas diambil, kesemua wanita, bayi dan kanak kanak dalam gambar ini, ditembak mati oleh tentera Amerika yang sudah gila.
Peristiwa kejam dan tragis itu berlaku di perkampungan My Lai, Vietnam ketika perang Vietnam pada 16 Mac 1968.
Kompeni Charlie dari Rejimen 20 diarah ke misi “seek and destroy”, namun setiba mereka di kampung My Lai, semua benda bergerak di kampung itu dianggap musuh. Tidak kira kerbau, lembu, ayam, itik, wanita, kanak kanak, bayi dan orang tua, semua dianggap tentera Amerika sebagai musuh mereka iaitu Tentera Vietnam Utara dan gerila Vietcong.
Mylai zaman modenMylai zaman moden turut dilakukan tentera Amerika yang datang gila. Kes terbaru berlaku apabila Staf Sarjan Robert Bales (gambar atas) menembak mati 16 penduduk awam Afghanistan temasuk 9 kanak kanak dan 3 wanita di Kabul, Afghanistan pada 11 Mac 2012 lalu.
Malahan sudah banyak kes Mylai zaman moden dilakukan tentera Ameika temasuk di Iraq.
Tidak mustahil banyak lagi Mylai dilakukan tentera Uncle Sam itu selepas ini.
No comments:
Post a Comment