Thursday, March 22, 2012

Sahrizal Suhaili dan Ariffin Bidin, 2 perogol ganas Sabah yang hanya keluar penjara ketika berusia 100 tahun!!!



Inilah wajah 2 Hantu - 2 perogol ganas yang menculik dan merogol seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah, UMS pada April 2008. 2 hantu dikenali Mohd Sahrizal Suhaili, 21 dan Mohd Arrifin Bidin, 29 kini merengok di penjara selama 100 tahun, hanya dibebaskan ketika usia mereka 100 tahun, 100 tahun akan datang.

Apa yang dua hantu dajal ni buat ? Ikuti laporan berita 24 April 2008 ini.

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara berjumlah lebih 100 tahun dan sebat 25 kali ke atas dua perogol kerana menculik dan merogol seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kampung Rompon, Tambunan, pada 15 April 2008.

2 perogol itu, Mohd. Ariffin Bidin, 29, dari Kampung Tarap, Bongawan dan rakannya, Mohd. Sahrizal Suhaili, 21, dari Kampung Pirasan, Kota Belud.

Kedua syaitan itu didakwa menculik, merogol, melakukan seks luar tabii dan mencederakan mangsa berusia 21 tahun antara pukul 6.50 petang, 15 April 2008 dan pukul 5 pagi, 16 April 2008 bermula dari bulatan King Fisher, Jalan Bangka-Bangka, Likas, Kota Kinabalu sehinggalah di sekitar jalan Gunung Emas dan kampung Rompon, Tambunan.

Atas semua kesalahan itu, mahkamah sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara yang keseluruhannya 100 tahun ke atas kedua dua penjenayah.

Ini bermakna Ariffin dan Sahrizal hanya akan dibebaskan dari penjara, 100 tahun dari sekarang ketika masing masing berusia 121 tahun dan 129 tahun!!

Padan muka.

Mohd. Sharizal, yang tidak bekerja dan Mohd. Ariffin yang merupakan mekanik sambilan dan penjual ikan di Pasar Bongawan kelihatan terkejut apabila hukuman tersebut dibacakan.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam semasa ditanya Duncan mengapa sanggup melakukan jenayah seperti itu memberitahu mereka dipengaruhi oleh minuman keras dan syabu.

''Adakah arak dan syabu mempengaruhi kamu berbuat begini? Mengapa pula arak dan syabu tidak suruh kamu terjun sahaja dari bangunan,'' kata Duncan selepas mereka mengakui gagal mengawal hawa nafsu kerana pengaruh minuman keras dan dadah.

Bukan setakat rogol, kedua-dua hantu ini juga pencuri kereta dan mereka turut dihadapkan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, atas tiga kesalahan iaitu mencuri tiga buah kereta Perodua Kancil di tiga tempat berasingan.

Bagi kesalahan curi kereta itu, Majistret Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman penjara masing-masing lima tahun dan denda RM10,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suhaimi Ibrahim dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Sabah, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs