Monday, March 19, 2012

Yuan Yuan, anak paling kasih dan sayang kepada ibunya di China


Li Yuan Yuan, mungkin anak paling setia, kasih dan sayang kepada ibunya kerana dia memikul ibunya yang lumpuh sejak 21 tahun lalu. Ibu Yuan Yuan lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Setelah berkahwin, Yuan Yuan terpaksa memikul ibunya dan mengendong anaknya pada masa yang sama.

Sungguh Tragis, tapi mengapa tak ada pihak yang mendermakan kerusi roda untuk keluarga ini? Sekurang kurangnya ringan juga beban Yuan Yuan, tak payah memikul ibunya ke hulu hilir, hanya perlu tolak kerusi roda saja.



Pengorbanan Yuan Yuan untuk ibunya dan anaknya, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit atau Yuan dalam matawang China.

Li Yuan Yuan berasal dari Changchun, China.

Gambar di atas menunjukkan Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung.

Orang ramai teruja dan amat hairan serta kasihan kerana wanita cekal itu mempunyai tenaga amat kuat untuk memikul dan menggendong 2 orang pada 1 masa.

Moga Tuhan merahmati keluarga ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs