Sunday, August 9, 2009

Satu satunya konsep one malaysia yang tidak boleh dipraktikkan dengan mudah

Konsep 1 Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sememangnya amat baik untuk diterapkan di kalangan 26 juta penduduk pelbagai etnik di Malaysia.

Samada untuk masyarakat Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut, Iban, Melanau, Bidayuh, Lundayuh, Rungus, Sungai, Bajau dan Kelabit, konsep 1 Malaysia sememangnya mampu mencetuskan integrasi dan perpaduan nasional sebagai prasyarat penting kepada Malaysia untuk terus maju dan makmur.

Satu Malaysia boleh diterapkan di bagi acara kebudayaan, sukan, keramaian awam di setiap peringkat samada di peringkat mukim, daerah, rumah panjang dan sebagainya.

Namun hanya ada 1 konsep 1 Malaysia yang agak sukar dilaksanakan.

Sebenarnya boleh dilaksanakan tetapi sukar dilaksanakan.

Konsep apa agaknya?

Jawapannya konsep 1 Malaysia untuk menambah bilangan isteri.

Jika isteri pertama dari golongan Melayu, isteri kedua daripada masyarakat Cina, isteri ketiga Kadazan dan isteri keempat Bidayuh. Bolehkah dilaksanakan? Boleh, tapi sukar jika tidak mendapat perkenan isteri pertama.

Tidak dinafikan ada suami di Malaysia yang sudahpun mempraktikkan konsep 1 Malaysia dengan mempunyai lebih daripada seorang isteri yang terdiri daripada berbilang bangsa.

Ada yang bercita cita untuk mencapai visi itu tetapi sukar kerana isteri pertama tidak izinkan.

Hmmm.. macam macam.

Hidup 1 Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs