Akademi Fantasia, AF, program hibuan popular terbitan Astro dan pernah menjadi kegilaan ramai khususnya pada musim pertama hingga ketiga dan pernah melahirkan bintang popular seperti Stacy, Mawi, Vince, Aizat dan Marsha.
Namun dari AF musim 1 pada 2003 hingga musim terakhir pada 2011, ada 3 peserta lelaki yang badannya gempal, namun suara umpama buluh perindu.
Mereka ialah :
Sahri dari Akademi Fantasia musim pertama pada 2003
Bob dari AF musim ke 2 pada 2004
Dan Aizat, AF5, 2007
Terlebih dulu, Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir Batin.
Kita fokus kepada AIZAT dulu lah ye.
Antara ribuan artis yang merayakan kedatangan 1 Syawal 1431 Hijrah di Malaysia adalah penyanyi popular - AIZAT.
Mula dikenali ketika menyertai Akademi Fantasia musim ke 5 pada 2007. Aizat yang berbadan gempal ketika itu memukau peminatnya kerana versatile dan mempunyai suara yang lunak dalam setiap persembahannya. Malahan Aizat juga sering mendapat pujian daripada pengkritik tetap.
Namun tuahnya sampai ke situ sahaja apabila tersingkir dan tidak dapat ke final. Akademi Fantasia musim ke 5 akhirnya dimenangi Mila - peserta wanita pertama muncul Juara selepas didominasi peserta lelaki dalam Akademi Fantasia musim pertama, kedua, ketiga dan keempat.
Namun Aizat rupanya menjadi lebih popular dan lebih berjaya daripada peserta lain dalam Akademi Fantasia 5 termasuklah juaranya Mila.
Apa tidaknya, Aizat muncul sebagai Juara Keseluruhan anugerah Juara Lagu TV3 2009 yang disiarkan secara langsung pada Januari 2010 menerusi lagu "PERGI" ciptan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar. Aizat juga menang persembahan terbaik.
Aizat juga menang Anugerah Bintang Popular 2009 selaku Penyanyi Lelaki Popular.
Satu lagi kejayaan Aizat adalah kejayaannya menguruskan badannya dengan begitu cepat sekali... Hmmm apa rahsianya???
Aizat menyampaikan lagu La Camisa Negra pada konsert mingguan AF5 pada 2007 - memang gemuk kan??
Fast Forward >>> Perhatikan pula video di bawah, pada 2010 - hanya 3 tahun selepas Akademi Fantasia musim ke 5 - Aizat sudah jauh lebih kurus kan???
Aizat kini kurus, tidak lagi gemuk seperti dulu. Mungkin berat badannya berkurangan lebih 30 kg??
Persoalannya bagaimana Aizat boleh menguruskan badannya dengan begitu cepat sekali???
Adakah dia menggunakan herba, bersenam, memakan pemakanan khas, memakan ubat ubatan khas atau menggunakan formula mengurangkan berat badan yang ajaib lagi sakti?? Atau adakah ubat menguruskan badan itu didatangkan khas dari Kayangan?
Hanya Aizat yang tahu ceritera dan Hikayat sebenarnya.
Dalam blognya di alamat ini http://aizatamdan.blogspot.com/
Aizat menerangkan bagaimana dia boleh kurus :
I get this question almost everywhere I go nowadays. I wonder jugak apa bezanya diet dulu dan sekarang. Actually semasa dalam akademi dulu, Aizat yang paling sikit makan ( walaupun dlm diari I was potrayed otherwise) sebab takut berat badan akan menganggu penafasan untuk menyanyi. Aizat turunlah sikit but not ketara. So apa beza dengan sekarang? One thing for sure - DIET IS NOT EVERYTHING IN LOSING WEIGHT!! Maknanya makan, jangan tak makan. Two things yang Aizat avoid, Fizzy drinks and Rice (seminggu sekali je). Makan pulak ada timing - every 4 jam, makan small portions. Dengan diet is of course the WORKOUT/EXERCISE - 30 minit EVERYDAY!! Mentally, I tell myself I need to burn the calories I ate today. eg. 30 minutes of brisk walking will burn at least 200 calories. So what's new?? At the end of the day, I think the most important factor is our MINDSET! Apa yang really buat Aizat tekad was the fact that I lost 3 kgs in the first week selepas ikut diet/exercise diatas. Wow! It really inspired me. Kalau boleh turun 3 kg seminggu kali 8 minggu = 24 kg. and the rest is history! So kalau Aizat boleh, anyone can do it. Try it!
Bob AF2
Hmmm... Seorang lagi peserta AF - Yusrizan Usop atau Bob dari Sarawak yang kita kenali pada AF musim ke 2 pada 2004, pula masih mengekalkan berat badannya yang agak heavy dan belum kurus lagi.. Hehehe
Sahri AF1
Begitu juga peserta AF musim pertama pada 2003, Sahri bin Sarip, dari Berang, Melaka yang lebih dikenali sebagai Sahri, mempunyai suara sedap dan badan agak gempal juga.
Dimana Sahri dan Bob sekarang?
Terima kasih kerana membaca dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir Batin...
Didi Astillah Berang Ruhainies Tuduh Bella Astillah Rancang Kes Tangkap
Khalwat? – “Kau DM Dato’, Founder Sebar Fitnah”
-
Setelah sekian lama tidak bersuara, akhirnya adik kepada penyanyi dan
pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil pertahankan kakaknya
lagi selepa...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment