Tsunami adalah perkataan Jepun yang bermakna ombak raksaksa.
Frasa itu berasal dari bahasa Jepun kerana Tsunami kerap melanda negara matahari terbit dan bumi Samurai itu.
Pada 11 Mac 2011, dunia dikejutkan Tsunami raksaka yang memusnahkan sebahagian Jepun khususnya di bahagian Utara termasuk Fukushima, ekoran gempa bumi amat kuat skala 9 Ritcher, menyebabkan bencana di tahap biblikal.
Tsunami sehingga 30 meter itu membadai pantai Utara Jepun, memusnahkan bandar seperti Natori di Miyagi, Otsuchi dan Nodamura, menyebabkan 10 ribu nyawa melayang dan 350,000 orang hilang tempat tinggal.
Meskipun sistem amaran Tsunami di Jepun amat canggih dan dianggap terbaik di dunia, namun tiada siapa dapat menghalang bencana alam itu.
Siren sudah dibunyikan awal sejurus gempa bumi dan tembok penahan Tsunami sudah lama didirikan di kawasan strategik di pesisiran pantai Jepun, namun ombak yang datang, jauh lebih besar dan menakutkan dari jangkaan.
Tsunami itu juga menyebabkan krisis nuklear di loji nuklear Fukushima, menyebabkan penduduk dalam radius tertentu, diarahkan mengosongkan kawasan sekitarnya.
Sempena setahun kejadian Tsunami Jepun, mari kita imbau dan kenang kembali, dan jadikan ia sebagai pengajaran.
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan umat sejagat. Jangan Lupakan kewajipan berdoa kepada Tuhan, tidak kira apa agama sekalipun.
No comments:
Post a Comment