NORA, antara lagu popular Allahyarham Latiff Ibrahim.
Ini pula Lagu Latiff Ibrahim berjodol "Hati yang belum bebas" dari filem lakonannya Dendang Perantau pada 1979. Latiff Ibrahim berlakon bersama Uji Rashid. Filem ini memaparkan suasana di Kuala Lumpur pada 1979 dan juga tren percintaan masa itu dimana motorsikal Scrambler sering digunakan pasangan untuk berpacaran. Juga kelihatan, fesyen seluar Bell Bottom yang amat popular di dunia ketika itu.
Penyanyi yang popular pada 70an dan 80-an, Latiff Ibrahim atau nama sebenarnya Abdul Latiff Ibrahim, telah meninggalkan kita.
Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang, Isnin 20 Februari 2012.
Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN Sabtu 18 Februari 2012 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN, dengan anggota keluarga berada di sisi Allahyarham.
Anaknya, Hazriq Latif berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah Taman Keramat
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 3, Keramat, pada Selasa 21 Februari 2012.
Latif Ibrahim, terkenal dengan lagu Nora, Mengharap Kasih Mu dan Mengenang Dikau Kembali.
Latif ialah abang kepada penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih dikenali Khaty Ibrahim.
Allahyarham pernah menyuburkan industri filem negara melalui lakonan filem Hapuslah Air Mata Mu (1976), Dendang Perantau (1979), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981) dan Senja Merah (1982).
Allahyarham Latiff Ibrahim seangkatan dengan bintang popular 70an dan 80an seperti Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir dan ramai lagi.
Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
No comments:
Post a Comment