Tuesday, February 28, 2012

Natalie Portman amat menggoda dalam Black Swan

















Aktres jelita Hollywood, Natalie Portman kelihatan amat menggoda dan memukau dalam filem Black Swan, yang menobatkannya sebagai Aktres Terbaik dalam Academy Awards 2011 yang mengiktiraf karyawan filem dan pelakon bagi 2010.

Dalam filem Black Swan, Portman memegang watak Nina Sayers, seorang penari balet yang terpaksa melakonkan 2 watak, iaitu baik sebagai White Swan dan jahat sebagai Black Swan.

Untuk mendapatkan watak ballerina yang sempurna, Portman terpaksa berlatih 6 bulan sebelum pengambaran dilakukan.

Bagi saya, Portman lebih daripada layak memenangi aktres terbaik. Saya menonton Black Swan dari mula hingga akhir malam tadi menerusi Astro Movies dan amat tertarik hingga tidak berganjak dari kerusi.

Tidak hairanlah, filem Black Swan dicalonkan untuk 5 kategori >> Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Aktres Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik pada malam anugerah Academy Award pada 25 Januari 2011.

Filem itu juga meraih lebih 329 juta dolar Amerika dari segi pungutan tiket, bersamaan RM1 billion!!

Jejaka yang dapat memikat Natalie Portman, sememangnya bertuah, dan jejaka bertuah itu ialah Benjamin Milliepied yang dikenali Portman ketika memilemkan Black Swan pada 2009 dan dikahwininya pada 2011.

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs