Sumber : The Daily Mail, United Kingdom
Adakah ini cinta sejati atau cinta songsang?
2 gadis lesbian memilih untuk berkahwin kerana begitu menyintai antara 1 sama lain.
Rehana Kausar, 34 dan pasangannya Sobia Kamar, 29, kedua duanya gadis dari Pakistan dan beragama Islam, berkahwin dalam satu majlis sivil di Leeds, Barat Yorkshire, United Kingdom, baru baru ini.
Selepas berkahwin, pasangan itu mengemukakan permohonan perlindungan politik atau suaka politik kerana bimbang nyawa dan keselamatan mereka terancam jika mereka balik ke negara asal di Pakistan.
Pasangan ini berasal dari Lahore dan Mirpur, berkata mereka telah menerima ancaman bunuh dari Pakistan dan juga di United Kingdom ekoran tindakan mereka itu.
Hmmm.. apakah yang akan terjadi kepada Rehana dan Sobia selepas ini? Entahlah..
Yang pasti keluarga mereka di Pakistan pasti tidak senang duduk dan amat marah dengan keputusan mereka ini dan pasangan itu juga harus berhati hati dalam kehidupan seharian kerana mereka kini menjadi sasaran golongan yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan sejenis beragama Islam.
No comments:
Post a Comment