Showing posts with label AJL. Show all posts
Showing posts with label AJL. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

AWAN NANO ciptaan M. Nasir menepati ramalan, muncul Juara Anugerah Juara Lagu ke 26,












Sudah dijangka sifu M. Nasir juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke 26 sebentar tadi pada Ahad, 29 Januari 2012.

Lagu ciptaannya AWAN NANO dan lirik oleh Buddhi Hekayat, dinyanyikan Juara Akademi Fantasia Musim ke 7, Hafiz, muncul juara Lagu sekaligus menggondol hadiah wang tunai RM35,000.

Hafiz juga menang kategori vokal terbaik, membawa pulang wang tunai RM10,000. Pakaian Hafiz juga menarik perhatian kerana amat simple, hanya berT-Shirt dan track-suit, sesuai dengan tema lagu ini mengenai anak yang bertengkar dengan ayahnya lalu insaf dan kembali berdamai dengan "ayahnya" yang menunggu di bawah pentas!!

Sebelum ni M. Nasir sudah 3 kali menang juara lagu pada 1994 menerusi lagu 'Tanya Sama itu Hud Hud', Ghazal untuk Rabiah - duet bersama Jamal Abdillah pada 1997 dan Andalusia pada 1999. Lagu lagu itu juga semuanya dicipta M. Nasir.

Tahniah M. Nasir dan Hafiz dan Buddhi Hekayat.






Tempat kedua pula dimenangi lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin dan lirik oleh Tinta, nyanyian 3 suara Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah, meraih hadiah wang tunai RM15,000.00






Manakala tempat ketiga lagu KARMA nyanyian Faizal Tahir dan ciptaan/lirik Audi Mok dan Faizal Tahir untuk hadiah wang tunai RM12,000.00. Gimik Faizal Tahir bermain piano ketika piano sedang terbakar mengegarkan Malaysia!!







Malam penuh gemilang untuk menobatkan Juara segala Juara bagi industri muzik tanah air di Malaysia berlangsung jam 9 malam, Ahad 29 Januari 2012 di stadium Putra, Bukit Jalil.

Antara persembahan menarik perhatian :

FAIZAL TAHIR dengan lagu KARMA.

Gimik : Faizal Tahir sentiasa terkenal dengan gimik hebatnya umpama dirasuk semangat Lagu, pada setiap penats final AJL yang menobatkannya selaku pemenang terbaik. Dan malam ini, Faizal Tahir sekali lagi mengamamkan penonton Malaysia dengan gimik bermain piano dalam keadaan piano itu sedang TERBAKAR!!! Wahh Hebat Sungguh. Kali ini juga Faizal Tahir tidak memakai cermin mata hitam!!!

HAFIZ ketika menyanyikan lagu AWAN NANO.

Gimik : Sebelum memulakan nyanyian. ada klip video pendek dimana Hafiz bertengkar dengan bapanya. Selepas itu Hafiz menyanyikan lagu agung karya M. Nasir berjodol AWAN NANO dengan gaya tersendiri, diselubungi kepulan asap sambil memakai pakaian paling simple pernah dikenakan mana mana penyanyi di pentas final AJL iaitu T-Shirt yang simple dan track suit yang sebelah kanannya ditarik ke atas. Selepas lagu AWAN NANO berakhir, Hafiz terus melompat dari pentas dan turun berlari ke arah seorang lelaki warga emas yang duduk di bawah pentas, sambil memeluk dan menjerit "MAAFKAN DAKU AYAH"!!!

Malam AJK 26 dimulakan dengan persembahan 2 Raja dan 1 Ratu iaitu Raja Pop, Jamal Abdillah dengan lagu Senandung Semalam, Raja Rock, Awie dengan lagu Bujang Senang dan Ratu Jazz, Sheila Majid dengan lagu Warna.

Dan diakhiri dengan rangkaian lagu tribute kenangan untuk penghibur terbaik ASIA, Allahyarham Sudirman Hj Arshad dinyanyikan oleh Azlan dan Black. Antara lagu dinyanyikan Chow Kit Road dan Salam Terakhir.

Berikut senarai penuh 12 Lagu yang bertanding dalam final Anugerah Juara Lagu, AJL ke 26 siaran dan terbitan TV3 di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Ahad 29 Januari 2012, mulai 9 malam.



Sungai Lui - Aizat Amdan (lagu ni melodinya OK, namun tak sampai ke tahap boleh juara AJL)

Awan Nano - Hafiz (LAgu yang amat meruntun perasaan, kali pertama dengar lagu ni pun saya dah rasa dan percaya, ini antara lagu teragung yang pernah dicipta M. Nasir)



Kisah Hati - Alyah (Lagu yang amat hebat, direkodkan di Malaysia dan mastering albumnya di Australia. Alyah menang persembahan terbaik lagu ini selepas gimik clown dan Alyah menyanyi di mini pentas yang berpusing)



Kalau Berpacaran - Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (lagu ini catchy, namun terlalu simple untuk dinobatkan juara Lagu) Namun mesejnya amat baik, kalau berpacaran tidak boleh pegang pegang, nanti bahaya!!


Beribu Sesalan - Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (sudah lama kita tak dengar lagu semerdu ini, layak mendapat tempat ke 2 AJL 26)



Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (boleh tahan, namun tahniah ke final)

Dan saya rasa vokal penyanyi Project Pistol lebih kurang sama dengan vokal kumpulan dari UK, Right Said Fred yang popular suatu ketika dulu dengan lagu I'm too sexy.



Karma - Faizal Tahir (lagu hebat, kelas gitu, memang layak tempat ke 3)



Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque (lagu ni terlalu simple, tak boleh juara) Namun saya amat menyukai penyanyi wanita ini, Atilia kerana bagi saya dia amat cute!!



Gadis Semasa - Yuna (hebat namun tidak sehebat Awan Nano, try again Yuna)



Penakut - Yuna (vokal Yuna hebat, lagu juga hebat, namun tewas juga, why?)




Sedetik Lebih - Jaclyn Victor (vokalnya amat mantap, namun tewas juga. Penyanyi asal lagu ini ialah Anuar Zain, namun entah mengapa Anuar Zain menyerahkan tugas menyanyi lagu itu kepada Jaclyn Victor) Namun ada juga buah tangan untuk pencipta lagu ini iaitu Edry Abdul Halim (adik beradik KRU) apabila lagu ini dinobatkan juara lagu paling banyak didownload, muat turun sebagai nada dering.



Cinta Muka Buku - Najwa Latif (percubaan baik dari remaja 16 tahun ini, lagu ini amat catchy dan popular di kalangan remaja di seluruh Malaysia, masa depan yang amat cerah untuk Najwa Latif kerana dia bisa dan mampu mencipta lagu yang sangat popular ini. Esok jangan lupa ke sekolah ya Najwa)


Lirik Lagu Awan Nano – Hafiz AF7
Ciptaan : M. Nasir
Lirik : Buddhi Hekayat

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Wednesday, January 12, 2011

Ana Raffali memang hebat...















DI saat Ana Raffali diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25 siaran TV3 pada 9 Januari 2011 lalu, semua rakyat Malaysia ingin tahu, siapakah gerangannya penyanyi ini.. Ana Raffali - seorang muka baru dalam industri seni tanah air telah mengungguli sebuah pertandingan muzikal yang paling berprestij di Malaysia.

Nama pentas : Ana Raffali
Nama sebenar : Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali
Genre Muzik : Pop alternatif
Alat muzik : Vokal, gitar
Label Aidit Alfian Records
Universal Music (Malaysia)

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik yang mula mencipta nama menerusi album Ketika Aku Kecil diterbitkan pada 2010 dan singles "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" (2009), "Tolong Ingatkan Aku" (2010)
"Kalau Berpacaran" - duet bersama Soohaimi Meor Hassan & menampilkan Altimet (2010).

Ana Raffali punyai bakat menakjubkan dalam nyanyian, penggubahan lagu dan pemainan gitar.

Ana Raffali mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009.

Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang telah keluar pada April 2010.

Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan dan sentiasa memetik gitar - sama seperti Yuna.

Selain lagu "Tolong Ingatkan Aku", Ana Raffali sebenarnya mempunyai banyak lagu lain yang bagus bagus belaka.

Antaranya :


Hujan Bunga di Kuala Lumpur



Mekanika



Ketika



Inilah lagu Ballad "Tolong Ingatkan Aku" sedih yang menjulang Ana Raffali sebagai juara Anugerah Juara Lagu 25

Syabas dan Tahniah Ana Raffali...

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 20 - kemuncak persaingan 2 bintang juara

Sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu, AJL ke 20 pada Februari 2006 siaran TV3 merupakan kemuncak kepada persaingan 2 bintang yang amat popular ketika itu iaitu Mawi yang baru saja dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim ke 3. Ketika itu Mawi atau Raja SMS tidak dinafikan artis baru paling popular di planet Malaysia.

Mawi ketika itu amat popular dengan lagu "Aduh Saliha" ciptaan M. Nasir.

Pencabarnya Jaclyn Victor - juara Malaysian Idol 2004 yang amat popular dengan lagu "Gemilang" ciptaan Aubrey Suwito.



Mawi mendendangkan dan mempersembahkan Aduh Saliha dengan penuh semangat azali sepertimana dia kelihatan mendendangkan lagu itu ketika muncul juara Akademi Fantasia seperti video di atas.

Dan hasilnya lagu itu muncul juara kategori Etnik Kreatif / Irama Malaysia. Mawi juga memenangi kategori Persembahan Terbaik untuk lagu Aduh Saliha.



Manakala Jaclyn Victor mendendangkan lagu Gemilang dengan disokong sekumpulan Koir dan kanak kanak. Adakalanya microphone Jaclyn terpaksa dijauhkan daripada bibirnya kerana dikhuatiri sound sistem akan pecah kerana tone rangenya yang tersanggat tinggi.

Akhirnya Jaclyn Victor memenangi kategori Balada.

Namun yang ditunggu tunggu 28 juta penduduk Malaysia ketika itu dan 100 juta lagi penonton di seantero dunia dan galaksi lain, siapakah muncul Juara segala Juara iaitu Juara Lagu AJL ke 20.

Keputusannya = dimenangi Gemilang nyanyian Jaclyn Victor yang sememangnya amat gemilang dan terbilang pada malam berprestij itu.

Kemenangan Jaclyn Victor ke atss Mawi juga dikatakan kemenangan stesen televisyen TV3 ke atas stesen televisyen Astro yang menganjurkan program realiti Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ketika itu.

Syabas TV3.

Apapun selepas diumumkan sebagai juara AJL 20, Jaclyn Victor dengan sporting meminta Mawi untuk menyanyi bersamanya dan Mawi secara sporting melakukannya.



Yezzaaa itulah semangat muzikal Malaysia.



Persaingan hebat antara Jaclyn Victor dan Mawi menyebabkan lagu indah dan klasik "Awan yang terpilu" nyanyian Ning Baizura, ditenggelami. Sedangkan lagu ini juga amat hebat.

AJL 20 juga diingati kerana seorang daripada pengacaranya Amy Mastura diserang demam dan suaranya menjadi serak ala Rockers Joan Jett dan Bonnie Tyler.. Apapun Amy Mastura meneruskan tugasannya dengan cemerlang dan Gemilang.

Tahniah AJl.. Tahniah TV3..

Anugerah Juara Lagu - peminat setia Stacy marah dan kecewa

Peminat Stacy nyata marah dan kecewa kerana penyanyi cute dan genit dan petite dari Sabah ini yang diiktiraf antara peserta paling lincah dan agresif dalam sejarah Anugerah Juara Lagu, AJL, tidak memenangi persembahan terbaik meskipun sudah 3 kali beraksi di pentas final AJL.




Kali pertama pada AJL 23 menerusi lagu Aku Stacy, lagu ini menobatkan Stacy sebagai juara Akademi Fantasia musim ke 6 pada 2008. Lagu Aku Stacy mengungguli tangga teratas Carta Era selama 22 minggu berturut turut - satu rekod tersendiri. Lagu ini juga mengungguli tangga teratas Muzik FM. Lagu ini juga menjadi titik pertama melonjakkan Stacy yang dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu antara penyanyi wanita paling popular di Malaysia.

Malahan Stacy nyaris mengalahkan dan menewaskan Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyanyi wanita paling popular di Malaysia pada Anugerah Planet Muzik 2009, namun Siti Nurhaliza hanya menang dengan kelebihan undi 1 peratus.

Pada Februari 2009, Stacy dinobatkan sebagai artis baru popular pada majlis berprestij malam Anugerah Bintang Popular.

Untuk rekod, persembahan terbaik AJL 23 dimenangi Faizal Tahir dengan teknik pakai mekap dan baju semasa menyanyi sambil rambut mengerbang ditiup kipas angin. Manakala Juara AJL 23 diungguli kumpulan Meet Uncle Hussain menerusi "Lagu Untukmu".



Penampilan kedua Stacy pada final AJL24 menerusi lagu Pakai Buang (bukan lampin pakai buang yaa). Hebat sekali persembahan Stacy dengan rambut panjang mengurai bak bidadari mengurai.

Namun sekali lagi Stacy hampa apabila persembahannya yang boleh menenangi persembahan Terbaik AJL, ditewaskan oleh penyanyi yang dulunya gempal tapi kini kurus iaitu Aizat sedangkan Stacy boleh berlari dan menari 100 kali ganda lebih laju berbanding Aizat. Aizat juga muncul juara AJL 24 dengan lagu "Kau Pergi".




Pada penampilan ketiga di pentas final AJL 25, Stacy kali ini muncul dengan gaya seolah olah gadis Jepun dengan persembahan hebat lagu berjodol "Jahat"... Namun persembahan terbaik dimenangi pula oleh Faizal Tahir sekali lagi dengan gimik menyanyi lepas tu terjun dalam kolam dan kemudian naik semula sambung menyanyi dalam keadaan basah kuyup ketika dendangan lagu "Hanyut". Hmmmm Jahat sungguh juri ya..

Takpa Stacy.. jumpa lagi tahun depan di pentas AJL 26, 27, 28, 29, 30 dan sehinggalah ke AJL 50 di mana tidak syak wasangka lagi Stacy bakal memenangi akhirnya dan buat kesekian kalinya persembahan Terbaik.

Go Stacy Go... Sabahans are proud of you Girl..

Anugerah Juara Lagu membuktikan kehebatan Taja

Kumpulan Meet Uncle Hussain sudah dua kali mengungguli 2 takhta lagu terbaik pada Anugerah Juara Lagu, AJL terbitan TV3.

Pada AJL 23, kumpulan itu menjadi juara dengan "Lagu Untukmu". Lagu itu dicipta Taja, Tass dan Lan dan lirik oleh Taja dan Tass.

Untuk makluman, Taja adalah pemain gitar utama Meet Uncle Hussain, dan seorang daripada pengasas band indie, alternative rock dan progresif rock itu yang ditubuhkan pada 2001.

Lagu dan lirik "Lagu Untukmu" hasil idea dan nukilan bersama Taja nyata hebat, manakan tidak, Lagu itu mengalahkan semua peserta lain pada AJL 23 pada 2008.

Lagu itu dicipta Taja supaya sesuai dengan vokal range dan tone amat tinggi vokalisnya Lan.

Namun sayang seribu kali sayang, selepas kegemilangan Meet Uncle Hussein sebagai juara AJL 23 dan selaku artis baru terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 16, Lan telah meninggalkan kumpulan itu untuk bersama sebuah kumpulan baru "Lan and the typewriter".




Selepas Lan meninggalkan Meet Uncle Hussain, Taja tidak berputus asa, malahan telah memilih Black - seorang muka baru dan juara Mentor musim ke 3 yang memiliki aura dan ketinggian tone range dan kecemerlangan vokal sebaik Lan untuk menyanyi bersama kumpulan itu.



Dan hasilnya, Taja telah menghasilkan sebuah lagu gemilang dan gemerlapan yang amat sesuai dengan penampilan dan vokal Black iaitu lagu bertajuk "Drama King".

Lagu ini telah berjaya ke final AJL 25 yang dilangsungkan pada 9 Januari 2011 dan muncul tempat kedua di belakang Ana Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku.

Lagu Drama King menandingi kehebatan "Lagu untukmu".

Syabas Taja..

Selepas ini, tidak syak lagi Taja akan menghasilkan sebuah lagi lagu dengan genre muzik yang lebih memukau peminat seni tanah air.

Go Taja Go...

Ana Raffali ungguli Anugerah Juara Lagu ke 25 pada 9 Januari 2011





Detik Gemilang Ana Raffali dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu ke 25 pada malam 9 Januari 2011, bersamaan Ahad di stadium Putra, Bukit Jalil. Detik bersejarah untuk Ana Raffali ini disaksikan 5 juta penonton televisyen TV3 dan mungkin juga 50 juta orang lagi di seluruh dunia yang mengikuti siaran langsung ini menerusi internet.

Siapa sangka penyanyi baru Ana Raffali boleh menenggelamkan nama nama lain yang lebih besar dengan menjuarai Anugerah Juara Lagu, AJL 25 terbitan TV3 malam tadi, 9 Januari 2011 di Stadium Bukit Jalil.

Meskipun ini penyertaan pertama kali dalam juara lagu, ia nyata membawa tuah yang teramat besar kepada penyanyi, komposer dan penulis lirik bernama Ana Raffali.

Sebelum ni Ana Raffali kurang dikenali berbanding nama besar yang sering beberapa kali menyertai Anugerah Juara Lagu seperti Faizal Tahir, Stacy, Meet Uncle Hussain dan Bunkface.



Menerusi lagu, tolong ingatkan aku, ..Ana Raffali muncul juara lagu ke 25 dan meraih hadiah wang tunai RM35,000. Perhatikan gimik Ana Raffali ketika menyanyikan lagu ini, menukar baju secara magikal dari baju putih ke merah

Sebelum ini tiada media yang membuat spekulasi bahawa lagu Ana Raffali ini akan menang, sebaliknya media dan orang ramai lebih fokus penyanyi lain yang bakal menang termasuklah Faizal Tahir, Yuna, Black dan Meet Uncle Hussain.

Namun, juri profesional mempunyai cita rasa tersendiri. Jika didengar berulang kali, maka kita tahu kekuatan lagu ini pada melodi bahagian korusnya yang pasti menjadi lagu popular di peringkat antarabangsa meskipun dinyanyikan dalam apa bahasa sekalipun termasuk bahasa Jerman, Zulu, Amristar, Sikh, Urdu dan Sepanyol.

Bakat Ana Raffali dikatakan hanya diketahui menerusi lagu lagunya yang dicipta sendiri dan diuploadkan ke dalam Youtube, sepertimana juga penyanyi muda Amerika Syarikat Justin Bieber melakukannya.

Ini berbeda dengan peserta AJL 25 lain yang kebanyakannya dicungkil dan diketahui ramai menerusi program realiti TV popular seperti Akademi Fantasia (Stacy, Adira, Hafiz dan Shahir) serta One in A Million (Faizal Tahir dan Tomok) dan Black (Mentor).

Pada mulanya, ketika 3 pengacara iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar berkata juara AJL 25 terdiri daripada penyanyi, komposer dan penulis lirik yang sama, ramai menjangkakan pemenangnya Yuna menerusi lagu Cinta Sempurna kerana dia juga komposer dan penulis liriknya.

Apapun, bukan rezeki Yuna kali ini. Tahun lalu dalam AJL 24, Yuna menang tempat kedua menerusi lagu Dan Sebenarnya.




Sebaliknya naib juara dimenangi, kumpulan Meet Uncle Hussain yang berkalaborasi dengan Black dengan lagu Drama King, ciptaan Taja dan lirik oleh Tun Teja.

Mereka membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan trofi.

Untuk rekod, Black juga memenangi vocal terbaik tahun lalu.



Di tempat ketiga lagu Nokhtah cinta, ciptaan Ajai dan lirik Sheikh Kalam dendangan Hafiz, untuk membawa pulang RM 12,000.00. Perhatikan gimik Hafiz yang tersungkur jatuh ketika di"Tembak" di penghujung lagu ini sebelum muncul semula dengan baju berwarna lain.!!

Hafiz juga membawa pulang 10 ribu ringgit bagi kategori vokal terbaik apabila vokalnya menerusi lagu Noktah Cinta, memukau juri yang diketuai M. Nasir dibantu Amy Search, Habsah Hassan, Azmeer, Acis dan ramai lagi.



Kategori persembahan terbaik yang menawarkan hadiah RM10,000 pula tidak syak lagi dirangkul Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut.

Sepertimana tahun sebelumnya, Faizal Tahir membuat gimik yang amat memukau. Kali ini dia melakukan gimik menyanyi dalam sangkar besi macam penjara lepas tu ketika solo muzik dia tiba tiba tenggelam ke dalam air dan muncul semula dalam keadaan basah kuyup sambil memakai cermin mata hitam untuk menyudahkan lagu selepas itu.

Hebat amat hebat persembahan Faizal Tahir yang senantiasa memakai kaca mata hitam meskipun di waktu malam dan meskipun ketika dia berendam di atas pentas. Hebat..



Namun peminat Black agak kecewa apabila lagu sandarannya Sofea Jane dengan melodi dan vokal yang memukau, gagal memenangi vokal terbaik, persembahan terbaik mahupun 3 lagu terbaik.

Saya secara peribadi amat meminati kehangatan lirik dan vokal lagu Sofea Jane kerana ia sememangnya "berhantu" dan mencapai kenikmatan dan keseronokan muzik tahap dewa dan maharaja azali.



Begitu juga lagu popular Adira - Ku Ada Kamu yang vokalnya menaikkan bulu roma penonton di rumah ditambah dengan gimik turun naik dari buaian kayangan dan bunian ketika menyanyi lagu tersohor penyanyi genit berasal dari Ranau, Sabah itu.



Peminat Stacy juga kecewa kerana penyanyi dari Sabah ini yang diiktiraf antara peserta AJL paling lincah dan agresif, tidak memenangi persembahan terbaik meskipun sudah 3 kali beraksi di pentas AJL, kali pertama pada AJL 23 menerusi lagu Aku Stacy, kedua pada AJL24 menerusi lagu Pakai Buang dan kali ini AJL 25 dia membawa lagu berjodol "Jahat"... Hmmmm Jahat sungguh juri ya..

AJL 25 juga dimeriahkan dengan persembahan pemenang juara lagu 1986 Francisca Peters, pemenang 1992 Nash, pemenang berganda M. Nasir, Datuk Syarifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

AJL 25 diterbitkan G-Bam disaksikan lebih 10 ribu penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, seawal jam 6 petang lagi bagi menyaksikan persembahan terbaik oleh penyanyi terbaik Negara.

14 lagu bersaing dalam AJL 25 yang menyambut ulang tahun jubli perak ke 25 sejak penganjuran pertama pada 1986 yang dimenangi Francesca Peters.


Lagu yang bertanding pada AJL 25 - 9 Januari 2011 :

Sofea Jane - Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril

Pelita - A.P.I / Loque / Loque

Cinta Sempurna - Yuna / Yuna / Yuna

Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali

Ku Ada Kamu - Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Hanyut - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat - Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim

Mencari Konklusi - Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

Selamat Malam - Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Drama King - Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

Extravaganza - Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface

Noktah Cinta - Hafiz / Ajai/ Shah Qalam

Berlari - Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok

Tuesday, January 27, 2009

Penyanyi Amatur dapat RM 1 Juta, Penyanyi Professional dapat RM25,000 je... alahai....


Jumpa Pakcik Hussain (Meet uncle hussain)

Tahniah kepada Meet Uncle Hussain kerana muncul pemenang keseluruhan Anugerah Juara Lagu, AJL ke 23, anjuran TV3 di Stadium Putra Bukit Jalil, 18 Januari lalu.

Rancangan itu disaksikan lebih 4 juta penonton di Malaysia.

Selaku pendokong muzik Indie atau independent – kejayaan Meet Uncle Hussain menerusi “Lagu Untukmu” yang didendangkan dalam nada amat tinggi oleh vokalisnya – Lan, pasti meneruskan kesinambungan perjuangan muzik Indie – susulan kemenangan kumpulan Estranged pada AJL ke 22.

STACY
MILEY CYRUS

Meet Uncle Hussain juga berjaya menepis saingan hebat Juara Akademi Fantasia musim ke 6, Stacy atau Miley Cyrus Malaysia - menerusi lagu “Aku Stacy”, selain saingan dari bekas Juara – kumpulan Spider dan Sofaz yang turut memukau dengan kehebatan melodi dan showmanship masing masing.

Apa yang memusykilkan – Meet Uncle Hussain hanya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM 37,000.00 iaitu RM 12,000 selaku juara kategori balada dan RM 25,000 sebagai juara keseluruhan, sedangkan mereka adalah pemuzik professional.

Bandingkan jumlah itu dengan hadiah wang tunai RM 1 Juta yang menanti pemenang rancangan realiti “One in a Million” atau OIAM yang disiarkan di 8tv.

Peserta rancangan OIAM adalah penyanyi baru atau amatur – tetapi boleh menang jumlah wang tunai yang begitu besar iaitu RM 1 Juta.

2 pemenang rancangan itu sebelum ini ialah Suki pada OIAM musim pertama dan AYU - OIAM musim kedua, kedua duanya sudah menjadi jutawan sedangkan Meet Uncle Hussien selaku pemuzik professional – mungkin belum mencapai status jutawan.


AYU - JUARA OIAM Musim ke 2(DAH JUTAWAN AYU NI...!!)




OPRAH WINFREY (WANITA KULIT HITAM PERTAMA MENCAPAI STATUS BILLIONAIRE)

Ayu atau Oprah Winfrey Malaysia juga bertanding dalam final Juara Lagu 23 tetapi tewas dalam kategori balada kepada Faizal Tahir yang unggul menang 3 kategori – vokal dan persembahan terbaik serta juara balada menerusi lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok & Ahmad Izham Omar dan lirik oleh Faizal Tahir sendiri.

Mungkin Ayu tewas dalam final AJL 23 tapi dia masih seorang Jutawan.

- wang kemenangannya dalam kariernya yang baru mencapai usia setahun jagung mungkin lebih besar dan lebih banyak daripada kebanyakan finalis AJL 23 mahupun pemenang AJL dan Muzik Muzik musim lalu sejak 1986 hingga sekarang...!!



Keseluruhannya Faizal – naib johan OIAM musim pertama membawa pulang wang tunai RM32,000 - sebahagian perlu dikongsi bersama Audi Mok dan Ahmad Izham Omar selaku komposer "Sampai Syurga".

Hadiah bagi program realiti lain juga jauh lebih tinggi daripada juara Anugerah Juara Lagu – seperti wang tunai, kereta, apartmen mewah dan percutian ke luar negara untuk Juara Akademi Fantasia, wang tunai USD100,000 atau RM350,000 untuk juara Gang Starz dan lain lain.

Dan Stacy pastinya, biarpun tewas dalam AJL 23 tetapi hadiah kemenangannya selaku Juara Akademi Fantasia Musim ke 6, menjangkau RM600,000 hingga RM700,000... banyak kan???

Apapun, mengapa 2 finalis AJL dari Sabah iaitu Stacy dan Ayu – disamakan dengan 2 personaliti terkemuka dari Amerika Syarikat ?? Miley Cyrus dan Oprah Winfrey…!!

Fikir fikirkan lah… Happy Chinese New Year 2009…!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs