Kumpulan Meet Uncle Hussain sudah dua kali mengungguli 2 takhta lagu terbaik pada Anugerah Juara Lagu, AJL terbitan TV3.
Pada AJL 23, kumpulan itu menjadi juara dengan "Lagu Untukmu". Lagu itu dicipta Taja, Tass dan Lan dan lirik oleh Taja dan Tass.
Untuk makluman, Taja adalah pemain gitar utama Meet Uncle Hussain, dan seorang daripada pengasas band indie, alternative rock dan progresif rock itu yang ditubuhkan pada 2001.
Lagu dan lirik "Lagu Untukmu" hasil idea dan nukilan bersama Taja nyata hebat, manakan tidak, Lagu itu mengalahkan semua peserta lain pada AJL 23 pada 2008.
Lagu itu dicipta Taja supaya sesuai dengan vokal range dan tone amat tinggi vokalisnya Lan.
Namun sayang seribu kali sayang, selepas kegemilangan Meet Uncle Hussein sebagai juara AJL 23 dan selaku artis baru terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 16, Lan telah meninggalkan kumpulan itu untuk bersama sebuah kumpulan baru "Lan and the typewriter".
Selepas Lan meninggalkan Meet Uncle Hussain, Taja tidak berputus asa, malahan telah memilih Black - seorang muka baru dan juara Mentor musim ke 3 yang memiliki aura dan ketinggian tone range dan kecemerlangan vokal sebaik Lan untuk menyanyi bersama kumpulan itu.
Dan hasilnya, Taja telah menghasilkan sebuah lagu gemilang dan gemerlapan yang amat sesuai dengan penampilan dan vokal Black iaitu lagu bertajuk "Drama King".
Lagu ini telah berjaya ke final AJL 25 yang dilangsungkan pada 9 Januari 2011 dan muncul tempat kedua di belakang Ana Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku.
Lagu Drama King menandingi kehebatan "Lagu untukmu".
Syabas Taja..
Selepas ini, tidak syak lagi Taja akan menghasilkan sebuah lagi lagu dengan genre muzik yang lebih memukau peminat seni tanah air.
Go Taja Go...
“Saya Percaya Ramai Rakyat Malaysia Akan Pergi Ke Thailand..” – Berlaku
Pengeboman, KP Negara Minta Rakyat Kaji Situasi Negara Dahulu
-
Baru-baru ini, terdapat tujuh serangan dan pengeboman yang berlaku di
wilayah selatan Thailand yang berlaku pada 9 dan 10 Oktober yang lalu.
Menurut Beri...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment