Showing posts with label alahai keretapi sabah. Show all posts
Showing posts with label alahai keretapi sabah. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

10 ribu banjiri Padang Merdeka di Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2011
















Aramatiee... Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Jika pada 31 Mei 2011 lalu di Dewan KDCA, Penampang majlis penutupan rasmi Pesta Kaamatan yang berlangsung sejak 1 Mei lalu, kini pada 11 Jun 2011 bersamaan Sabtu, berlangsung pula Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011.

Majlis ini dianjurkan kerajaan persekutuan menerusi kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah.

Majlis bertema Harmoni 1 Malaysia itu dihadiri lebih 10 ribu orang dari pelbagai kaum dan etnik Sabah serta tetamu dari Semenanjung Malaysia dan juga pelancong asing.

Berlatar belakangkan kehadiran pelbagai kaum termasuk pelancong asing, majlis itu melambangkan perpaduan erat masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain disajikan persembahan kesenian tradisional lebih 40 etinik sabah, orang ramai juga berpeluang menyaksikan pameran rumah tradisi kadazan-dusun-murut di sekitar padang Merdeka.

Orang ramai juga menjamu selera dengan pelbagai jamuan disediakan percuma.

Majlis rumah terbuka disempurnakan yang di pertua negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mesej ringkas perpaduan kaum harmonis satu malaysia sempena perayaan ini turut disampaikan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan datuk seri utama dr Rais Yatim dan ketua menteri datuk seri Musa Aman.

Seterusnya persembahan tarian tradisional oleh seribu penari mengambil tempat.

Persembahan khas ini turut dicatat dalam buku rekod malaysia sebagai kumpulan paling ramai melakukan tarian pada satu tempat dan masa.

Kehadiran ratu pesta kaamatan 2011 atau unduk ngadau, Bo Tiza Disimond, turut memeriahkan suasana.

Bo Tiza dari Penampang hadir bersama 14 lagi peserta Unduk Ngadau 2011 termasuk naib juara Jovenea Jim Lajim dari Tamparuli dan tempat ketiga, Caroline Anthony dari Tuaran.

6 Bekas Unduk Ngadau pula dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Sepanjang Zaman. Mereka ialah Puan Jenny Alasa, Puan Nicolita Samseh, Puan Patricia Raymond, Cik Fharelynne Ivonne Henry, Cik Davenna Jacob dan Cik Leonie Lawrence Gontuni.

Majlis turut dihiburkan persembahan Alex Raja Lawak, One Nation Emcee yang menyanyikan lagu rap dan hip hop memakai baju Kadazan Dusun, Hazami, Jimmy Palikat dan Clarice John Matha.

Jimmy Palikat turut menyanyikan lagu popularnya Tanak Kampung pada majlis itu.



Rumah terbuka Malaysia Tadau Kaamatan bukan sahaja menyemarakkan semangat satu malaysia malahan memberi peluang kepada rakyat jelata termasuk di semenanjung malaysia meraikan tadau kaamatan dalam suasana harmonis.

Aramaitieee..

Tuesday, March 29, 2011

Queenera Francine Francis Kitingan (Nera).. sandaran Sabah dalam Akademi Fantasia 9









Persoalan siapa 12 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke 9, terjawab sudah.

Namun seorang daripada pesertanya yang berasal dari Sabah, negeri dibawah bayu, mencuri tumpuan kerana dia sememangnya dikenali di Sabah sebagai antara wanita tercantik dan pernah beberapa kali menyertai pertandingan Ratu Cantik.

Yang dimaksudkan ialah Queenera Francine Francis Kitingan atau Nera. (amboi panjangnya nama).

Ya Nera baru baru ini menyertai pertandingan Miss Earth Sabah 2010 dan mendapat 2nd runners-up di belakang May Salitah Naru Kiob dan Appey Rowena.

Nera memang cantik, ayu dan menawan. Kalau tak percaya tengoklah photos dibawah yang diambil dari laman rasmi Miss Earth Sabah 2010.





Ketika pertandingan Miss Earth Sabah 2010, pesertanya perlu melakukan persembahan termasuk nyanyian dan tarian. Juara Miss Sabah May Salitah memilih menari Waka Waka namun Nera memilih untuk menyanyi lagu Whitney Houston yang sungguh syahdu.

Meskipun sound system mengalami masalah teknikal ketika pertengahan lagu Nera namun Nera secara profesional terus menyanyikan lagu itu sampai habis. Anda memang hebat Nera..

Apa lagi peminat AF9, Afundilah Nera...














Diari Akademi Fantasia 9 Secara Terbuka!

Sementara itu Astro memilih untuk membawa secara terbuka Diari AF9. Maksudnya disini Diari yang menampilkan sesi latihan harian pelajar dilakukan di tempat terbuka, bukannya lagi tertutup di rumah pelajar sebagaimana AF1 hingga AF9.

Plaza Aeon AU2 telah dipilih sebagai lokasi Diari Akademi Fantasia 9. Sebuah bangunan kecil 2 tingkat yang hanya berdindingkan kaca telah dibina di dalam kompleks membeli-belah tersebut. "Rumah Kaca" ini menempatkan bilik vokal, bilik tarian, bilik muzik, ruang legar di tingkat bawah dan bilik pengetua serta bilik operasi di tingkat atas.

Semua aktiviti pelajar dapat dilihat oleh pengunjung pusat membeli-belah ini setiap hari termasuk sesi pembelajaran vokal, sesi tarian dan sebagainya. Penginapan untuk 12 pelajar ini pula adalah di lokasi yang dirahsiakan.

Secara eksklusif di laman web rasmi Akademi Fantasia 9, 4 kamera web akan diletakkan di sudut-sudut tertentu dalam akademi untuk tontonan pengunjung laman web AF. Siaran langsung ini hanya terdapat di laman web dan tidak akan disiarkan di TV. Nantikan siaran diari secara langsung ini mulai 4 April 2011.

Pengacara AF9 yang juga edisi akhir Akademi Fantasia adalah Aznil Nawawi manakala pengetuanya hanya diumumkan pada konsert pertama AF9 pada 2 April 2011.

Sama sama kita nantikan.. Cheers

Thursday, December 4, 2008

alahai keretapi sabah


9 april 2008 lalu, kita dikejutkan dengan berita 2 gerabak keretapi negeri sabah, terjunam ke dalam sungai padas dekat kg tenom lama, pedalaman sabah akibat tergelincir dari landasan setelah struktur tanah di kawasan itu dilaporkan runtuh. kejadian menyayat hati itu menyebabkan 2 penumpang terkorban manakala 39 lagi termasuk pemandu keretapi cedera.

di harapkan kejadian ini menjadi ikhtibar kepada semua pihak untuk segera menaik taraf kemudahan prasarana asas di sabah yang masih jauh ketinggalan berbanding di semenanjung malaysia.

untuk rekod, kerajaan pusat memperuntukkan lebih 400 juta ringgit untuk kerja menaik taraf perkhidmatan keretapi sabah dari stesen utama di tanjung aru sehinggalah ke tenom sejauh hampir 200 kilometer.

peruntukan itu bagi menggantikan gerabak lama kepada gerabak baru yang lebih moden dan selesa, menggantikan landasan lama, menutup laluan haram yang kerap menyebabkan kemalangan, membina sub stesen baru termasuk kuarters pekerja dan sebagainya.

diharapkan apabila semua ini sudah disiapkan menjelang tahun 2009, tiada lagi perkara tidak diingini berlaku kepada perkhidmatan yang berusia lebih 100 tahun itu.

jika di Jerman dan Jepun, keretapi "bullet train" nya bukan sahaja teramat selesa, malah bergerak lebih 150 km sejam, namun kelajuan maksimum keretapi sabah sebelum di naik taraf, hanyalah sekitar 40-50 km sejam. gerabak itu juga tidak dilengkapi kemudahan kerusi empuk mahupun pendingin udara.

pastinya rakyat sabah menanti dengan penuh minat dan harapan menggunung supaya perkhidmatan keretapi sabah terus maju melangkah ke hadapan selaras visi menuju status negara maju menjelang 2020!!!

Hidup Malaysia!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs