Showing posts with label gstt. Show all posts
Showing posts with label gstt. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Kementerian Pelajaran dirayu berikan peluang baki Guru Sandaran Tidak Terlatih, GSTT di Sabah ke IPTA/IPG






Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sabah, Jamawi Jaafar merayu Kementerian Pelajaran Malaysia agar memberikan peluang kepada baki GSTT di Sabah untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Guru.

Dari 578 orang Guru-guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah yang diperjuangan oleh Pergerakan Pemuda Umno agar kontrak mereka disambung untuk terus berkhidmat sebagai GSTT di negeri ini, hanya 185 sahaja yang mendapat tawaran untuk mengikuti kursus KPLI.

Selebihnya sebanyak 345 tidak mendapat tawaran tersebut dimana sebahagiannya berkhidmat kurang dari 2 tahun salah satu syarat Kementerian Pelajaran untuk menyambung kontrak atau menyerapakan mereka ke kursus KPLI sementara ada yang sudah berkhidmat di sektor yang lain

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, Pemuda Umno Tenom yang telah berusaha memperjuangkan nasib GSTT di Sabah sebelum ini berharap guru-guru yang masih belum menerima tawaran tersebut dan layak dari segi syarat yang ditetapkan Kementerian pelajaran wajar memberikan peluang serta keutamaan kepada mereka berdasarkan pengalaman dan minat mereka dalam bidang perguruan.

“ Kita berharap baki yang ada dan belum mendapat tawaran pihak Kementerian Pelajaran wajar memberikan pertimbangan , ini kerana masih terdapat keperluan bagi mengisi kekurangan guru khususnya di kawasan luar Bandar di negeri ini” katanya ketika ditemui disini selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Tionghua di Pejabat pergerakan Pemuda Umno Tenom.

Menurut Jamawi walaupun ada di kalangan guru guru yang tidak mencukupi syarat 2 tahun mengajar namun sebilangan mereka berpengalaman dimana sebelum berkhidmat sebagai GSTT ada dikalangan mereka menjadi guru penganti dan pernah berkhidmat di sekolah sekolah swasta di Sabah.

Tambah Jamawi bagi menangani isu mereka yang layak dan masih belum menerima tawaran ini, Pergerakan Pemuda Umno Tenom telah pun menghantar suart rayuan resmi berserta dengan senarai GSTT yang terlibat yang masih menunggu tawaran kepada pihak berkenaan.

Selain dari itu Jamawi juga berharap isu penempatan graduan pendidikan UPSI/IPTA dan UNIRAZAK juga seharusnya dapat diselesaikan seberapa segera agar nasib anak anak muda ini dapat di bela dan mampu menyumbang untuk memperkasakan mutu pendidikan Negara

Dalam pada itu Pemuda Umno Tenom juga berharap sekiranya penempatan belum dapat dilaksanakan untuk kursus KPLI untuk sesi pengambilan Januari 2011 untuk baki sebanyak 345 GSTT yang belum menerima sebarang tawaran itu, kementerian diharap dapat mempertimbangan untuk di sambung kontrak mereka untuk berkhidmat secara kontrak 'contract of service' selama setahun agar mereka cukup syarat untuk memasuki KPLI pada pengambilan akan datang.

Teks : Jaafar Abdul Wahid

Saya sendiri amat setuju dengan pandangan ini kerana GSTT ini amat rajin dan sanggup berkhidmat di pedalaman di kawasan yang tiada kemudahan asas. Berilah mereka peluang.

Kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, dengarlah rintihan dan rayuan ini. Terima kasih.

Saturday, June 18, 2011

Berita baik kepada 13 ribu Guru Sandaran Tidak terlatih, GSTT


Gambar hiasan guru di pedalaman






Gambar hiasan dedikasi Guru

Setiap kali berkunjung ke Sabah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran, pasti membawa berita baik kepada Guru termasuk Guru Sandaran Tidak Terlatih atau GSTT.

Pada Mac 2011 lalu ketika melawat daerah terpencil di Tongod dalam kawasan Parlimen Kinabatangan, Muhyiddin mengumumkan berita baik bahawa kontrak 13,000 GSTT di seluruh Malaysia yang sebelum ini ditamatkan, ditarik balik.

Ia bagi membolehkan GSTT terus berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa termasuk di sekolah di kawasan pedalaman.

Sebelum ini masa depan 13,000 GSTT itu dalam dilema kerana kontrak mereka ditamatkan ekoran ribuan Guru terlatih dari Universiti, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia, sudahpun menamatkan pengajian dan sedia ditempatkan untuk mengajar di sekolah sekolah.



Dan pada Sabtu 18 Jun 2011 di Beaufort, Sabah, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Beaufort, Muhyiddin sekali lagi membuat 1 pengumuman gembira kepada 13,000 GSTT itu. Arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud bagi melaksanakan program penyerapan GSTT itu menjalani kursus 18 bulan di Institut Pendidikan Guru di seluruh negara.

Selepas menjalani kursus 18 bulan itu, GSTT terbabit kini tidak lagi dipanggil GSTT kerana mereka sudah terlatih dan sebaik tamat latihan, program penempatan guru ke sekolah terpilih termasuk di pedalaman, dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum ini, kerajaan juga sudah mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif kepada Guru.

Ini termasuk memperkenalkan elaun tahap kesusahan kepada guru yang mengajar di pedalaman dengan tahap paling tinggi elaunnya bernilai RM1,500 sebulan, ganjaran khas kepada Pengetua Cemerlang, pengenalan Sekolah Berprestasi Tinggi, SBT dan kenaikan gaji dan gred Guru.

Di sebalik semua ini, kita tahu semuanya bertujuan menjadikan Malaysia negara maju dan cemerlang dalam semua bidang termasuk akhlak dan kerohanian.

Dan disebalik semua juga, kita tahu ada juga Guru yang tidak pandai bersyukur sebaliknya menyemai bibit membenci kerajaan kepada murid muridnya sendiri.

Ada juga Guru yang menyokong pembangkang dan ada juga menjadi calon pembangkang pada pilihanraya kecil atau umum.

Saya sendiri pernah mengalami ini ketika di tingkatan 3 pada 1986 di sebuah SMK di Seremban, Negeri Sembilan dimana guru Bahasa Malaysia saya sering menyelitkan rasa marahnya kepada pemimpin kerajaan selain pernah berkata "Kalau nampak pemimpin bernama ni..... Tembak Dia"!!!!

Apapun kita tahu, majoriti atau 99.9 % Guru di Malaysia sememangnya komited kepada usaha mendidik anak bangsa menjadi insan mulia, berguna, cemerlang dan dihormati di senatero dunia.

Tahniah Muhyiddin, Syabas Kementerian Pelajaran Malaysia dan Semoga Maju Jaya kepada semua Guru di Malaysia.

Terima kasih kerana membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs