Showing posts with label khairil izwan pilus. Show all posts
Showing posts with label khairil izwan pilus. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Pasangan Akademi Fantasia yang berkahwin betul betul.


Kita pasti ingat AF musim 1 dimana 2 pesertanya benar benar berkahwin iaitu Khai dan Rosma. Moga mereka berdua berbahagia.



Ada lagi 1 pasangan AF yang benar benar berkahwin iaitu Rich dan Velvet.

Selepas itu ramai pasangan AF yang dilaporkan bercinta.



Antaranya Stacy juara AF musim ke 7 dengan Akim, yang tak berapa hensom dan tak berapa banyak duit.



Bagaimana dengan Felix dan Akma? Felix dah kahwin dengan gadis Sabah yang lawa.



Kefli dengan Marsha? Dah tak bercinta lagi.



Hafiz dengan Adira? Pernah bercinta tapi tak lagi.

Siapa lagi selepas ini?

Monday, April 2, 2012

Khairil Izwan Pilus dalam kenangan





Dalam kenangan, Khairil Izwan Pilus, penyanyi yang sedang meningkat naik, sudah meninggalkan kita pada usia muda, 32 tahun pada 20 Januari 2012.

Penyanyi popular dengan lagu Kembali Senyum, Khairil Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari 2012 lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Moga Rohnya dicucuri rahmat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs