Monday, April 2, 2012

Khairil Izwan Pilus dalam kenangan





Dalam kenangan, Khairil Izwan Pilus, penyanyi yang sedang meningkat naik, sudah meninggalkan kita pada usia muda, 32 tahun pada 20 Januari 2012.

Penyanyi popular dengan lagu Kembali Senyum, Khairil Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari 2012 lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Moga Rohnya dicucuri rahmat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs