Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Putri Caroline, bakal artis terhebat Malaysia



Bagi saya Puteri Caroline dari Kelantan bakal menjadi antara artis terhebat di Malaysia berdasarkan persembahan hebat, tersendiri dan memukau dalam Mentor dimana dia menjadi Juara bersama mentornya Ella.

Caroline pandai membuat persembahan, selain mempunyai suara lantang, lunak dan mantap.

All the best Puteri Caroline.

Semoga Maju Jaya dalam bidang seni suara Malaysia.



Saturday, July 21, 2012

Lana Nodin, antara gadis terseksi di Malaysia



Lana Nodin sudah muncul dalam puluhan drama di Malaysia, samada disiarkan TV3, Astro atau stesen lain.

Bagi saya, Lana antara artis paling seksi di Malaysia dan ada mengkategorikannya sebagai Pamela Anderson Malaysia.

Keseksian Lana Nodin makin terserlah apabila gambar dia berpakaian seksi ketika di Indonesia, orang kata di Bali, terpampang di internet.

Kata Lana, gambar itu peribadi dan dirakamkan rakannya, tidak sepatutnya disiarkan untuk tatapan umum.

Hmmmm..


Lana Nodin dengan pakaian seksi, menjadi berita sensasi ketika beliau berada di Indonesia


Lana Nodin adalah pelakon jelita sinetron Malaysia. Adakah dia sudah ada teman lelaki???

Monday, April 16, 2012

Syabas Yuna, anda memang hebat






Yuna adalah penyanyi wanita muda yang amat pantas mencapai populariti.

Selepas mengegar Malaysia dengan lagu Dan Sebenarnya, Penakut dan macam macam lagi, Yuna terus menggegar termasuk ke Amerika Syarikat untuk mengembangkan kariernya.

Pada masa sama, Yuna juga dipilih duta produk kamera Jepun, Canon.

Yuna juga dilaporkan minat jejaka seiras John Lennon, bekas vokalis The Beatles yang turut berkahwin dengan wanita Jepun, Yoko Ono, namun mati ditembak Mark Chapman pada awal 1980an.

Syabas Yuna, anda memang hebat.

Monday, April 9, 2012

Silap tanya Sheila Majid, irama muziknya Jazz ke ape?? hehehe






Silap tanya Sheila Majid irama muzik jazz ke apa..

Ketika mula mula menjadi wartawan dahulu, saya kurang pengalaman dan agak gementar jika berdepan dengan VIP atau tokoh terkemuka serta bintang terkenal.

Itu yang terjadi ketika saya membuat liputan konsert ratu Jazz negara, Sheila Majid di Auditorium Yayasan Sabah, Kota Kinabalu pada 1996 atau 1997.

Pada konsert itu, Sheila menyanyikan semua lagu popularnya termasuk Sinaran, Antara Anyir dan Jakarta, Warna dan Lagenda. Turut ditampilkan di atas pentas, seorang anak Sabah, Asmin Mudin yang juga mencipta beberapa lagu untuk Sheila dalam albumnya.

Selepas konsert berakhir, saya dan beberapa wartawan termasuk dari Berita Harian, Amirullah Andi Nur ke belakang pentas untuk menemu ramah Sheila.


Samantha Schubert

Wah, sebelum jumpa Sheila, kami disambut dulu oleh pegawai perhubungan Sheila iaitu Ratu Cantik Malaysia, Samantha Schubert. Cantik sungguh Samantha Schubert.

Selepas beberapa ketika, Sheila muncul dan memberitahu kami dia amat puas hati dengan jumlah penonton yang datang memberikan sokongan. Katanya lagi dia akan muncul dengan album baru.

Disitulah situlah saya buat kesilapan besar..!! Saya tanya adakah album baru itu akan menampilkan irama Jazz?????? Sheila Majid jawab “Memanglah, irama Jazz sebab muzik saya memang Jazz”. Alangkah malunya saya!! Takkan lah Sheila yang dikenali dengan jolokan Ratu Jazz negara mahu membuat album irama dondang sayang, keroncong, heavy metal atau glam rock!!

Apapun pengalaman itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati hati pada masa depan.

Selepas Sheila Majid, saya berpeluang menemu ramah beberapa celebriti muzik Malaysia dan luar negara seperti Rhoma Irama, Ziana Zin, Yusof Haslam, kumpulan Elite, Datuk Ahmad Daud, Normadiah, Datuk Aziz Satar, S. Shamsudin, Michael Learns to Rock, kumpulan Search, Wings, hampir semua peserta Akademi Fantasia, Redzuan Hashim, Didie Alias, Yasin dari kumpulan Brothers, Nadzri Johani dari Raihan dan ramai lagi.

Terima kasih kerana membaca.

Sunday, April 8, 2012

Ieda Moin, tetap pujaan hatiku









Ida Moin atau Ieda Moin pernah mewarnai persada muzik tanah air selaku penyanyi kumpulan Moin bersama adik atau abang lelakinya. Nama Sebenar Gadis manis ini ialah Siti Haida Moin.

Dulu dia amat cute dan cantik. Kini lepas berkahwin, Ieda tidak lagi menyanyi namun masih cantik, lawa dan anggun biarpun badannya agak berisi. Namun pada saya, Ieda atau Ida Moin masih cantik, segar dan lawa macam dulu.

All The Best Ieda Moin. Dari peminat setiamu di negeri dibawah bayu Sabah.

Monday, April 2, 2012

Khairil Izwan Pilus dalam kenangan





Dalam kenangan, Khairil Izwan Pilus, penyanyi yang sedang meningkat naik, sudah meninggalkan kita pada usia muda, 32 tahun pada 20 Januari 2012.

Penyanyi popular dengan lagu Kembali Senyum, Khairil Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari 2012 lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Moga Rohnya dicucuri rahmat.

Wednesday, February 29, 2012

Artis Malaysia yang menempah nama di peringkat antarabangsa

Malaysia ada ramai penyanyi berbakat yang menempa nama di peringkat antarabangsa, bukan saja menjadi penyanyi tetap di negara luar, malahan juga memenangi pertandingan nyanyian antarabangsa di peringkat dunia.

Antara mereka ialah :


Dato Shake, anak muda Johor ini berhijrah ke London paa 1973 sebelum ke Paris pada 1976 dan menempa nama sebagai penyanyi Asia paling hebat dan popular di Perancis.



Aishah and the Fan Club popular di New Zealand. Aishah adalah kakak kepada penyanyi Nora.



Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid pernah menjuarai pertandingan Star Search di USA menyanyikan lagu Sinaran pada 1980an.




Cromok, kumpulan Trash Metal dari Malaysia yang menempa nama di Australia, aktif mulai 1987. Dianggotai Shamsudin Ali (Sam) - Bass, Vocals, Tarmizi Mokhtar (Miji) - Drums Khairul Anuar Shariff (Karl), manakala pemain gitar, Din meninggal dunia pada 1996.



Anita Sarawak (mungkin dia berasal dari Singapura) namun hebat menempa nama di Las Vegas, USA.



Quinary M yang dianggotai adik beradik termasuk Mazuin Hamzah, Mahyon dan Mazlan Hamzah pernah membuat persembahan di Moscow, Russia kerana mengikuti ibubapa yang bertugas sebagai diplomat.

Itu hanya sebahagian daripada mereka. Mungkin ramai lagi yang kita tak tahu. Apapun terima kasih kernaa membaca. Adios...

Tuesday, February 21, 2012

Latiff Ibrahim dalam kenangan








NORA, antara lagu popular Allahyarham Latiff Ibrahim.



Ini pula Lagu Latiff Ibrahim berjodol "Hati yang belum bebas" dari filem lakonannya Dendang Perantau pada 1979. Latiff Ibrahim berlakon bersama Uji Rashid. Filem ini memaparkan suasana di Kuala Lumpur pada 1979 dan juga tren percintaan masa itu dimana motorsikal Scrambler sering digunakan pasangan untuk berpacaran. Juga kelihatan, fesyen seluar Bell Bottom yang amat popular di dunia ketika itu.


Penyanyi yang popular pada 70an dan 80-an, Latiff Ibrahim atau nama sebenarnya Abdul Latiff Ibrahim, telah meninggalkan kita.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 6.06 petang, Isnin 20 Februari 2012.

Allahyarham Latiff, 62, yang sebelum ini dimasukkan ke IJN Sabtu 18 Februari 2012 menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronori (CCU) IJN, dengan anggota keluarga berada di sisi Allahyarham.

Anaknya, Hazriq Latif berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah Taman Keramat

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 3, Keramat, pada Selasa 21 Februari 2012.

Latif Ibrahim, terkenal dengan lagu Nora, Mengharap Kasih Mu dan Mengenang Dikau Kembali.

Latif ialah abang kepada penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih dikenali Khaty Ibrahim.

Allahyarham pernah menyuburkan industri filem negara melalui lakonan filem Hapuslah Air Mata Mu (1976), Dendang Perantau (1979), Sumber Ilhamku (1979), Bintang Pujaan (1981) dan Senja Merah (1982).

Allahyarham Latiff Ibrahim seangkatan dengan bintang popular 70an dan 80an seperti Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir dan ramai lagi.

Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs