Showing posts with label komunis. Show all posts
Showing posts with label komunis. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Rundingan Baling, peluang terbaik pasukan keselamatan untuk menangkap atau menamatkan riwayat Chin Peng.


Chin Peng (kiri)

Rundingan Baling, peluang terbaik pasukan keselamatan untuk menangkap atau menamatkan riwayat Chin Peng.

Sebagaimana kita ketahui Chin Peng adalah ketua PKM Parti Komunis Malaya yang banyak menimbulkan huru hara dan membunuh tentera, polis dan rakyat tidak berdosa di Malaysia ketika 1950an hinggalah Komunis Malaya menyerah diri secara rasmi di selatan Thailand pada 1989.

Antara keganasan komunis ialah peristiwa Bukit Kepong dimana polis diketuai Sarjan Jamil dan keluarga mereka ditembak, diseksa, dibom dan dibakar hidup hidup oleh Komunis.

Berapa ramai tentera, Askar Melayu, Rejimen Renjer dan rakyat Malaysia yang mati diseksa dan ditembak dan terkena jerangkap samar komunis?

Sebenarnya rundingan Baling adalah peluang terbaik untuk pasukan keselamatan menangkap Chin Peng hidup hidup atau membunuhnya sahaja.

Chin Peng ketika itu hadir bersama 2 pegawai tertinggi PKM di Baling, Kedah untuk rundingan bersama Perdana Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Rundingan itu gagal kerana Chin Peng hanya mahu meletak senjata jika PKM diiktiraf oleh kerajaan Malaya. Sungguh sombongnya komunis itu...!!

Jika dilakukan dengan teliti, Chin Peng boleh ditangkap di Baling.

Hanya perlu sediakan 10 batalion tentera termasuk Tentera British, Gurkha, Australia, New Zealand dan Askar Melayu untuk menyerang batalion Komunis yang pastinya mahu menyelamatkan Chin Peng di Baling dan kawasan sekitarnya.

Gugurkan bom di hutan Baling jika ada batalion Komunis yang mara.

Nah, jika Chin Peng ditangkap, sudah pasti moral PKM akan merudum dan merosot kerana boss no.1 mereka dalam tawanan.

Tapi ini tak, Chin Peng terus bermaharaja lela sehinggalah PKM umum gencatan senjata pada 1989 di selatan Thailand.

Sehingga kini, Chin Peng masih hidup di Thailand, hakikat yang pastinya tidak disukai Pegawai Waran 1 (B) Kanang anak Langkau, antara anggota tentera Malaysia paling berani menentang Komunis sehingga Kanang dianugerahkan pingat PGB Panglima Gagah Berani dan SP Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Cisssssssssss..................

Friday, September 9, 2011

Mat Sabu atau Mat Syabu atau Mad Syabu??



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu kini sekali lagi dalam kontroversi dan dihentam sana sini oleh ramai rakyat Malaysia yang berang dengan isi kandungan ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, pada Ogos 2011 lalu.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi apabila menganggap pengganas komunis dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero.

Peristiwa Bukit Kepong adalah antara peristiwa paling pahit dalam sejarah ke arah penubuhan Malaysia.


Bukit Kepong yang musnah terbakar.

Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong di Pagoh, Johor diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

25 orang anggota polis berjuang habis-habisan mempertahankan balai polis Bukit Kepong sehingga seorang demi seorang gugur.

Dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.



Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Kekejaman Komunis memang dahsyat, mereka membakar hidup hidup polis dan anggota keluarga mereka yang masih hidup. Celaka punya Komunis!!! Bedebah!!!

Kini, setelah Mat Sabu mengatakan komunis yang menyerang Bukit Kepong adalah hero, beliau dimarahi seluruh rakyat Malaysia yang menyifatkannya buta sejarah.

Ramai yang marah dan mengatakan "Cuba Mat Sabu berada dalam Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 itu. Apa yang beliau akan rasakan. Apa rasanya bila ditembak dengan mesingan, dibom dengan grenade dan dibakar hidup hidup"???

Antara yang paling marah dengan Mat Sabu ialah Pahlawan Iban, Kanang Anak Langkau, 66 tahun.





Kanang, menerima pingat SP, Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan PGB, Panglima Gagah Berani daripada Yang Di Pertuan Agong kerana keberaniannya menentang komunis.

Kehebatan Kanang Anak Langkau terserlah apabila dia mengetuai pasukannya menembak mati 5 komunis dalam pertempuran di Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980.

Dalam pertempuran itu, Kanang kehabisan peluru dan terkena 3 das tembakan di perutnya yang menyebabkan dia cedera parah, namun dalam keadaan demikian, Kanang menghunus parang pusaka Iban yang terselit kemas di pinggangnya lalu menyerang komunis sambil bertempik "AGI IDUP AGI NGELABAN" dalam bahasa Iban yang bermaksud "Selagi Hidup Selagi Berjuang"

Melihat keadaan itu, Komunis lari.

Motto Agi Idup Agi Ngelaban kekal sebagai motto Rejimen Renjer Di Raja.

Apapun, Mat Sabu yang cuba putar belit fakta sejarah ini disifatkan buta sejarah dan gagal subjek Sejarah di alam persekolahannya, mungkin juga dia gagal subjek Geografi, Kira Kira dan Pendidikan Moral.

Akibat kelancangan mulut Mat Sabu, ada menggelarnya Mat Syabu (sempena dadah jenis Syabu yang mengkhayalkan dan membuatkan penggunanya tidak keruan dan tidak rasional) serta ada juga menggelarnya MAD Sabu. Mad dalam bahasa Inggeris dan terjemahannya dalam bahasa Malaysia ialah Gila.

Jika Mat Sabu kata, Komunis adalah hero, maka tak mustahil Mat Sabu akan putar belit fakta lain selepas ini.

Ekoran keceluparan Mat Sabu itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata pada 9 September 2011 lalu bahawa sukatan pelajaran / silibus subjek Sejarah akan dikaji semula untuk menambah fakta serta memperbetulkan percanggahan.

Apapun bagi saya, Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 tidak akan jatuh ditangan komunis jika anggota polis berkenaan dilengkapi senjata Vulcan Mini Gun dan dibantu Komando Delta Force.

Video dibawah adalah ilustrasi Vulcan Gatling Gun.



Manakala ilustrasi dibawah ini adalah komando terhebat dalam sejarah dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs