Monday, April 16, 2012

Rundingan Baling, peluang terbaik pasukan keselamatan untuk menangkap atau menamatkan riwayat Chin Peng.


Chin Peng (kiri)

Rundingan Baling, peluang terbaik pasukan keselamatan untuk menangkap atau menamatkan riwayat Chin Peng.

Sebagaimana kita ketahui Chin Peng adalah ketua PKM Parti Komunis Malaya yang banyak menimbulkan huru hara dan membunuh tentera, polis dan rakyat tidak berdosa di Malaysia ketika 1950an hinggalah Komunis Malaya menyerah diri secara rasmi di selatan Thailand pada 1989.

Antara keganasan komunis ialah peristiwa Bukit Kepong dimana polis diketuai Sarjan Jamil dan keluarga mereka ditembak, diseksa, dibom dan dibakar hidup hidup oleh Komunis.

Berapa ramai tentera, Askar Melayu, Rejimen Renjer dan rakyat Malaysia yang mati diseksa dan ditembak dan terkena jerangkap samar komunis?

Sebenarnya rundingan Baling adalah peluang terbaik untuk pasukan keselamatan menangkap Chin Peng hidup hidup atau membunuhnya sahaja.

Chin Peng ketika itu hadir bersama 2 pegawai tertinggi PKM di Baling, Kedah untuk rundingan bersama Perdana Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Rundingan itu gagal kerana Chin Peng hanya mahu meletak senjata jika PKM diiktiraf oleh kerajaan Malaya. Sungguh sombongnya komunis itu...!!

Jika dilakukan dengan teliti, Chin Peng boleh ditangkap di Baling.

Hanya perlu sediakan 10 batalion tentera termasuk Tentera British, Gurkha, Australia, New Zealand dan Askar Melayu untuk menyerang batalion Komunis yang pastinya mahu menyelamatkan Chin Peng di Baling dan kawasan sekitarnya.

Gugurkan bom di hutan Baling jika ada batalion Komunis yang mara.

Nah, jika Chin Peng ditangkap, sudah pasti moral PKM akan merudum dan merosot kerana boss no.1 mereka dalam tawanan.

Tapi ini tak, Chin Peng terus bermaharaja lela sehinggalah PKM umum gencatan senjata pada 1989 di selatan Thailand.

Sehingga kini, Chin Peng masih hidup di Thailand, hakikat yang pastinya tidak disukai Pegawai Waran 1 (B) Kanang anak Langkau, antara anggota tentera Malaysia paling berani menentang Komunis sehingga Kanang dianugerahkan pingat PGB Panglima Gagah Berani dan SP Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Cisssssssssss..................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs