Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Ops Piramid 2011 di Mesir mengingatkan kita kepada Ops Frequent Wind di Vietnam 1975



Ops Piramid kini giat dilancarkan kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan kira kira 11,000 rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar universiti di Kaherah dan Iskandariah, keluar dari bumi Mesir yang bergolak lantaran situasi tidak menentu dicetuskan penunjuk perasaan anti Presiden Husni Mubarak.


Gambar di atas menunjukkan kumpulan pertama seramai 778 pelajar Malaysia termasuk anak anak mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada jam 9.30 pagi, Isnin 7 Februari 2011 disambut sendiri YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Ops Piramid 2011 mengingatkan kita kepada Operasi sama di Vietnam Selatan, 35 tahun lalu.

Operasi itu dikenali Ops Frequent Wind dilancarkan Amerika Syarikat bermula pada 29 April 1975 dan dalam masa sehari sahaja, 7,000 orang berjaya dikeluarkan dari Vietnam Selatan khususnya Saigon ke negara ketiga untuk dibawa ke Amerika Syarikat.

Operasi Frequent Wind dilancarkan di akhir perang Vietnam yang menyaksikan lebih 2 juta orang terbunuh apabila Amerika Syarikat mahu melarikan diri dari kemaraan bala tentera komunis Vietnam Utara dan Vietcong yang semakin menghampiri Saigon.

7,000 orang yang dikeluarkan dari Vietnam Selatan secara tergesa gesa itu dalam masa hanya sehari, menggunakan beratus ratus helikopter, kapal terbang awam dan tentera serta kapal laut.































Operasi memindahkan bayi dikenali Operation Baby Boom menggunakan pesawat Pan Am.



Perang Vietnam mengajar manusia betapa perang itu tidak menguntungkan sesiapa juga.

2 juta orang mati sia sia dan saiz negara Vietnam sama juga pada 1975 hingga 2011, Vietnam bukan koloni Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat bukan koloni Vietnam.

Sama juga dengan perang Iran - Iraq, perang Korea dan Perang Dunia ke 2 dan perang Teluk.

Malahan sehingga ke hari ini, ada penduduk Vietnam yang maut terkena periuk api atau bom yang masih aktif, peninggalan era perang Vietnam dan juga ada ditimpa penyakit kronik gara gara penyebaran Agen Orange.

Monday, February 7, 2011

311 pelajar Sabah di Mesir dibawa balik ke Sabah oleh kerajaan negeri









Situasi semakin tidak menentu di Mesir memaksa kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membawa keluar secepat mungkin pelajar Malaysia dari bumi bergolak itu, demi keselamatan mereka dan demi kebajikan keluarga mereka yang diselubungi kebimbangan di Sabah.

Kerajaan Malaysia melancarkan Ops Piramid untuk tujuan itu dengan menggunakan 7 pesawat iaitu 2 pesawat Boeing 747 MAS, 2 pesawat Airbus Air Asia dan 3 pesawat Charlie Hercules C 130 TUDM serta sebuah kapal laut TLDM Bunga Mas 5.

Keadaan ini samalah seperti Ops membawa keluar rakyat Amerika dari Vietnam Selatan di akhir perang Vietnam pada 1970an yang dimenangi Vietnam Utara dan Vietcong.

Selain kerajaan Malaysia, beberapa kerajaan negeri turut mengambil inisiatif sedemikian, antaranya kerajaan negeri Sabah.

Ahad lalu pada 6 Februari 2011, kumpulan pertama seramai 46 pelajar Sabah yang menuntut di Mesir, selamat tiba di Kota Kinabalu menerusi penerbangan khas yang ditanggung kosnya oleh kerajaan negeri.

Keseluruhannya, 311 pelajar Sabah dan ahli keluarga di Mesir, dibawa pulang menerusi inisiatif dilakukan kerajaan negeri.

Kumpulan pertama 46 pelajar itu menaiki pesawat Qatar Airways dari Iskandariah dan Kaherah, Mesir sebelum transit di Doha, Qatar.

Dari Doha, mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu.

Jam 6 petang Ahad 6 Februari 2011, kumpulan pelajar ini selamat tiba di Kota Kinabalu dengan disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman serta disambut linangan airmata kegembiraan dan penuh kesyukuran ibu bapa dan keluarga.

Suasana di lapangan terbang Kota Kinabalu ketika itu diselubungi rasa gembira bercampur hiba apabila kaum keluarga dan saudara mara mensyukuri kepulangan anak tercinta.

Kepulangan pelajar Sabah ini yang menuntut di beberapa universiti di Kaherah atau Cairo dan Iskandariah atau Alexandria, diuruskan kerajaan negeri dengan bantuan Wisma Putra iaitu cabang utama Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Semua kos penerbangan pulang ke Sabah dan juga kembali semula ke Mesir kelak, ditanggung kerajaan negeri.



Keseluruhannya, terdapat 280 pelajar dari Sabah dan keluarga di Kaherah dan 31 lagi di Iskandariah.

Penerbangan membawa balik baki pelajar sabah dari mesir sedang dilakukan secara berperingkat sehinggalah kesemuanya selamat tiba di Sabah dari bumi bergolak Mesir.

Thursday, February 3, 2011

First batch of Malaysian students in Egypt to arrive in Jeddah by midnight tonight - 3 February 2011


After 30 years in powers, Egyptian President Hosni Mubarak is the most hated figure in Egypt



Mass riots by Egyptians, demanding Mubarak to end his 30 years rule, dominated the world media headlines.









Well it is not easy to evacuate 11,000 Malaysians in Egypt. However OPS PYRAMID is expected to bring all Malaysians out of Egypt in 4 or 5 days.

The plan is to transport all Malaysians out of Egypt via 5 aircrafts, 3 military aircrafts (C130 transport plane) and 2 commercial aircrafts (a MAS Boeing 747 and an Air Asia Airbus A 340) as well as a Malaysian Navy Ship (Bunga Mas 5).

All those Malaysians will be evacuated from Egypt to Jeddah, Saudi Arabia as transit point before going home to Malaysia.

News source - Bernama The Malaysian national news agency - 3 February 2011.

The first two planes operated by Malaysia Airlines and AirAsia, carrying about 600 Malaysian students from Egypt, are expected to arrive in Jeddah, Saudi Arabia by midnight today, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said.

The Malaysia Airlines plane, a Boeing 747, and the AirAsia Airbus A340 plane left KL International Airport early this morning for Cairo.

"As soon as these planes arrive there, we will arrange to fly out the first batch of Malaysian students and we hope, if everthing goes well, they will arrive in Jeddah by midnight tonight," he told reporters, here today.

Anifah said the three C-130 transport aircraft belonging to the Malaysian air force, which left for Jeddah yesterday, would start flying out Malaysian students out of Egypt tomorrow morning.

"These three aircrafts need to cease from activity for 24 hours before resuming the normal flying activity.

"That's why these planes can only start operating shuttle service tomorrow. Altogether the three Malaysian air force planes could carry up to 750 passengers," he said.

Anifah said the Malaysian embassy in Egypt was working round-the-clock to ensure the mission to bring home Malaysian students from the troubled country, would run smoothly.

He said the situation, particular in the vicinity of the Malaysian embassy office in Egypt, was under control, saying it was located from away from the troubled Tahrir Square in Cairo.

Anifah said he would monitor the situation and the evacuation process very closely in view of the prevailing situation there. -- BERNAMA

Meanwhile Air Asia has come out with a statement on the Mercy Flight to Egypt.

February 2, 2011 – AirAsia will be sending one A320 aircraft to help bring Malaysians in Cairo to Jeddah. AirAsia’s team will be headed by our Deputy Group CEO, Dato’ Kamarudin Meranun. AirAsia will make 3 trips daily between Jeddah and Cairo covering 6 sectors on 3rd and 4th February 2011. The first flight is scheduled to depart from LCCT Kuala Lumpur at 2.00 p.m (GMT+8) to Sharjah, UAE today.

Deputy Group CEO, Dato’ Kamarudin Meranun said “Our hearts goes to the Malaysians who are stranded in Cairo. As a true responsible Malaysian company, we feel obliged to render our assistance in times like these. We would also like to thank Wisma Putra and the fellow AirAsians for all their hard work in helping put together these mission flights.”



As of 7th February 2011, AirAsia successfully flew 2,380 Malaysians affected by the situation in Egypt.

AirAsia operated eight rescue flights from the Egyptian cities of Cairo and Alexandria to Jeddah in Saudi Arabia. The airline also operated one rescue flight from Jeddah to Kuala Lumpur.

The world’s best low-cost airline has been operating the rescue flights from February 3 to today 7th February 2011.

AirAsia flew 1,200 guests on three flights using its A340 aircraft from Cairo to Jeddah and around 860 guests on five flights using its A320 aircraft from Alexandria to Jeddah.

It also flew 320 guests on its A340 aircraft from Jeddah to Kuala Lumpur, the initial batch of guests to be flown to Malaysia.

Dato’ Kamarudin Meranun, Deputy Group CEO of AirAsia, said, “AirAsia shares in the responsibility of seeing to the wellbeing of Malaysia. We are aiding the nation in its time of need, doing our part to ensure the safety of Malaysians. We were especially concerned about the students, who are away from their families. AirAsia is closely watching the situation in Egypt to determine whether to mount more rescue flights."

AirAsia's operations was led by Dato' Kamarudin, who also got on the flight to Jeddah.

AirAsia has actively extended its services to help people and communities in need, especially those in the ASEAN region. It mounted rescue flights from Bangkok to Kuala Lumpur in November 2008 to help people stranded by the social unrest in Bangkok. It also mounted rescue flights between Padang and Jakarta in October 2009 to help those affected by the 7.6-magnitude earthquake that hit Sumatra island.

600 pelajar Malaysia dijangka tiba di Jeddah dari Mesir tengah malam ini 3 Februari 2011


Hosni Mubarak memerintah Mesir selama 30 tahun sejak 1981. Beliau menggantikan Anwar Sadat yang mati ditembak tentera. Selepas 30 tahun, Hosni Mubarak kini menjadi orang paling dibenci di Mesir. Ratusan ribu penduduk Mesir melakukan tunjuk perasaan jalanan mendesak Mubarak segera meletak jawatan.










Gambar atas menunjukkan suasana tunjuk perasaan di Mesir. Bagaimanapun keadaan yang merbahaya itu memaksa pelajar dan rakyat dari negara luar, segera mahu meninggalkan Mesir untuk balik ke negara asal. Antaranya 11,000 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Untuk mengeluarkan segera 11,000 rakyat Malaysia di Mesir, bukan tugas mudah. Ianya umpama proses pengeluaran beramai ramai secara tergesa gesa oleh Tentera Amerika di Vietnam sejurus kalah kepada Vietnam Utara dan Vietcong.

Untuk mengeluarkan rakyat Malaysia di Mesir, kerajaan melancarkan OPS PIRAMID yang dijayakan kerajaan, swasta, tentera, polis, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam dengan diselaras WISMA Putra, Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan.

Mesir terletak di benua Afrika dan pelan tindakannya adalah mengeluarkan segera semua 11,000 rakyat Malaysia dari Mesir dan membawa mereka ke Jeddah, Arab Saudi sebagai transit point sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam sidang medianya di Kota Kinabalu, Sabah berkata kumpulan pertama seramai 600 pelajar Malaysia dari Mesir dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi tengah malam ini Khamis 3 Februari 2011.

Mereka dibawa keluar dari Kaherah dengan menaiki dua pesawat komersial – sebuah pesawat Boeing 747 penerbangan Malaysia, MAS dan sebuah pesawat Air Bus A-340 Air Asia.

Kata Anifah pesawat MAS Beoing 747 dengan nombor penerbangan MH 8010 mh telah berlepas dari KLIA pada 9.20 pagi 3 Februari dan tiba di Kaherah pada 1.45 petang ini waktu tempatan.

Perbezaan waktu antara Mesir dan Malaysia adalah 6 jam. Ini bermakna jam 1 petang di Mesir bersamaan jam 7 malam di Malaysia.

Menurut Anifah, MAS akan memulakan penerbangan pertama ulang alik utk seramai 340 penumpang ke Jeddah dari Kaherah pada jam 4 petang waktu tempatan bersamaan jam 10 malam waktu Malaysia.

Penerbangan dari Kaherah ke Jeddah dijangka mengambil masa 2 jam, oleh itu kumpulan pertama pelajar Malaysia terbabit dijangka tiba di Jeddah jam 12 tengah malam waktu malaysia bersamaan jam 6 petang waktu Mesir.

Kerajaan juga meminta syarikat penerbangan Air Asia untuk melakukan penerbangan ulang alik atau shuttle services antara Kaherah dan Iskandariah ke Jeddah setiap hari.

3 pesawat C130 TUDM dijangka memulakan penerbangan ulang alik dari Mesir ke Jeddah mulai jam 6 pagi esok waktu Mesir bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia pada Jumaat 4 Februari 2011.

Kapasiti sebuah pesawat C130 TUDM ialah 250 penumpang, oleh itu 3 pesawat TUDM boleh membawa keseluruhan 750 penumpang pada satu satu masa.

Proses itu turut dibantu sebuah kapal laut TLDM Bunga Mas 5 yang berlabuh di pelabuhan Ain Sukna, Mesir pada 5 Februari bersamaan Sabtu.

Proses ini berterusan sehinggalah semua 11,000 rakyat Malaysia di Mesir sudah dikeluarkan dari Mesir dan dikumpulkan di Jeddah.

Semua pelajar malaysia di Jeddah akan ditempatkan di kompleks tabung haji sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Keseluruhan proses mengeluarkan rakyat Malaysia di Mesir dijangka mengambil masa 4 hingga 5 hari.

Ketika ini kerajaan Mesir mengenakan perintah berkurung di semua bandaraya utama termasuk Kaherah dan Iskandariah, yang telah dilanjutkan dari jam 2 petang hingga 8 pagi, namun ia nyata tidak diendahkan penunjuk perasaan.

Ketika ini juga semua saluran komunikasi termasuk internet dan talian telepon di Kaherah dan Iskandariah serta bandar utama lain, juga masih dihentikan, sekaligus menghadkan perhubungan.

Menurut Anifah lagi, keadaan di sekitar rumah perlindungan Malaysia di Mesir juga terkawal, kerana lokasinya terletak jauh daripada kekacauan di beberapa lokasi di negara itu, termasuk di Tahrir Square.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs