Ops Piramid kini giat dilancarkan kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan kira kira 11,000 rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar universiti di Kaherah dan Iskandariah, keluar dari bumi Mesir yang bergolak lantaran situasi tidak menentu dicetuskan penunjuk perasaan anti Presiden Husni Mubarak.Gambar di atas menunjukkan kumpulan pertama seramai 778 pelajar Malaysia termasuk anak anak mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada jam 9.30 pagi, Isnin 7 Februari 2011 disambut sendiri YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ops Piramid 2011 mengingatkan kita kepada Operasi sama di Vietnam Selatan, 35 tahun lalu.
Operasi itu dikenali Ops Frequent Wind dilancarkan Amerika Syarikat bermula pada 29 April 1975 dan dalam masa sehari sahaja, 7,000 orang berjaya dikeluarkan dari Vietnam Selatan khususnya Saigon ke negara ketiga untuk dibawa ke Amerika Syarikat.
Operasi Frequent Wind dilancarkan di akhir perang Vietnam yang menyaksikan lebih 2 juta orang terbunuh apabila Amerika Syarikat mahu melarikan diri dari kemaraan bala tentera komunis Vietnam Utara dan Vietcong yang semakin menghampiri Saigon.
7,000 orang yang dikeluarkan dari Vietnam Selatan secara tergesa gesa itu dalam masa hanya sehari, menggunakan beratus ratus helikopter, kapal terbang awam dan tentera serta kapal laut.
Operasi memindahkan bayi dikenali Operation Baby Boom menggunakan pesawat Pan Am.
Perang Vietnam mengajar manusia betapa perang itu tidak menguntungkan sesiapa juga.
2 juta orang mati sia sia dan saiz negara Vietnam sama juga pada 1975 hingga 2011, Vietnam bukan koloni Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat bukan koloni Vietnam.
Sama juga dengan perang Iran - Iraq, perang Korea dan Perang Dunia ke 2 dan perang Teluk.
Malahan sehingga ke hari ini, ada penduduk Vietnam yang maut terkena periuk api atau bom yang masih aktif, peninggalan era perang Vietnam dan juga ada ditimpa penyakit kronik gara gara penyebaran Agen Orange.
No comments:
Post a Comment