Showing posts with label pesawat. Show all posts
Showing posts with label pesawat. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Jika pesawat terbakar, jangan panik, bertenang dan keluarlah dari pesawat dengan tenang tapi pantas.



Jika pesawat terbakar, jangan panik, bertenang dan keluarlah dari pesawat dengan tenang tapi pantas.

Nasihat itu diberikan kerana jika penumpang berebut rebut dan bertolak tolakan, maka proses mengeluarkan penumpang lebih sukar dan perlahan.

Jika semuanya orderly dan ikut arahan, pasti semua penumpang dapat keluar dengan pantas dan selamat.

Kes contoh kebakaran pesawat China Airlines pada 2006 ketika di landasan di Okinawa, Jepun.

Semua penumpang dan anak kapal selamat selepas keluar dengan tenang tapi pantas dan tidak tarik menarik atau tolak menolak.

Thursday, June 16, 2011

Kapal terbang melintas hanya 10 inci dari kepala di Pantai Maho, St Marteen, Caribbean



Bayangkan sebuah pesawat komersial seberat 200 tan terbang hanya beberapa inci dari kepala anda, dan mengeluarkan bunyi supersonik yang amat kuat daripada enjinnya yang bersaiz gergasi.

Semua ini hanya boleh dialami di sebuah pantai yang tenang dan cantik di Pantai Maho di pulau St Marteen milik negara Belanda di Caribbean.













Pendek kata, pantai Maho amat terkenal sebagai lokasi melihat kapal terbang yang sedang terbang dalam altitud amat rendah.

Kesemua pesawat itu sebenarnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana yang laluan pendaratannya wajib melalui pantai Maho.

Pesawat yang hendak mendarat harus terbang serendah mungkin ke landasan no 10.

Ini kerana landasan itu hanya sepanjang 2,180 metres (7,152 kaki).

Atas sebab itulah pesawat sebesar Boeing 747-400 Jumbo Jet dan Airbus A330 perlu terbang pada ketinggian minimal yang hanya beberapa inci daripada pengunjung pantai Maho.

Aktiviti melihat pesawat mendarat amat popular di pantai Maho sehinggakan jadual ketibaan dan penerbangan pesawat dipamerkan di restoran dan bar di pantai ini.

Malahan perbualan antara juruterang pesawat dan menara kawalan, boleh didengar melalui alat pembesar suara yang dipasang di Sunset Beach Bar and Grill di pantai Maho.

Namun ada risiko bahaya yang terpaksa ditanggung pengunjung, antaranya risiko pengunjung boleh terhumban ke dalam laut kerana kuasa enjin jet daripada pesawat yang hendak terbang.



Apapun jika anda bercadang merasai pengalaman unik ini, maka berkunjunglah ke Pulau St Mateen, Caribbean.

Welcome to the Caribbean..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs