Bayangkan sebuah pesawat komersial seberat 200 tan terbang hanya beberapa inci dari kepala anda, dan mengeluarkan bunyi supersonik yang amat kuat daripada enjinnya yang bersaiz gergasi.
Semua ini hanya boleh dialami di sebuah pantai yang tenang dan cantik di Pantai Maho di pulau St Marteen milik negara Belanda di Caribbean.
Pendek kata, pantai Maho amat terkenal sebagai lokasi melihat kapal terbang yang sedang terbang dalam altitud amat rendah.
Kesemua pesawat itu sebenarnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana yang laluan pendaratannya wajib melalui pantai Maho.
Pesawat yang hendak mendarat harus terbang serendah mungkin ke landasan no 10.
Ini kerana landasan itu hanya sepanjang 2,180 metres (7,152 kaki).
Atas sebab itulah pesawat sebesar Boeing 747-400 Jumbo Jet dan Airbus A330 perlu terbang pada ketinggian minimal yang hanya beberapa inci daripada pengunjung pantai Maho.
Aktiviti melihat pesawat mendarat amat popular di pantai Maho sehinggakan jadual ketibaan dan penerbangan pesawat dipamerkan di restoran dan bar di pantai ini.
Malahan perbualan antara juruterang pesawat dan menara kawalan, boleh didengar melalui alat pembesar suara yang dipasang di Sunset Beach Bar and Grill di pantai Maho.
Namun ada risiko bahaya yang terpaksa ditanggung pengunjung, antaranya risiko pengunjung boleh terhumban ke dalam laut kerana kuasa enjin jet daripada pesawat yang hendak terbang.
Apapun jika anda bercadang merasai pengalaman unik ini, maka berkunjunglah ke Pulau St Mateen, Caribbean.
Welcome to the Caribbean..
No comments:
Post a Comment