Showing posts with label super wrestler. Show all posts
Showing posts with label super wrestler. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

Bad News Brown, penggusti yang amat ditakuti di WWF suatu ketika dulu


Setinggi 6 kaki 2 inci dan seberat 255 paun, Bad News Brown sudah membelasah ramai lawannya di WWF pada 1998 hingga 1990. Dia tidak pernah kalah, dan lawan pengsan apabila ditendang di belakang kepala menerusi teknik penamantnya, teknik tendangan Judo.




Lihatlah Bagaimana Bad News Brown membelasah Hulk Hogan, namun Hogan lebih kuat dan menewaskan Bad News Brown.

Antara penggusti WWF yang saya minati selain Ultimate Warrior, Warlord, British Bulldogs dan Brett Hart ialah Bad News Brown.

Ini kerana Brown dikenali dengan kekejamannya membelasan lawan tanpa belas kasihan sebelum di K.O kan dengan tendangan judo sebagai teknik penamatnya.

Bad News Brown pernah menwarnai gusti WWF pada 1988 hingga 1990 sebelum meninggalkan WWF kerana tidak diberi peluang muncul juara oleh Vince Mc Mahon meskipun dia amat kuat.

Bad News Brown agak pelik kerana lahir di Pakistan dan meninggal dunia di Argentina pada 2007 dalam usia 63 tahun.

Rest in Peace Bad News Brown.


Wednesday, April 11, 2012

Gusti, Goldberg tiada tandingan





Gusti, Goldberg tiada tandingan.

Dalam dunia gusti moden, Penggusti bertubuh sasa dan hebat, Goldberg, tiada tandingan. Goldberg berada pada kedudukan tersendiri apabila melakarkan rekod hebat menang 187 perlawanan berturut turut tanpa kalah ketika zaman kegemilangannya di WCW atau World Championship Wrestling, dengan menewaskan ramai lawan ternama seperti Hulk Hogan, Diesel, Jeff Jarret, The Giant dan Bret The Hitman Hart.

Goldberg melakukan kemenangan itu setelah melakukan 2 gerakan penamat iaitu Spear yang amat menyakitkan umpama di langgar trak dan diikuti Jack Hammer, iaitu lawan diangkat seperti Vertical Suplex sebelum dihempas ala Power Slam!!



Lihatlah di sini Goldberg yang seberat 290 paun dengan mudah melakukan Jack Hammer ke atas The Giant, raksaksa seberat 500 paun dan setinggi 7 kaki.

Ketika di WWF/WWE, Goldberg turut melakar kemenangan hebat dengan menewaskan semua penggustinya seperti The Rock, Triple H, Shawn Michaels, Kane dan Brock Lesnar menggunakan teknik sama.

Goldberg, anda memang hebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs