Showing posts with label wrestling. Show all posts
Showing posts with label wrestling. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Teknik gusti yang jarang digunakan sekarang



Teknik Gusti yang jarang kelihatan sekarang. Saya adalah peminat gusti dan ini teknik gusti yang jarang kelihatan sekarang iaitu.

1. Atomic Drop


2. Piledriver


3. belly to back suplex


4. Abdominal Stretch


5. running power bomb


6. leg drop dipopularkan Hulk Hogan


7. full nelson lock dan drop yg hebat dilakukan the Warlord


8. gorilla press yang sering dilakukan The Ultimate Warrior selaku teknik penamat

Friday, June 14, 2013

Chyna, satu satunya penggusti wanita yang menang kejuaraan Intercontinental WWF/WWE.. wanita terkuat di dunia



Chyna, satu satunya wanita yang menang tali pinggang gusti WWF dalam kategori lelaki iaitu Intercontinental Champion. Chyna, wanita perkasa di dunia, lelaki pun boleh dipatahkan tulangnya!! Senjata utama Chyna ialah Low Blow atau menghentam alat sulit lelaki di celah kelangkang, pasti sakit!!

Atas sebab itulah Chyna digelar the 9th wonder of the world atau keajaiban ke 9 dunia yang turut merangkumi Piramid di Giza dan kota Lama Purba lain.


Perhatikan bagaimana Chyna menewaskan penggusti WWE dan juara dunia 6 kali, Y2J, Chris Jericho menerusi kombinasi Low Blow dan Pedigree dari atas tali.!!


Chyna ditemuramah

Chyna atau nama sebenarnya Joan Marie Laurer dilahirkan di USA pada December 27, 1970 merangkul gelaran Intercontinental WWF pada 1997 yang mana gelaran ini sebenarnya hanya untuk penggusti lelaki dan pernah dimenangi oleh Ultimate Warrior, Ravishing Rick Rude dan ramai lagi penggusti hebat di masa lampau.

Chyna juga dengan mudah menang kejuaraan wanita WWF, jika lelaki pun boleh dipatahkan tulangnya oleh Chyna, apatah lagi wanita.

Hmm anda memang hebat Chyna. Mampukah suami atau boyfriend anda bertahan ???

Lelaki yang mengamuk di kedai elektrik SenQ Kota Kinabalu, layak masuk gusti World Wrestling ...


Ini rakaman video menggemparkan selama 8 minit menampilkan aksi ganas seorang samseng tempatan Sabah mengamuk memecahkan barang barang di kedai SenQ di Kompleks Karamunsing Kota Kinabalu sambil memaki hamun tokeh kedai. menjadi video sensasi di Youtube.

Dia telah dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Kota KInabalu.

Namun bagi saya lelaki seperti ini layak beraksi di gelanggang gusti seperti WWE atau World Wrestling Entertainment kendalian Vince McMahon dan beradu tenaga dengan gergasi seberat 300 paun dan setinggi 7 kaki seperti penggusti ganas Kane, Undertaker, Tensai, Big Show dan Brock Lesnar dan tengok apa jadi sama dia. Bagi saya lelaki ini akan KO dalam masa 1 minit apabila terkena penangan Punch Big Show atau Tombstone Piledriver Undertaker atau Chokeslam Kane.


Undertaker, penggusti lagenda seberat 300 paun dan setinggi 6 kaki 10 inci, bayangkan lelaki mengamuk di SenQ hanya setinggi 5 kaki 3 inci dan seberat 150 paun!! PASTI lelaki itu maut dibanting dan dihempas The Undertaker.


Kane penggusti setinggi 7 kaki dan seberat 328 paun!!


Big SHow penggusti gergasi seberat 450 paun dan setinggi 7 kaki!!


Tensai setinggi 6 kaki 9 inci dan seberat 350 paun!!

Pasti lelaki mengamuk di SenQ akan lari lintang pukang apabila dipaksa berlawan dengan mana mana penggusti di atas. Hehehehee

Sunday, May 19, 2013

Trish Stratus, antara penggusti paling seksi di dunia






Saya minat gusti WWF yang kini dikenali WWE. Selain Undertaker, Ultimate Warrior dan Hulk Hogan, saya turut meminati seorang penggusti wanita kerana dia amat seksi.

Individu dimaksudkan Trish Straus. Namun kini Stratus sudah bersara dari gusti dan kini sudah berkahwin dan dalam proses menanti kelahiran anak sulungnya.

Ketika bergiat aktif dalam gusti sejak 2000 hingga bersara pada 2006, Trish atau nama sebenarnya Patricia Anne Stratigias menjuarai WWE Women Champion sebanyak 7 kali, yang tertinggi dalam sejarah WWE, selain dipilih Diva of the Decade.


Ramai lawannya seperti Lita, Niki James dan Victoria sudah ditumpaskannya menerusi gerakan dikenali Stratusfaction dimana kepala dan muka lawan dihempaskan ke gelanggang alam Bull Dog.

Stratus berkahwin dengan teman lelaki dari sekolahnya Ron Fisico, pada 30 September 2006 dan bakal melahirkan cahaya mata pertama September 2013.

We miss you Trish...

Tuesday, October 9, 2012

Penggusti WWE, CM Punk, menumbuk peminat gusti



Superstar gusti dunia, WWE, CM Punk kelihatan menumbuk seorang peminat yang disangkanya telah menolaknya sebanyak 2 kali sebelum itu, namun CM Punk tersilap orang, peminat itu bukannya menolak Punk, dia sekadar tersentuh kepala CM Punk.

Akibat penangan CM Punk, peminat itu pecah cermin matanya akibat ditumbuk 2 kali oleh Punk.

Nasib baik CM Punk tidak mengenakan teknik penamatnya, GTS atau Go To Sleep ke atas peminat itu, kalau tak gerenti masuk ICU Hospital hehehe.

All the best CM Punk, WWE dan dunia gusti.

WWE Superstar, CM Punk attacks fan, 8th october 2012



On Monday night, 8th October 2012 in Sacramento, California, WWE wrestler CM Punk apparently went off-script during a sequence with WWE chairman Vince McMahon and backhanded a fan in the stands. The initial assumption is that it was staged — even a heart attack, is initially suspect — but a WWE statement released Tuesday afternoon, 9th October 2012 to Yahoo! Sports makes it clear this was not part of the show:

"During last night's Raw televised event, WWE Superstar CM Punk exited the ring into the stands as part of the show. WWE security was unfortunately not in the appropriate place at the time. Given CM Punk's persona as a 'bad guy,' fans were naturally heckling him, but unfortunately a few fans began shoving him and one struck in him in the kidney and on the back. WWE regrets that proper security measures were not in place, and CM Punk apologizes for reacting in the heat of the moment. Other than this isolated incident, WWE always provides proper security to ensure the safety of our fans and our performers."

Amateur video of the event shows that Punk just flat-out lost his temper with fans badgering him. And, as is so often the case in these audience brawls, Punk apparently went after the wrong guy.

Laura Cole, a Sacramento CBS reporter, sought out the fan whom Punk decked. According to Cole's Twitter feed, the fan "says he never hit Punk," and that "his face is a little warm. … He also says Punk broke his glasses." Cole further noted that the fan was filing paperwork with local law enforcement.

So what went wrong here? As you can see in the above video, Punk was almost completely swarmed by fans in the stands. Still, he's got to figure that at a wrestling match, people might just be a little hyped up. So, yes, while a lack of WWE security might have played a role, fundamentally it's on Punk to keep in control.

All the best CM Punk.

Sunday, September 9, 2012

Bad News Brown, penggusti yang amat ditakuti di WWF suatu ketika dulu


Setinggi 6 kaki 2 inci dan seberat 255 paun, Bad News Brown sudah membelasah ramai lawannya di WWF pada 1998 hingga 1990. Dia tidak pernah kalah, dan lawan pengsan apabila ditendang di belakang kepala menerusi teknik penamantnya, teknik tendangan Judo.




Lihatlah Bagaimana Bad News Brown membelasah Hulk Hogan, namun Hogan lebih kuat dan menewaskan Bad News Brown.

Antara penggusti WWF yang saya minati selain Ultimate Warrior, Warlord, British Bulldogs dan Brett Hart ialah Bad News Brown.

Ini kerana Brown dikenali dengan kekejamannya membelasan lawan tanpa belas kasihan sebelum di K.O kan dengan tendangan judo sebagai teknik penamatnya.

Bad News Brown pernah menwarnai gusti WWF pada 1988 hingga 1990 sebelum meninggalkan WWF kerana tidak diberi peluang muncul juara oleh Vince Mc Mahon meskipun dia amat kuat.

Bad News Brown agak pelik kerana lahir di Pakistan dan meninggal dunia di Argentina pada 2007 dalam usia 63 tahun.

Rest in Peace Bad News Brown.


Wednesday, April 11, 2012

Rekod 20-0 The Undertaker dalam Wrestlemania, tiada tandingan



Rekod 20-0 The Undertaker dalam sejarah Wrestlemania, tiada tandingan.

Tiada penggusti boleh menyaingi atau memecahkan rekod itu. Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Andre The Giant, The Road Warriors, Demolitions dan Bruno Sammartino pun tidak boleh melakukan rekod menakjubkan dan mustahil itu.

Siapa tidak kenal dengan The Undertaker, penggusti seberat 300 paun dan setinggi 7 kaki dari Death Valley.



Undertaker memiliki rekod tersendiri yang tidak boleh dipecahkan mana mana penggusti, iaitu melakar kemenangan 20 kali berturut turut dalam 20 siri Pay Per View Wrestlemania.

Wrestlemania adalah kemuncak kalendar gusti WWF/WWE, disiarkan secara langsung kepada jutaan penonton di seluruh dunia di hadapan puluhan ribu penonton dalam stadium.

Sejak membuat penampilan pertama pada Wrestlemania 20 tahun lalu, The Undertaker berjaya melakar kemenangan demi kemenangan sebanyak 20 kali tanpa kalah.

Bermula dengan perlawanan pertama Wrestlemania menewaskan Jimmy The Superfly Snuka, diikuti mengalahkan Jake the Snake Roberts, King Kong Bundy, Diesel, Big Boss Man, sehinggalah Triple H dalam perlawanan ke 20 di Wrestlemania, 2 April 2012 lalu.



Dia menewaskan semua lawannya termasuk Kane, The Giant Gonzalez (raksaksa setinggi 8 kaki dan seberat 400 paun), Triple H, Batista, Shawn Michaels dan ramai lagi.

Malahan dalam 1 Wrestlemania, The Undertaker berjaya menewaskan 2 lawan bersaiz gergasi sekaligus iaitu Big Show (Seberat 500 paun dan setinggi 7 kaki) serta Prince Albert (seberat 350 paun dan setinggi 6 kaki 7 inci).

The Undertaker mempunyai pelbagai gerakan penamat, antaranya The Last Ride – lawan diangkat setinggi 10 kaki ke udara sebelum dihempas dengan kuat, The Tombstone Pile driver – penamat yang amat menyakitkan dengan kepala dihentak ke gelanggang dalam keadaan terbalik dengan dayanya bersamaan 10 kali ganda berat gabungan 2 penggusti. Silap silap boleh mati beb!!

Serta gerakan Choke Slam – lawan dicekik di leher sebelum dihempas dengan kuat dari ketinggian 7 kaki dan yang terbaru Death Choke dimana The Undertaker dalam keadaan badan terbaring, menggunakan kaki dan tangannya untuk mencekik dan melemaskan mangsa sehingga pengsan, muntah darah dan sukar bernafas.

Dalam edisi Wrestlemania pada 2 April 2012 yang disiarkan Astro menerusi Pay Per View, The Undertaker berjaya melakarkan kemenangan ke 20 menewaskan Triple H di Miami, Florida, USA.

Perlawanan 30 minit itu amat hebat sehinggakan pengadil jemputan, Shawn Michaels menangis di hujung perlawanan dan Undertaker dan Shawn Michaels bekerjasama memapah Triple H yang sudah tidak bermaya, keluar gelanggang dan kembali ke bilik persalinan.

Perlawanan Hell in a Cell itu menyaksikan tukul besi, tangga besi dan kerusi besi digunakan Undertaker dan Triple H untuk menyeksa sesama sendiri.

Ia berakhir apabila The Undertaker menukul muka Triple H menggunakan Tukul Besi sebelum Triple H ditidurkan dengan The Tombstone Piledriver.

Undertaker, anda memang hebat!!

P/S tahukan anda bahawa The Undertaker juga terlibat dalam perniagaan hartanah? Selain daripada mematahkan tulang lawannya, Undertaker sebenarnya seorang businessman sektor hartanah di Amerika Syarikat. Bagaimana dia menjalankan perniagannya? Adakah dia akan melakukan Tombstone ke atas pelanggannya atau rakan kongsinya jika bisnes tidak berjalan lancar??

Hehehe.. terima kasih kerana membaca...

Gusti, Goldberg tiada tandingan





Gusti, Goldberg tiada tandingan.

Dalam dunia gusti moden, Penggusti bertubuh sasa dan hebat, Goldberg, tiada tandingan. Goldberg berada pada kedudukan tersendiri apabila melakarkan rekod hebat menang 187 perlawanan berturut turut tanpa kalah ketika zaman kegemilangannya di WCW atau World Championship Wrestling, dengan menewaskan ramai lawan ternama seperti Hulk Hogan, Diesel, Jeff Jarret, The Giant dan Bret The Hitman Hart.

Goldberg melakukan kemenangan itu setelah melakukan 2 gerakan penamat iaitu Spear yang amat menyakitkan umpama di langgar trak dan diikuti Jack Hammer, iaitu lawan diangkat seperti Vertical Suplex sebelum dihempas ala Power Slam!!



Lihatlah di sini Goldberg yang seberat 290 paun dengan mudah melakukan Jack Hammer ke atas The Giant, raksaksa seberat 500 paun dan setinggi 7 kaki.

Ketika di WWF/WWE, Goldberg turut melakar kemenangan hebat dengan menewaskan semua penggustinya seperti The Rock, Triple H, Shawn Michaels, Kane dan Brock Lesnar menggunakan teknik sama.

Goldberg, anda memang hebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs