Wednesday, April 11, 2012

Gusti, Goldberg tiada tandingan





Gusti, Goldberg tiada tandingan.

Dalam dunia gusti moden, Penggusti bertubuh sasa dan hebat, Goldberg, tiada tandingan. Goldberg berada pada kedudukan tersendiri apabila melakarkan rekod hebat menang 187 perlawanan berturut turut tanpa kalah ketika zaman kegemilangannya di WCW atau World Championship Wrestling, dengan menewaskan ramai lawan ternama seperti Hulk Hogan, Diesel, Jeff Jarret, The Giant dan Bret The Hitman Hart.

Goldberg melakukan kemenangan itu setelah melakukan 2 gerakan penamat iaitu Spear yang amat menyakitkan umpama di langgar trak dan diikuti Jack Hammer, iaitu lawan diangkat seperti Vertical Suplex sebelum dihempas ala Power Slam!!



Lihatlah di sini Goldberg yang seberat 290 paun dengan mudah melakukan Jack Hammer ke atas The Giant, raksaksa seberat 500 paun dan setinggi 7 kaki.

Ketika di WWF/WWE, Goldberg turut melakar kemenangan hebat dengan menewaskan semua penggustinya seperti The Rock, Triple H, Shawn Michaels, Kane dan Brock Lesnar menggunakan teknik sama.

Goldberg, anda memang hebat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs