Friday, November 18, 2011

Bajet 2012 untuk Sabah, 4.048 Billion Ringgit, yang terbesar dalam sejarah negeri dibawah bayu



Bajet terbesar dalam sejarah negeri Sabah, berjumlah 4.048 Billion ringgit, dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu pada Jumaat 18 November 2011.

Bajet itu 31.92 peratus lebih tinggi atau melibatkan kenaikan 979.62 juta ringgit berbanding Bajet 2011 yang berjumlah 3.068 billion ringgit.

Bajet itu dibentangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (gambar atas)

“Terbesar dalam sejarah negeri Sabah, bukti komitmen kita utk terus memberikan yg terbaik kpd rakyat negeri Sabah, jadi bajet ni utk semua lapisan rakyat. mengambil kira keperluan & kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Sabah” katanya kepada media sejurus selesai pembentangan bajet itu.

Bajet itu bertema “melonjakkan kesejahteraan dan kemakmuran negeri”.

Dalam pembentangannya Musa berkata anggarah hasil negeri Sabah pada 2012 berjumlah 3.690 billion ringgit menerusi hasil cukai dan hasil bukan cukai.

Objektif utama bajet Sabah 2012 adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan penekanan ke atas penambahbaikan infrastruktur asas serta kemudahan prasarana awam bagi manfaat rakyat dan pelabur.

Ia bagi mengekalkan momentum ekonomi negeri, memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri selain menghapus kemiskinan dan mengurangkan jurang bandar dan luar bandar.

Katanya pertumbuhan ekonomi negeri Sabah ketika ini ialah 4 peratus.

Laporan ketua Audit negara pada 2010 juga menunjukkan kedudukan kewangan negeri sabah yang sihat.

Dengan rizab negeri melebihi 3 billion ringgit, hasil negeri melebihi 4 billion ringgit dan lebihan sebenar berjumlah 730 juta ringgit.

Selain tiada tunggakan bayaran ke atas pinjaman daripada kerajaan pusat.

Pada pembentangannya, Musa turut mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam negeri.

Selain tambahan 500 ribu lagi untuk peruntukan khas ahli dewan undangan negeri menerusi peruntukan sentuhan kasih.

Menjadikan peruntukan khas itu kini berjumlah 1.5 juta ringgit.

HIDUP SABAH!!!

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011 : 1,018 pelajar Sabah mendapat "A" dalam semua mata pelajaran




Keputusan UPSR 2011 di Sabah, menunjukkan 20 ribu 403 daripada 45 ribu 305 calon UPSR bersamaan 45.03 peratus, mencatat sekurang kurangnya peringkat “C” dalam semua mata pelajaran.

1,018 pelajar mencatat keputusan cemerlang, mendapat “A” dalam semua mata pelajaran berbanding 1,190 orang, pada 2010.

Keputusan UPSR 2011 diserahkan kepada pelajar pada hari Khamis, bersamaan 17 November 2011.

Menurut kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, pencapaian gred purata sekolah, G-P-S untuk Sabah pada 2011, menurun kepada 6.91 peratus berbanding 7.88 peratus tahun lalu 2010.

G-P-S Sabah menurun 0.03%.

Namun bilangan calon yang mencapai tahap penguasaan peringkat lemah atau “D” dan amat lemah “E” dalam semua mata pelajaran, telah berkurangan kepada 6.91 peratus.

Apapun Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar UPSR di Sabah khususnya kepada 1,018 orang yang mencatat A dalam semua matapelajaran diambil.

Kuota pekerja asing libatkan 7 sektor perkhidmatan di Sabah, dibuka semula





Sabah dikenali antara negeri di Malaysia yang mempunyai ribuan pekerja asing dari Indonesia dan Filipina.

Kebanjiran itu ekoran faktor geografi Sabah yang hampir dengan Indonesia dan Filipina.

Kebanyakan mereka bekerja di sektor perladangan termasuk kelapa sawit, pembinaan dan perkhidmatan.

Jumlah pekerja asing sah di Sabah tidak diketahui dengan tepat, namun dianggarkan lebih 500 ribu orang termasuk ahli keluarga mereka.

Selain pekerja asing sah, ada juga kategori rakyat asing di Sabah yang digelar pelarian dan Pendatang Tanpa Izin.

Golongan pelarian ini adalah mereka yang mendapat perlindungan di bawah pusat perlindungan pelarian Bangsa Bangsa Bersatu atau UNHCR akibat perang di selatan Filipina pada 1970an.

Manakala pendatang tanpa izin atau PATI pula terdiri mereka yang menetap secara tidak sah di Sabah.

Kebanjiran mereka turut menyumbang kepada masalah sosial di Sabah khususnya melibatkan rakyat asing dan PATI yang terlibat dengan jenayah serta anak mereka yang tidak berdokumen atau stateless kids atau kanak kanak tanpa warganegara.

Tidak dinafikan, Sabah masih bergantung kepada buruh asing untuk pertumbuhan ekonominya.

Untuk itu, kerajaan negeri Sabah pada 17 November 2011 bersetuju untuk membuka semula kuota pekerja asing melibatkan 7 sub sektor perkhidmatan iaitu :

1. Pekerja Kedai Makan (restoran)
2. Pembantu kedai runcit
3. Pekerja Kedai Tayar
4. Pekerja pembersihan dan pencucian
5. pencuci kenderaan bermotor (bukannya pencuri kenderaan bermotor ya)
6. pekerja bengkel kenderaan motor
7. pekerja kedai dobi

Semoga Sabah terus aman, damai dan makmur. Terima kasih kerana membaca.

MASwings catat peningkatan 13.56 % penumpang dan 44.42% kargo pada Januari-September 2011




Pengarah Urusan MASwings, Datuk Kapten Mohd Nawawi Awang, beliau seorang juruterbang Boeing 747 yang amat profesional dan komited dalam tugasnya.

MASwings, anak syarikat Penerbangan Malaysia, MAS mencatat peningkatan 13.56 peratus bilangan penumpang dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini, 2011 berbanding tempoh sama tahun lalu pada 2010.

Pada masa sama, pengendalian kargo MASwings turut mencatat pertumbuhan 44.42 peratus.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kementerian Pengangkutan, MASwings mengendalikan 2 juta 279 ribu 849 penumpang sejak Januari hingga September 2011.

Berbanding 2 juta 7 ribu 546 penumpang tempoh sama tahun lalu.

Pengendalian penumpang tertinggi adalah di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu sebanyak 498 ribu 821 orang.

Bagi pengendalian kargo, MASwings mengendalikan 3 juta 517 ribu 280 kilogram kargo.

Berbanding 2 juta 435 ribu 443 kilogram kargo dalam 9 bulan pertama tahun lalu, 2010.

Kargo terbanyak disumbang lapangan terbang Miri di Sarawak.

Peningkatan bilangan penumpang dan kargo MASwings, disumbang tambahan frekuensi penerbangan.

MASwings beroperasi di 7 Lapangan Terbang dan 9 padang terbang di Sabah dan Sarawak.

Ia termasuk Kota Kinabalu, Miri, Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Bario, Ba'Kelalan dan Lawas.



MASwings menggunakan pesawat ATR-72-500 buatan Perancis menggantikan Pesawat Fokker Fifty buatan Belanda.

Syabas MASwings. Syabas MAS. Syabas Malaysia.

Syabas kepada Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang, Pengarah Urusan MASwings.

Wednesday, November 16, 2011

Aaliyah Yoong, baru berusia 8 tahun, sudah menyumbang pingat EMAS Sukan SEA untuk Malaysia



Baru berusia 8 tahun, tapi sudah berkeupayaan menyumbang pingat Emas untuk Malaysia.

Itulah kehebatan Aaliyah Yoong yang merangkul Emas untuk Malaysia pada sukan SEA 2011di Jakarta.

Aaliyah memungut Emas menerusi acara Women Trick Event, Water Ski atau Ski Air.

Dengan kemenangan ini, Aaliyah mencatat sejarah sebagai pemenang pingat Emas termuda dalam sejarah Sukan SEA sejak 52 tahun lalu.

Untuk rekod, Sukan SEA bermula sejak 1959 dengan Thailand menjadi tuan rumah.

Bajet Sabah 2012, bajet terbesar dalam sejarah kewangan negeri Sabah



Jumaat bersamaan 18 November 2011, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (gambar atas) bakal membentangkan bajet 2012 yang disifatkan BAJET TERBESAR dalam sejarah kewangan negeri Sabah dan juga BAJET TERBAIK untuk rakyat jelata negeri di bawah bayu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis 17 November 2011, Ketua Menteri berkata :

1. Walaupun ekonomi dunia dan harga komoditi tidak menentu, ekonomi negeri tidak begitu terjejas kerana asas ekonomi kita adalah kukuh dan kita kaya dengan sumber hasil bumi.

2. Strategi Bajet 2012 yang akan dibentangkan esok merupakan kesinambungan dalam usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk membangunkan negeri Sabah dan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri. Cadangan pengagihan peruntukan bagi program-program yang dirancang tahun depan merupakan komitmen dan kemampuan kerajaan dalam mencapai matlamat pembangunan yang telah dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

3. Untuk merealisasikan perancangan yang dibuat di bawah Bajet 2012, saya yakin dengan kutipan hasil negeri yang terus menggalakkan disebabkan asas ekonomi yang mantap dan disokong oleh rezab negeri yang kukuh. Saya akan membentangkan bajet yang terbesar dalam sejarah kewangan Kerajaan negeri esok.

4. Dalam pembangunan sektoral, kita akan memberi penekanan terhadap Halatuju (pertanian, pelancongan dan pembuatan), pembasmian kemiskinan, pembangunan belia dan modal insan, pembangunan seimbang antara wilayah dan luar Bandar dan pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam. Pendek kata, pembangunan untuk semua.

Tahniah kepada kerajaan negeri Sabah.

UPSR 2011, The Best Results in 4 Years






Congratulations to Malaysian UPSR Students.

According to the Ministry of Education, 46,012 students out of 497,691 candidates for UPSR 2011, obtained 5As.

And this year's Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) results are the best of the past four years.

Education director-general Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud said the achievement was based on the Average National Grade (GPN) of the candidates' results.

Of the 485,160 candidates who sat for the examinations, 269,021 had good scores with a minimum Grade C (not including straight A scorers).

"However, the number of straight A scorers reduced this year, from 10.02% in 2010 to 9.48% (46,012 candidates) in 2011.

"The percentage of candidates who scored below minimum achievement (those with grades D, E, or both) also decreased from 3.39% last year to 2.88% this year," he said when announcing the analysis of the results on Thursday, 17th November 2011.

Candidates can check their results via the short messaging system (SMS).

To do so, type UPSR, candidate's number, and send to 15888.

The service will be active from from 10am Thursday (November 17th 2011) to midnight on November 23rd 2011.

All the best kids.

Kanak kanak sekolah di China bergadai nyawa untuk ke sekolah



Kita di Malaysia beruntung kerana pelajar sekolah melalui perjalanan yang lancar, selesa dan selamat untuk menimba ilmu.

Di China, ada kawasan nun jauh terpencil yang mencabar nyawa bagi pelajar untuk ke Sekolah.

Satu daripadanya ialah kampung Pili di Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur yang tidak mempunyai jalanraya.

Akibatnya, untuk ke sekolah, pelajar terpaksa menempuh perjalanan amat mencabar termasuk melalui kawasan gunung yang amat curam. Silap sedikit, membawa maut.

Ada juga laluan yang merentasi sungai amat sejuk. Jika jatuh, pasti buruk padahnya.

Nah, kita harus bersyukur kerana Malaysia dalam keadaan aman, makmur dan tiada pelajar terpaksa menempuh laluan seumpama ini.

Tidak dinafikan ada kawasan di Sabah dan Sarawak dimana pelajarnya terpaksa berjalan kaki merentasi hutan belantara dan sungai serta laut, namun keadaan di Malaysia tidak seteruk keadaan di Pili, China ini.

Semoga perjalanan sukar ini menginsafkan kita.









Monday, November 14, 2011

Fenomena Awam menakjubkan



Fenomena awan yang menakjubkan ini berjaya dirakamkan video. Ia perkara biasa yang dinamakan proses penyah-caj.

Fenomena ini biasa berlaku, namun jarang dapat dirakamkan oleh manusia kerana samada kita tidak membawa kamera ketika ia berlaku, ia berlaku tanpa disedari atau ia berlaku ketika kita sedang sibuk termasuk ketika sedang bersenggama dengan isteri atau bini..

Saksikan keajaibannya...

Kepercayaan Tahyul membawa Perancis juara Piala Dunia 1998









Kadangkala kepercayaan tahyul membawa tuah kepada pasukan Bolasepak.

Pada Piala Dunia 1998, tuan rumah Perancis muncul juara Piala Dunia buat pertama kalinya setelah menewaskan Brazil 3-0 di Final dengan 2 gol dijaringkan Zinedine Zidane dan 1 lagi oleh Emmanuel Petit.

Dalam setiap perlawanan Perancis sejak perlawanan pertama hingga ke final, ada 1 kemestian yang dilakukan oleh pemainnya iaitu ketua Pasukan Perancis akan mencium kepala botak Penjaga Gol Perancis.

Dalam konteks ini, Ketua Pasukan Perancis Laurent Blanc mencium kepala botak Penjaga Gol Perancis, Fabien Barthez setiap kali sebelum perlawanan bermula.

Dan Akhirnya, Perancis menang dan juara Piala Dunia 1998.

Pada pusingan awal dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan, Perancis menang kesemuanya dengan membenam Afrika Selatan 3-0, Arab Saudi 4-0 dan Denmark 2-1.

Kemudiannya menewaskan Paraguay 1-0 di pusingan kedua, membenam Italy 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0 di suku akhir dan menumpaskan Croatia 2-1 di Separuh Akhir.

Perancis mengecewakan jutaan peminat Brazil di final dengan kemenangan bergaya 3-0, 2 daripadanya menerusi tandukan Zinedine Zidane hasil sepakan sudut di minit ke 27 dan 45 dan 1 lagi gol minit akhir perlawanan oleh Emannuel Petit di minit ke 93.

Jika Malaysia mahu menang perlawanan di peringkat antarabangsa, perlukan kapten Malaysia mencium kepala Penjaga Gol Malaysia??

Beware Facebook users, the devils are now Internet Savvy and can connect with you!!






USERS of social media sites should not post their pictures online as they could be used for witchcraft, said a Malaysian Islamic scholar.

Kelantan Darussyifa' Islamic Medicine Association chairman Zaki Ya said that djin (spirits) are able to “connect” with humans through the Internet, including Facebook, Malaysian media reported on Tuesday 15 November 2011.

“Once, I treated someone who became delirious because a spell had been cast on him while he was surfing the Internet,” said Zaki.

“A few days ago, I received an SMS (Short Messaging Services) from a father asking me to help his son who refused to go to school.

“The father suspected that his son had been influenced by a djin over the Internet,” he said when met at the USM Traditional Islamic Medicine Clinic in Penang.

He said the boy would create a fuss every time his parents forbade him from using the Internet and would even threaten to kill himself.

Zaki added that although he had not met the boy, he is confident that the Darussyifa' Islamic Treatment centre could “heal” him.

So folks beware, nowadays even the Devils are internet Savvy..!!!

Isu Pusat Fidlot Nasional "PANAS"!!!


Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO

Isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang dalam sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat pada 8 November 2011 lalu.

Ia berpunca daripada dakwaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) bahawa pinjaman RM250 juta itu telah diserahkan sepenuhnya kepada syarikat berkenaan apabila fakta tersebut diperolehinya melalui carian maklumat kunci kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, pihak pembangkang turut membangkitkan isu sama ada akaun pinjaman RM250 juta tersebut berstatus akaun khas atau sebaliknya.

Ia berikutan kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sesi perbahasan yang menyatakan bahawa berdasarkan pemahaman beliau pinjaman itu merupakan akaun khas dan tidak boleh dikeluarkan tanpa kelulusan pihak-pihak tertentu.

Berhubung dua isu berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, dakwaan yang dibangkitkan Saifuddin itu tidak benar kerana di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta.

"Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman," katanya ketika sesi penggulungan bagi pihak kementeriannya yang sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Berhubung percanggahan fakta antara laporan audit dan SSM seperti yang dibangkitkan oleh Saifuddin, Noh berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan rasmi daripada SSM.

Dalam pada itu, Noh menegaskan, pinjaman tersebut tidak diberikan secara sewenang-wenangnya kepada syarikat tersebut sebaliknya ia tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal.

"Saya tidak tahu apa status akaun ini tetapi apa yang penting pengeluaran pinjaman tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia masih tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal," katanya.



Sementara itu Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Shirlin (gambar atas) menyifatkan parti pembangkang kini semakin tertekan bagi menghadapi pilihan raya sehingga menjadikan budaya 'politik mengugut' bagi menarik sokongan rakyat dalam isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Menurut beliau, dalam isu itu, parti pembangkang bukan sahaja berterusan enggan menerima penjelasan kerajaan tetapi lebih suka memutar belitkan fakta sebenar untuk mengelirukan rakyat.

"Inilah taktik orang yang dayus dalam berpolitik, gagal menarik perhatian rakyat semasa membangkitkan isu NFC selepas diberi perjelasan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini Shahrizat pula jadi sasaran mereka untuk dijadikan mangsa ugutan.

Tiara Lestari, wanita pertama Indonesia yang beraksi bogel di majalah Playboy



Berani sungguh model Indonesia dari Malang ini, Tiara Lestari, beraksi bogel untuk majalah Playboy edisi Sepanyol.

Tiara tidak gusar dan takut ataupun bimbang untuk mendedahkan tubuh mungil dan seksinya untuk tatapan umum khususnya kaum Lelaki yang dahagakan seks dan bernafsu serakah.

Tiara tidak gusar dan takut meskipun aksinya itu pasti mengundang kontroversi dan bantahan daripada pelbagai pihak di Indonesia. Almaklum, Indonesia dengan 240 juta penduduk adalah negara yang mempunyai paling ramai penduduk beragama Islam di dunia ini.

Model seksi ini sudah mempunyai seorang anak perempuan dinamakan Princess Rania dilahirkan pada Julai 2007.

Tiara Lestari amat menyayangi Princess Rania sepertimana dimaklumkan dalam laman blognya di sini : http://tiara4women.blogspot.com/





















Terima kasih kerana membaca dong...

Sunday, November 13, 2011

Abdullah Rikki, the most hated name in Sabah for rape and assault of a local woman



Bad hats Indonesian >>> GO HOME!!!

A 23-year-old Indonesian labourer, by the name of Abdullah Rikki became the most hated name in Sabah, Malaysia in August 2011.

The bastard from Indonesia not only assaulted a local 21 year old Sabahan Malaysian woman, but also brutally raped her.

The sad and shocking incident happened at 6pm on August 12, 2011 in the bushes of the rubber estate in Telipok Ria.

The Bastard Abullah Rikki was jailed 14 years and ordered given five strokes of the cane by the Kota Kinabalu Sessions Court.

Magistrate Amir Shah Amir Hassan, who sat as a Sessions Court judge, handed the sentence under Section 376(2)(a) of the Penal Code, which provides for a jail term of between five years and 30 years, and whipping, on conviction.

However if i were the judge, i will send Abdullah Rikki to 100 years in jail and 500 strokes of the cane!!! Or just shoot him and send him to hell straight away!!

"The punishment imposed must be seen as a deterrent sentence and lesson to the accused as well as other would-be wrong doer in the future to think twice before committing the same offence," said Amir.

"In order to commit the crime, the accused pulled the victim's hair from behind, covered her mouth and strangled her until she lost consciousness before raping her."

Amir said a rehabilitative sentence should be imposed on Abdullah based on the said facts.

Earlier, during mitigation, Abdullah, who was not represented, applied for leniency, saying that he has two children and a wife to look after. What the hell is that??

Assistant Superintendent of Police Sabrina Jinius, however, asked for a deterrent sentence submitting that the seriousness of the offence as grounds.

She also said the court must take into account the injuries suffered by the victim.

Abdullah was arrested on August 17, 2011 following a police report lodged by the victim.

The court ordered Abdullah to be referred to the Immigration Department after serving his jail sentence.

Indonesian badhats and Bad Ass>>>> GO HOME!!!!

Menakjubkan, Gambar ribuan ikan pari berenang bersama






Gambar menakjubkan ini menunjukkan ribuan ikan pari atau Ray Fish sedang berenang berkumpulan di tengah lautan.

Keajaiban alam anugerah Tuhan ini dirakamkan oleh seorang jurugambar Jerman, Florian Schulz di Baja California Sur, Mexico.

Schulz menamakan gambar ikonik ini sebagai "Flight of the Rays".

Gambar ini membolehkan Schulz memenangi anugerah Environmental Photographer of the Year 2010 awards.

Menurut Schulz, dalam tempoh 20 tahun menjadi jurufoto, dia belum pernah melihat kawanan ikan pari ini dalam kuantiti ribuan sedang berenang bersama sama.

Ini adalah keindahan dan keajaiban laut yang belum pernah disaksikan umat manusia di bumi ini.

Katanya :

"During an aerial expedition I came across something I had never seen before. Not even my pilot, who has surveyed this area for 20 years, had seen anything like it. As we got closer we started to discover its nature: an unprecedented congregation of rays. The group was as thick as it was wide, all heading towards the same direction. I have asked around why this took place but no one has been able to explain it to me. After such a unique sighting, I realise there are so many marvels in the oceans that we are yet to understand. Our knowledge of the oceans is so limited. I just hope that we are in time to rescue it before it collapses from pollution and over fishing."

Pulau Sebatik di Tawau, Sabah kini mendapat bekalan elektrik 24 jam



Pulau Sebatik dekat Tawau, Sabah dikenali pulau yang unik kerana terbahagi dua kepada wilayah Malaysia dan Indonesia.

Pulau ini mempunyai 5,000 penduduk dan 10 kampung, terletak 13 kilometer dari tanah besar Tawau, kira kira 20 minit perjalanan menaiki bot.

Namun sejak merdeka, masalah utamanya ialah tidak mempunyai bekalan elektrik sempurna.

Penduduknya terpaksa bergantung kepada generator untuk bekalan elektrik yang terhad.

Namun kerajaan mengotakan janjinya untuk membekalkan elektrik kepada penduduk pulau Sebatik.

Ia menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai kira-kira RM120 juta di Pulau Sebatik di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Projek ini dijangka bakal siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember 2011.

Ketua Setiausaha KKLW, Dato' Ibrahim Muhamad, projek berkapasiti 33 KiloVolt itu dilihat sebagai mencukupi untuk menampung keperluan 10 buah kampung (5, 000 penduduk) di Pulau Sebatik yang melibatkan kira-kira 950 buah rumah.

"Kalau tiada aral-melintang, pihak kontraktor akan menyerahkan projek yang telah disiapkan ini kepada kita (kerajaan) pada awal Januari 2012. Kita percaya soal ketiadaan bekalan elektrik di pulau ini bukan lagi satu isu besar di sini," katanya

Ibrahim yang memuji kemajuan projek itu berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja dan tinjauan di tapak pembinaan sub-stesen elektrik di Sungai Tamang, Pulau Sebatik pada Ahad 13 November 2011 bersama ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata buat masa ini bekalan elektrik 24 jam telahpun disalurkan lebih awal kepada sekitar 700 buah rumah mulai Jun 2011 secara berperingkat-peringkat menerusi pembekalan sementara oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd, SESB.

Mengulas perkembangan ini, Datuk Ghapur Salleh berkata sudah menjadi dasar kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan berdasarkan kepentingan rakyat.

"Projek BELB ini merupakan janji kerajaan untuk memberikan kemudahan bekalan elektrik kepada penduduk luar bandar dan mungkin masih ada penduduk yang masih 'bermimpi' kerana projek ini kini sudah hampir siap sepenuhnya", katanya lagi.

Dalam pada itu, Ghapur turut menjelaskan bahawa projek pembinaan Jalan Raya Kalabakan-Sapulut bernilai lebih kurang RM300 juta telahpun dimulakan oleh pihak kerajaan semenjak bulan Oktober 2011.

Projek BELB ini dimulakan semenjak Januari 2009 melibatkan penyambungan kabel bawah laut dari Kg Pasir Putih di tanah besar Tawau hingga ke Kg Sungai Tongkang, Pulau Sebatik sepanjang kira-kira 13 KM.

Thursday, November 10, 2011

Duit dijual di tepi jalan di Somaliland


Peta Somaliland, republik Somaliland yang merdeka dari Somalia.



Pelik tapi Benar, urusniaga duit di Somaliland dilakukan di atas jalanraya, bukannya di Bank seperti di Malaysia. Gambar diatas dirakamkan di Hargeisa, ibunegara Somaliland.



Meskipun dilakukan secara terbuka, jarang berlaku kes duit di curi. Dan jika penjual matawang mahu menunaikan solat di masjid berhampiran, dia hanya perlu menutup wang tunai itu dengan kain dan ditinggalkan. Dan duit itu tidak dicuri.

Pelik tapi benar kan.??

Di Somaliland, keadaan seperti ini dilaporkan sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman. Matawang mereka dikenali Somaliland Shilling.



Di Malaysia pula, mesin ATM pun dilarikan penjenayah untuk mencuri wang didalamnya. Dan jika matawang Ringgit di urusniaga di atas jalanraya seperti di Somaliland, maka sudah lama wang itu lesap.

Jika meriam di A Famosa pun dicuri, maka itulah penjenayah tegar






A Famosa adalah kubu Portugis yang struktur ala Eropahnya masih kelihatan di Kota Melaka.

A Famosa mengingatkan kita kepada penjajahan Portugis yang menakluk Melaka pada 1511, lebih 500 tahun lalu.

Kubu itu 2 kali bertukar tangan daripada Portugis kepada Belanda dan akhirnya Inggeris yang silih berganti memerintah Melaka.

Di Kota itu, ada kelihatan meriam diperbuat daripada besi keluli yang menghiasi bahagian depannya.

Persoalannya banyak kes curi besi berlaku di Malaysia dan jika penjenayah sanggup mencuri meriam A Famosa untuk dijual sebagai besi buruk, maka dialah penjenayah paling tegar di Malaysia.

Harap kecurian meriam A Famosa tidak berlaku.

Hidup Melaka. Takkan Melayu Hilang di Dunia - Hang Tuah.

Isu kurangkan bilangan penjawat awam, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua terus dibelasah Kesatuan Sekerja


Tony Pua







Berani sungguh Tony Pua berkata jika pembangkang memerintah Malaysia, maka bilangan penjawat awam di Malaysia akan dikurangkan.

Untuk rekod, bilangan penjawat awam atau kakitangan kerajaan di Malaysia ketika ini kira kira 1.2 juta orang. Mereka termasuk polis, tentera, kakitangan kementerian dan jabatan, Hospital, Guru dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Akibat kelancangan mulutnya, beberapa lagi kesatuan sekerja membidas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang berhasrat mengurangkan bilangan penjawat awam jika pembangkang diberi kuasa memerintah negara.

Utusan Malaysia melaporkan pelbagai pihak berpendapat bukan sahaja cadangan tersebut sebagai tidak berasas bahkan bakal merencatkan agenda kerajaan mentransformasikan kemajuan negara.

Yang Dipertua Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan Semenanjung Malaysia (Keptan), Aminuddin Chik berkata, tiada ada sebab untuk parti politik tersebut melaksanakan cadangan itu.

"Apa yang dicadangkan itu jika dilaksanakan akan merencatkan transformasi negara ke arah negara maju pada 2020 nanti," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tony yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Kita akui, Malaysia bukan macam di China yang mempunyai lebih 1 billion penduduk. Malaysia hanya ada 28.3 juta penduduk.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penolong Pegawai Sistem Maklumat Sektor Awam Malaysia (Pesima), Sazali Sajat berkata, cadangan tersebut tidak membantu ke arah kemajuan negara.

"Kakitangan awam diibaratkan sebagai tulang belakang negara. Sekiranya dikurangkan, tidak porak-peranda negara dibuatnya?

"Contohnya, jika jumlah guru dikurangkan, bagaimana sistem pendidikan dapat dimajukan," katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pelajaran Semenanjung Malaysia, Ashaari Maarof berkata, cadangan yang dikeluarkan pemimpin DAP itu tidak wajar dan tidak masuk akal.

"Seharusnya dia mencadangkan sesuatu yang lebih berfaedah dan bernas seperti kakitangan awam harus diberi motivasi atau diberi sebarang kelas tambahan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa," ujarnya.

Setiausaha Agung Kesatuan Penyelia Asrama Kementerian Pelajaran Semenanjung Malaysia, Nik Mat Nik Yaakub pula menyifatkan cadangan pemimpin itu sebagai menghina penjawat awam.

"Seharusnya dia turut menghargai sumbangan penjawat awam dalam membangunkan negara.

''Saya percaya ini semuanya gimik politik murahan yang sengaja diada-adakan untuk menarik perhatian awam," katanya.

Tony Pua, apa nak jadi??

Jika Hukum Hudud dilaksana, adakah Anwar Ibrahim akan didakwa mengikut Hudud??



Dewasa ini banyak debat di media dan alam siber mengenai kewajaran pelaksanaan hukum Hudud di negara ini.

Namun jika hukum Hudud dilaksanakan, adakah individu pertama yang bakal dikenakan tindakan mengikut Hukum Hudud ialah individu di atas?

Bukti bergambar dia melakukan seks dengan seorang wanita Cina sudah ditayangkan dan disebarkan di internet.

Jadi adakah lelaki berkenaan yang dikatakan mirip dan menyerupai ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, akan turut dikenakan tindakan mengikut Hukum Hudud??

Malahan Anwar juga ketika ini sedang berdepan tuduhan meliwat seorang lelaki, Saiful Bukhari Azlan.



Beberapa parti politik dan pemimpinnya seperti Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat (gambar atas), antara yang menyokong penuh pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia.

Malahan pada 2 November 2011 lalu, Mesyuarat Exco kerajaan Pas Kelantan, mengesahkan pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud yang akan dimaklumkan dengan surat pelantikan masing-masing dalam masa terdekat.

Jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dalam kalangan profesionaldan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Peranan jawatankuasa berkenaan antara lain mengkaji kemungkinan pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs