Tuesday, March 29, 2011

Sampai bila Kota Marudu harus mengalami masalah Banjir??






Gambar di atas dan lagi gambar dibawah adalah banjir terbaru yang melanda daerah Kota Marudu di utara Sabah pada 13 dan 14 Mac 2011 lalu.

Statistik banjir Kota Marudu pada 14 Mac 2011 :

57 kampung terlibat
936 keluarga terlibat
3,380 orang terlibat
21 pusat pemindahan disediakan


Antara Kampung terlibat banjir di Kota Marudu :

Langkon Lama
Tambun
Marudu Laut
Tonsom
Bengkongan
Popok Laut
Parong
Kuranji
Longob
Pancur
Ranau
Ongkilan
Bintasan Laut
Tanjung Batu
Pekan Lama
Salaping
Marudu Darat

Kasihan penduduknya, sudahlah ramai lagi hidup dalam kesulitan akibat faktor ekonomi, nasib mereka pula malang apabila kesusahan hidup bertambah teruk akibat banjir.












Untuk rekod, daerah Kota Marudu juga pernah dilanda banjir besar pada sekitar waktu yang sama iaitu February hingga Mac 2010 dan juga beberapa tahun sebelumnya.

Sampai bilakah masalah ini akan berakhir?

Untuk rekod, antara Wakil Rakyat di Utara Sabah seperti Kota Marudu dan Kudat termasuklah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili (ahli Parlimen Kota Marudu) dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rahim Bakri (Ahli Parlimen Kudat)..

Perdana Menteri perlu melihat masalah ini seperti gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

20 comments:

Anonymous said...

Hope that the government will take action to resolve the flood issue.

Raven said...

Good question. Sampai bila???

Anonymous said...

punca banjir ini perlu dikenalpasti, sistem pengairan dan perparitan perlu diperkemaskan.

Raven said...

Government should take immediate action to solve this issue. Don't let the people down.

Imia said...

Perancangan untuk mengelak dari terus dihantui dengan masalah banjir ini harus ada. Jika tidak, sampai bilapun masalah banjir tidak akan dapat dielak dari terus berlaku.

Imia said...

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mengelak banjir untuk terus berlaku. Sila pastikan keadaan longkang tidak tersumbat dan pengairan juga harus diberi perhatian.

Unknown said...

Mungkin kerana kawasan tersebut rendah menyebabkan kawasan berkenaan selalu mengalami masalah banjir. Apa pun kita harapkan pihak bertanggunjawab mencari jalan penyelesaian.

Paquin said...

Hal ini harus diberi perhatian sewajarnya. Jangan biarkan penduduk di KM terus dihantui masalah banjir.

Paquin said...

Apapun, semoga hal ini dapat ditanggani dengan baik.

Anonymous said...

Masih ada banyak kawasan banjir di Sabah yang perlu ditangani. Harap kerajaan akan memandang berat perkara ini.

neji said...

kerajaan boleh menjimatkan dana untuk membantu mangsa banjir sekiranya kerajaan bertindak mengenalpasti punca2 banjir dan melaksanakan kerja2 membaikpulih..

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Terima kasih atas pandangan dan komen anda.. nampaknya Anonymous, Raven, Antap, Neji, Paquin, Imia, Batresiah & SB > kesemuanya kelihatan bergerak sebagai 1 pasukan yg mantap dalam melawat blog ini dan memberikan komen masing masing.... Apapun terima kasih atas komen anda.. Kota Marudu sememangnya memerlukan pembelaan bagi mengelak masalah banjir itu berterusan di masa akan datang... 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...

shana said...

perlu tahu faktor-faktor yang menjadi punca mengapa Kota Marudu sering mengalami masalah banjir.pihak kerajaan perlu memandang serius keadaan ini dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Shana > betul tu... jika tindakan betul tidak diambil maka sampai bila2 pun Kota Marudu digenangi air setiap kali hujan lebat

Anonymous said...

Agak sukar juga untuk menangani masalah banjir di Kota Marudu dan Kudat ini sebab ia meliputi kawasan yang luas. nampaknya, sampai sekarang masalah banjir masih berlaku.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alexis >> nama anda unik macam watak Alexis dlm Dynasty lakonan Joan Collins... hehehe.. apapun terima kasih atas komen anda... musim monsun ini dijangka hujan lebat melanda negara

Anonymous said...

thanks bebek:)penduduk akan sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir yang mungkin akan berlaku bila2 masa.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alexis - thanks.. sekarang ni pun ada amaran hujan lebat akibat musim tengkujuh di Sabah..

Addi said...

Tumpang tanya, di mana kita blh dpt statistik banjir di kota Marudu?

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Addi.. sorry lambat reply.. selalunya statistik banjit kota marudu ni boleh didapati dari pejabat daerah kota marudu sebab pejabat itu menempatkan pejabat bilik gerakan bencana alam daerah. ataupun di portal Banjir negara.. di web site rasminya.. thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs