Sunday, January 1, 2012

Datuk Seri Lajim Ukin kesal, ucapannya dieksploitasi



KUALA PENYU, Sabah, 1 Januari 2012 :

Ahli Parlimen Beaufort, Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan rasa kecewanya apabila ucapannya di majlis Rumah Terbuka Krismas anjuran bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu dari parti Bebas, Datuk John Ghani pada jumaat, 30 Disember 2011, dieksploitasikan pihak tertentu sebagai ucapan menghentam kerajaan.

Katanya, sebagai pemimpin yang mewakili rakyat beliau berhak untuk menyuarakan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya di kawasan yang beliau wakili untuk disampaikan kepada kerajaan selaku pembela dan pejuang kepentingan rakyat.

Menurutnya kedudukan beliau sebagai wakil Rakyat Barisan Nasional dan Timbalan Menteri di peringkat kerajaan Persekutuan seharusnya tidak dijadikan alasan baginya, tidak boleh bersuara terutamanya dalam menyampaikan masalah rakyat kepada kerajaan agar diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

“ Kita bersuara mewakili rakyat dan apa juga masalah yang kita sampaikan adalah untuk pengetahuan dan perhatian kerajaan khususnya yang membabitkan jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat” katanya.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia serta Janang Gayuh atau pemimpin Agung Masyarakat Bisaya Sabah, berkata demikian ketika dminta mengulas beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu di Laman Sosial Facebook yang menyebut kononnya beliau semasa berucap di majlis tersebut menghentam kerajaan BN yang turut dihadiri oleh pemimpin pemimpin parti pembangkang .

“ Perlu saya perjelaskan saya hadir atas jemputan dan sememangnya setiap tahun saya hadir ke majlis rumah terbuka beliau (John Ghani) sebagai kawan dalam konsep kekeluargaan bukannya majlis politik, saya diberikan penghormatan berucap sebagai Ahli Parlimen dan dimana kebanyakan yang hadir rakyat yang menyokong kerajaan “ katanya.

Jelasnya dalam ucapan tersebut beliau berharap kerajaan dapat menangani segara isu bekalan air yang sekian lama berlarutan di daerah Kuala Penyu yang saban hari menjadi rungutan rakyat.

“ Saya tidak tahu dari sudut mana ucapan ini dikatakan menghentam kerajaan pula, yang pesti saya suarakan masalah rakyat kepada kerajaan untuk ditangani , ini pun mereka eksploitasikan sebagai menghentam kerajaan pula dan saya hadir ketika itu bersama kepimpinan bahagian dan ketua ketua parti komponen BN atas konsep kekeluargaan menyambut sambutan Krismas” tegasnya.

Menurut beliau jika ada pun kehadiran pemimpin pembangkang selepas kehadiran beliau, itu hak mereka kerana konsep rumah terbuka ini untuk semua.

Katanya yang pasti beliau hadir lebih awal dari mereka.

Kesimpulannya bagi Lajim, dakwaannya bersama pemimpin pembangkang hanya tuduhan liar dan spekulasi bagi menghangatkan suasana politik negara, lebih lebih lagi menjelang pilihanraya umum ke 13.

“ Sebagai pemimpin kerajaan saya sedar dimana kedudukan saya, apa yang terbaik untuk saya lakukan untuk kestabilan politik, pembangunan dan kesejahteraan negara dan rakyat khususnya di kawasan yang saya wakili” katanya.

Teks Asal : Jaafar Abdul Wahid

Olahan semula : Malaysian Hollywood 2.0

Kepada Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, saya selaku penulis blog Malaysian Hollywood mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012.

Datuk Seri Panglima Lajim sememangnya diingati dalam politik Sabah kerana beliau mempunyai grass-root atau sokongan akar umbi yang amat kuat, beliau tidak boleh dikalahkan dalam pilihanraya samada dalam pembangkang atau kerajaan.

Pada pilihanraya Sabah 1994, Lajim menang sebagai calon PBS di DUN Klias, ketika itu PBS pembangkang sebelum bertindak keluar PBS dan menyertai UMNO, bersama ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang.

Pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Lajim turut menewaskan Datuk Azizah Mohd Dun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs