Sunday, January 8, 2012

Rekod lengkap Datuk Lee Chong Wei pada 2012



Blog ini memberikan ruang khusus untuk merekodkan segala pencapaian pemain Badminton No. 1 dunia kesayangan kita, kesayangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei sepanjang tahun 2012 ini. Tahun ini penting kerana berlangsungnya Sukan Olimpik London dan juga Piala Thomas.

1. KEJOHANAN TERBUKA KOREA 2012 - 8 JANUARI 2012 - DATUK LEE CHONG WEI JUARA. RANGKUL HADIAH WANG TUNAI USD75,000 atau RM225,000.00!! CHONG WEI TEWASKAN LIN DAN 12-21, 21-18, 21-14 dalam masa 1 Jam 15 minit di final di Gimnasium Olimpik Seoul.

Rekod Chong Wei menentang Lin Dan kini 9-18.

- Kejohanan Terbuka Korea adalah kejohanan pembuka tirai dalam Badminton Super Series menawarkan hadiah wang tunai US1 juta Dolar Amerika. Datuk Lee Chong Wei JUARA dan lebih manis, Chong Wei menewaskan Lin Dan, musuh ketatnya dari China.

Tewas set pertama 12-21, Chong Wei tidak menoleh ke belakang dan menewaskan Lin Dan 21-18 dan 21-14 dalam 2 set berikutnya. Pada set ketiga dan penentuan, Chong Wei pada 1 ketika mendahului 20-11 dan mempunyai 9 match points. Dan pada kedudukan 20-12, Lin Dan menyangka bulu tangkis masuk dan mara ke arah Chong Wei untuk berjabat tangan. Namun penjaga garisan kata bulu tangkis itu keluar dan kedudukan 20-13. Selepas menyerahkan 1 lagi mata, Chong Wei melakukan 1 smash yang gagal diambil Lin Dan untuk menang set ketiga dan penentuan 21-14.

CHONG WEI memulakan Tahun Baru 2012 dengan kejayaan besar dan amat bermakna. Ayuh Chong Wei, juarai pula kejohanan di tempat sendiri iaitu Terbuka Malaysia selepas ini.

SYABAS CHONG WEI, SYABAS MALAYSIA.


2. KEJOHANAN TERBUKA MALAYSIA 2012 - LEE CHONG WEI JUARA!!!
Dengan kemenangan ini Chong Wei menang hadiah wang tunai USD30,000 atau RM90,000.00

TEWASKAN KENICHI TAGO DARI JEPUN, 21-6, 21-13 di Final dalam masa 36 minit saja di Bukit Jalil pada Ahad 15 Januari 2012. Kemenangan mudah bagi Chong Wei. Ini kemenangan super series kedua berturut turut buat Chong Wei. Sekaligus kejuaraan ke 8 Terbuka Malaysia menyamai rekod Wong Peng Soon.

Syabas Chong Wei. Pada kejohanan ini Chong Wei menewaskan Chen Long di separuh akhir dalam 3 set, 21-18, 17-21, 21-13. Seteru utamanya Lin Dan tewas awal kepada Jo Jorgensen pada pusingan awal dalam 3 set. Bye Bye Lin Dan.



3. Final All England di Birmingham Indoor Arena, England. Ahad 11 Mac 2012.

Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan 19-21, 2-6 dalam masa 31 minit, akibat cedera.

Selaku Naib Juara, Chong Wei menang hadiah wang tunai USD11,200 bersaman RM33,600.00

Chong Wei terpaksa tarik diri akibat kecederaan bahu kanan yang menyaksikan pegawai perubatan kejohanan terpaksa melakukan semburan spray penahan sakit ketika perlawanan berlangsung. Meskipun cedera, Chong Wei tetap turun ke gelanggang, demi tidak mahu mengecewakan ribuan penyokong Malaysia di Arena Birmingham, 10 juta peminat yang menonton perlawanan secara langsung di TV dan 100 juta lagi penonton di seluruh dunia.

Ini cukup berbeza dengan Lin Dan yang langsung tidak turun ke stadium jika dia cedera, sepertimana banyak dilakukannya sebelum ini.

Lee Chong Wei mara ke final untuk merebut kejuaraan singles lelaki ketiga berturut turut, selepas memenangi kejuaraan berprestij itu pada 2010 (tewaskan Kenichi Tago) dan 2011 (tewaskan Lin Dan) manakala Lin Dan mahu menang kejuaraan All England kali ke 5, dan dia mendapat apa yang dihajatinya itu. Takpa Chong Wei, bangkitlah dari kecederaan dan hancurkan Lin Dan si laknat itu…!!!

Kini rekod Chong Wei menentang Lin Dan ialah 9-19.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs