Sunday, January 1, 2012

Persatuan bekas Tentera Malaysia, PBTM Sabah sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan diRaja mengenai isu PATI di Sabah



Teks/Foto : Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU, Sabah 27 Disember 2011 :

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Negeri Sabah sebulat suara menyokong penuh cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan menyiasat isu pendatang Tanpa Izin dan projek kad pengenalan diri (IC) di Sabah.

Yang Dipertuanya, Sanon Haji Sapari berkata ini kerana pihaknya turut melahirkan kebimbangan pertambahan penduduk begitu mendadak, justeru keadaan ini sudah sewajarnya memerlukan RCI melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh bagi mengenal pasti soal statistik dan kependudukan di Sabah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian PBTM Siri 4 bagi Tahun 2011 di Kota Kinabalu.

Sanon yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya Bersatu Sabah menyatakan perkara itu sebagai sokongannya kepada kenyataan Ketua Penerangan PBS, Datuk Johnny Mositun dalam di sebuah akhbar tempatan bagi menubuhkan RCI di Sabah bagi melakukan siasatan lanjut isu pendatang Izin dan projek kad pengenalan diri (IC) di negeri ini.

Menurutnya usaha menghalang penubuhan RCI di negeri ini oleh sekumpulan tidak bertanggungjawab merupakan satu tindakan tidak berakal sama sekali.

“Rakyat di negeri ini mempunyai hak bagi meneruskan usaha ini dan tidak sepatutnya diganggu atau dihalang oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda kepentingan sendiri yang akhirnya menjejaskan keselamatan dan hak kerakyatan penduduk negeri ini” jelas Sanon

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan lanjut bantahan disuarakan sebuah organisasi dikenali sebagai Persatuan Rantau Putra yang turut sama menyokong kenyataan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Sabah, Datu Akjan Datu Ali Muhammad terhadap bantahan penubuhan RCI di Sabah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs