Wednesday, January 25, 2012

Awan Nano ciptaan M. Nasir dan nyanyian Hafiz dijangka mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu TV3 pada 29 Januari 2012



Siapa tidak kenal M. Nasir, pencipta lagu tersohor di Malaysia.

Kini dalam anugerah Juara Lagu terbitan TV3 pada Ahad 29 Januari 2012 ini, M. Nasir sekali lagi mempertaruhkan sebuah lagu yang amat hebat iaitu AWAN NANO nyanyian Hafiz, Juara Akademi Fantasia 2010.

Untuk rekod, M. Nasir dan Anugerah Juara Lagu TV3 sudah tidak asing lagi.

Antara artis paling berjaya dalam sejarah Juara Lagu ialah M. Nasir - dia banyak kali menang sebagai penyanyi dan juga komposer.

M. Nasir menang juara lagu pada 1994 menerusi lagu 'Tanya Sama itu Hud Hud', Ghazal untuk Rabiah - duet bersama Jamal Abdillah pada 1997 dan Andalusia pada 1999. Lagu lagu itu juga semuanya dicipta M. Nasir.

Bagi saya Awan Nano pasti mendapat tempat, mungkinkah Juara pada Anugerah Juara Lagu 2012?

Sama sama kita nantikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs