Wednesday, January 25, 2012

Lelaki maut akibat mercun di Taman Seputih, Luyang, Kota Kinabalu



Tragedi tahun Baru Cina untuk keluarga ini di Luyang, Kota Kinabalu pada malam Tahun baru Cina 22 Januari 2012. Kelihatan Polis Kota Kinabalu sedang melakukan siasatan di tempat kejadian pada jam 12.30 malam.



Mayat Shaow Yong, 26 tahun sedang dimasukkan ke trak polis. Tragiknya beberapa jam sebelum itu, mangsa ceria makan besar tradisi bersama keluarga termasuk bersama isterinya yang baru dikahwini Disember 2011 lalu.

Malang sememangnya tidak berbau. Mercun boleh membunuh.

Kegembiraan meraikan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami bertukar tragedi bagi sebuah keluarga di Taman Seputeh, Luyang dekat Kota Kinabalu.

Shaow Young terbunuh serta merta selepas kepalanya hancur akibat letupan mercun terkena mukanya.

Shaow Yong, sebelum itu dikatakan membakar mercun di luar rumah keluarganya itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada malam tahun Baru 22 Januari 2012.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai penjual kuih di Foh Sang, Luyang, dikatakan menikmati makan malam tradisi bersama isteri dan ahli keluarga lain bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata Shaow Yong kemudian keluar membakar mercun di luar rumah.

Mercun pertama yang dibakarnya dikatakan terbang ke udara sebelum meletup dan mengeluarkan warna warni yang menakjubkan.

Namun mercun kedua yang dibakarnya, tidak meletup.

Apabila mercun yang dibakarnya tidak memberi tindak balas, mangsa dipercayai memeriksa dari dekat. Bagaimanapun, mercun itu tiba-tiba meletup tepat ke mukanya.

Keluarga mangsa yang terkejut mendengar bunyi kuat bergegas keluar rumah dan menemui Shaow Yong dalam keadaan tidak bernyawa dengan separuh daripada kepalanya hancur, kata ACP Ahmad Sofi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Ahmad Sofi menegaskan, pemilikan mercun dan bunga api adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Rest in Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs