Raut riang kegembiraan jelas terpancar di wajah Prince William dan isterinya Kate Middleton di Danum Valley, Lahad Datu, Sabah, pada Sabtu, 15th September 2012. Kate nampak tidak terjejas dengan kontroversi gambarnya yang disiarkan sebuah majalah Perancis dan disedari pasangan diraja ini semalam, Jumaat 14 September, 2012 ketika masih berada di Kuala Lumpur.
Jika anda berkunjung ke Hutan lembah Danum dekat Lahad Datu, Sabah maka inilah pemandangan terindah yang pasti dikenang sampai bila bila. Anda harus bangun seawal 5 pagi dan naik menara pemerhatian untuk melihat hutan tropika berusia 130 juta tahun ini diselubungi kabus dan awan, bak salju mendakap minda. Hutan Danum lebih tua dari hutan Amazon di Amerika Selatan.
This is the famed view of Danum Valley pristine rainforest, older than Amazon rainforest in Latin America, majestically covered by mist, can be seen early morning from an observation post.
Kate Middleton jika dilihat dari dekat, memang lawa, cantik dan anggun. Namun hatinya hanya boleh dimiliki oleh seorang Putera Raja dan pewaris Tahkta Britain. Kalau setakat lelaki biasa bujang terlajak atau teruna trang tang tang yang mau beli rokok pun susah, enggak bisa mengorat si Kate dong hehehe..... kecuali Kate dari zombie kg Pisang!!!
Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya Catherine Middleton yang dalam lawatan empat hari ke Malaysia, siang tadi melawat pusat konservasi hutan simpan lembah Danum dekat Lahad Datu, Sabah pada Sabtu 15 September 2012.
Lawatan ke lembah Danum yang dilakukan sejak pagi hingga ke petang tadi, bagi melihat dengan lebih jelas usaha Malaysia khususnya Sabah, dalam program pemuliharaan hutan hujan tropika.
Pasangan diraja British itu tiba Kota Kinabalu malam tadi, jmumaat 14 September 2012 sebelum diraikan dalam majlis resepsi dihoskan kerajaan negeri bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di hotel penginapan di Tanjung Aru.
Dan awal pagi tadi, Putera William, pewaris tahkta Britain selepas ayahnya Charles dan Catherine atau Kate menaiki helikopter Sabah Air yang dipandu juruterbang berpengalaman, Kapten Naru Kiob (gambar atas yg pakai tie), ke pusat konservasi lembah Danum, yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna serta diiktiraf antara hutan hujan tropika tertua di dunia.
Inilah canopy walkway yang menakutkan!!!
Untuk rekod, hutan Danum yang berusia 130 juta tahun dikatakan lebih tua daripada hutan Amazon di Amerika Selatan.
Di sebalik kontroversi gambar percutian pasangan di raja ini yang disiarkan sebuah majalah Perancis, sehingga mengundang tindakan saman, mereka kelihatan ceria sepanjang lawatan ini.
Sejurus tiba, pasangan diraja ini diberi taklimat di pusat luar lembah Danum yang menyediakan kemudahan penyelidikan saintifik hutan tropika Asia Tenggara dengan kerjasama Royal Society London.
Lebih 300 penyelidikan sudah dijalankan di sini termasuk oleh pelajar jurusan Sarjana dan Doktor Falsafah dari Universiti terkemuka Britain seperti Cambridge.
Putera William dan Kate kemudiannya meluangkan masa kira kira 45 minit melakukan "jungle walk" selain melawat makmal penyelidikan.
Persinggahan seterusnya ke canopy walkway berupa perjalanan merentasi hutan Danum, melalui titian khas sepanjang 300 meter, mencecah ketinggian 26 meter dari tanah.
Lembah Danum seluas 438 kilometer persegi, terletak 82 kilometer dari Lahad datu, diuruskan Yayasan Sabah, menjadi contoh program pemuliharaan hutan di dunia.
Antara tarikan di sini, keindahan hutan yang diselubungi awan pada awal pagi.
Hutan simpan Lembah Danum dikelaskan hutan terlindung kelas satu, terletak di kawasan hutan yang belum terusik ekosistemnya.
Kawasan ini menjadi habitat 125 spesies mamalia, 72 reptilia, 300 spesies burung dan 56 amphibia.
Termasuk spesies dikategorikan terlindung sepenuhnya iaitu orang utan, badak sumatra, monyet belanda dan gajah pygmy.
Dianggarkan 4,000 orang utan menjadikan hutan lembah danum sebagai habitatnya, menjadikan ia habitat terbesar primate itu di Borneo.
Program pemuliharaan di lembah danum bertujuan memastikan kelangsungan hutan hujan tropika dan hidupan liar, untuk generasi akan datang.
Pasangan diraja itu kembali ke Kota Kinabalu lewat petang tadi dan menginap di sebuah pusat peranginan 5 bintang di Tanjung Aru sebelum meneruskan siri lawatan ke luar negara sempena jubli intan pemerintahan Ratu Elizabeth Kedua ke kepulauan Solomon, awal pagi esok.
Ketibaan William dan Kate di lapangan terbang Kota Kinabalu pada Jumaat 14 Sept 2012, disambut gadis berpakaian tradisi Sabah termasuk kaum Rungus ini.
Ketika di Kuala Lumpur, Kate Middleton sempat bertemu pemenang pingat perak Olimpik London 2012 dan Beijing 2008, Dato Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, gangsa Olimpik London terjun 10 meter platform.
All the best William and Kate, God save the Queen.
No comments:
Post a Comment