Showing posts with label bini. Show all posts
Showing posts with label bini. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Biniku, antara band wanita paling popular di Asia Tenggara



Biniku adalah kumpulan muzik dari Indonesia yang amat berbakat dan hebat dan dianggotai sekurang kurangnya 8 wanita seksi, cantik dan hebat lagi menggiurkan.

Ketika artikel ini ditulis, Biniku sedang membuat persembahan di DJunction Club, Jalan Penampang dekat Lido.

Kumpulan ini amat profesional. Mampu menyampaikan dan memainkan apa juga lagu samada pop rock, heavy metal, hip hop, sumazau, disco dan progressive rock.

Namun tidak diketahui samada anggota kumpulan wanita ini sudah berkahwin atau tidak.

Jika anda minat Biniku, maka datanglah ke D Junction atau ke lokasi seterusnya dimana mereka melakukan persembahan.

Wednesday, January 12, 2011

Resepsi Perkahwinan Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu ini 15 Januari 2011


Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 29 tahun, dia kini wanita paling dikenali di Sarawak sebagai isteri Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud. Sebelum ini tiada sesiapa di Sarawak mengenali Ragad jika dia berkunjung ke Sarawak sebelum perkahwinannya itu.












Majlis resepsi perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Tan Sri Taib Mahmud, 74 tahun dan isterinya Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 28 tahun akan diadakan di Kuching pada Sabtu, 15 Julai ini.

Lokasinya di Dewan Santapan, Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.

Pada hari itu, kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melawat Sarawak di Bintulu, Belaga dan Kuching.



Pasangan ini berkahwin pada 18 Disember tahun lalu dengan majlis akad nikah diadakan di rumah Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya.

Sebelum ini, isteri Pehin Tan Sri Taib Mahmud, Puan Laila Taib yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April 2009.

Pehin Tan Sri Taib Mahmud adalah Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia, mula dilantik Ketua Menteri Sarawak pada 1981 dan sudah berkhidmat di bawah 4 Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ini adalah satu rekod perkhidmatan yang belum dapat diatasi dalam sejarah politik Malaysia.

Tahniah Pehin Tan Sri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs