Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Tomok akhirnya menamatkan zaman bujang bersama Pramugari pilihan hatinya


Tomok dengan isterinya Rahayu Abbas yang sekali imbas nampak macam Mas Idayu.. Hehehe jangan marah Tomok.. Gurau aja...

(Gambar Tomok diatas oleh madammondoq)

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27 tahun menamatkan zaman bujangnya apabila memilih Rahayu Abbas, 32 tahun sebagai pasangan hidup dan ratu hatinya.

Pasangan ini bernikah pada malam 1 Julai 2011 di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat Kuala Lumpur.

Kita doakan semoga Tomok berbahagia melayari alam rumah tangganya.

Tomok sebelum ini dikenali bersama kumpulan New Boyz yang popular pada awal 2000.

Selepas itu dia tenggelam dan kembali popular apabila muncul juara pertandinganb One in a Millon terbitan stesen TV 8TV Media Prima.


Aksi Tomok di final One in A Million pada 2009. Dia Juara pertandingan itu dan meraih hadiah wang tunai 1 Juta Ringgit.

Kali terakhir saya melihat Tomok di khalayak ramai apabila dia muncul di karnival Jom Heboh TV3 di Likas, Kota Kinabalu pada Ahad 26 Jun 2011.



Sebelum berkahwin Tomok ada ditemuramah media dan dia berkata akan mengekalkan imej keremajaannya meskipun setelah berkahwin.

Walaupun begitu, ujar Tomok, dia sebenarnya boleh menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan tidak hanya seperti remaja jika diperlukan.

“Saya rasa tak salah untuk mengekalkan imej seperti sekarang kerana peminat mengenali saya seperti ini,” ujarnya ketika ditemuramah mStar Online.

Pasangan ini melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama, Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat (2 Julai 2011), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai 2011) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai 2011).

Jelasnya, walaupun usianya muda lima tahun daripada pasangannya, namun mereka pandai menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Lebih penting, kata Tomok bakal isterinya memahami kerjaya seninya yang tidak tentu masa selain berjaya melalui dugaan selama lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Saya sudah bersedia untuk melalui alam perkahwinan dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Saya rasa, apabila sudah mempunyai teman hidup mungkin pemikiran dan cara hidup saya menjadi lebih matang,” katanya.

Tambah penyanyi yang sedang popular dengan lagu Bagaikan Bidadari dan Berlari ini, usia tidak menjadi penghalang sebaliknya mereka boleh bertolak ansur.

Apapun Tahniah Tomok dan Rahayu. Moga berbahagia hingga ke anak cucu.

Wednesday, January 12, 2011

Resepsi Perkahwinan Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu ini 15 Januari 2011


Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 29 tahun, dia kini wanita paling dikenali di Sarawak sebagai isteri Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud. Sebelum ini tiada sesiapa di Sarawak mengenali Ragad jika dia berkunjung ke Sarawak sebelum perkahwinannya itu.












Majlis resepsi perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Tan Sri Taib Mahmud, 74 tahun dan isterinya Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 28 tahun akan diadakan di Kuching pada Sabtu, 15 Julai ini.

Lokasinya di Dewan Santapan, Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.

Pada hari itu, kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melawat Sarawak di Bintulu, Belaga dan Kuching.



Pasangan ini berkahwin pada 18 Disember tahun lalu dengan majlis akad nikah diadakan di rumah Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya.

Sebelum ini, isteri Pehin Tan Sri Taib Mahmud, Puan Laila Taib yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April 2009.

Pehin Tan Sri Taib Mahmud adalah Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia, mula dilantik Ketua Menteri Sarawak pada 1981 dan sudah berkhidmat di bawah 4 Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ini adalah satu rekod perkhidmatan yang belum dapat diatasi dalam sejarah politik Malaysia.

Tahniah Pehin Tan Sri.

Ahmad Mohd Isa, 110 tahun, mahu mencari isteri..



Ahmad Mohd Isa, lahir 1909, usia kini 110 tahun.. dan mahu mencari isteri..

Bermula sebagai senda gurauan, kisah seorang warga emas berusia 110 tahun yang kesepian mahu berkahwin lagi, bertukar menjadi igauan.

Kisah yang pernah menjadi laporan muka depan akhbar tabloid, menjadikan keluarga Ahmad Mohd Isa serba salah, lebih-lebih lagi apabila ada ibu tunggal kesepian, menawarkan diri mahu menjadi teman hidupnya.

Hmm.. usia bukan penghalang kepada Ahmad Mohd Isa untuk mencari kebahagiaan hidup.

Di Tawau, Sabah pada hujung Disember lalu, seorang penghuni rumah warga tua di Air Panas, Tawau, lelaki berusia 77 tahun bertemu jodoh dengan seorang wanita, juga penghuni rumah warga tua itu yang berusia 61 tahun.

Kedua duanya keturunan Cina.

Jadi dalam kes Ahmad Mohd Isa, ia bukannya sesuatu yang mustahil.



Bagi Sanah Ahmad, 82, yang telah menjanda sejak 30 tahun lalu, hatinya terpaut dengan Ahmad Mohd Isa dari Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, sebaik sahaja terpandang wajahnya di akhbar, kelmarin.

Menurutnya, dia yang mengetahui niat Ahmad untuk mencari calon isteri segera menyatakan hajatnya untuk menjadi teman hidup lelaki tersebut kepada anak bongsunya, Sabaha Ahmad, 42.

Katanya, dia juga meminta Sabaha agar segera menghubungi keluarga pihak lelaki terbabit untuk mendapat persetujuan menjadi calon isterinya.

"Sejurus terpandang wajahnya, hati saya terpaut kerana mirip mukanya seperti arwah suami saya sebelum ini terutama di bahagian mata.

"Malah namanya juga sama iaitu Ahmad," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Rejang Setapak Jaya, di sini hari ini.

Jelas Sanah, dia bersedia menjadi isteri kepada Ahmad bagi menemaninya sepanjang hidup selain menjaga makan dan minumnya.

Menurut Ahmad, dia pernah berkahwin sebanyak lima kali dan empat daripada isterinya telah meninggal dunia dan hanya bercerai sekali dalam perkahwinannya iaitu dengan isteri kelimanya.

Semoga berbahagia Encik Ahmad.

Wednesday, March 31, 2010

Amber Chia akhirnya dedahkan identiti suaminya...


Inilah wajah Adrian Wong, suami kepada supermodel Amber Chia







Selepas dikejutkan dengan berita perkahwinannya pada 25 Mac lalu, ramai yang tertanya siapa gerangan lelaki yang berjaya menambat hati supermodel terkenal Malaysia, si gadis jelita Amber Chia?

Teka-teki itu berakhir semalam apabila Amber, 28, bersama suami tampil berhadapan media. Rupa-rupanya suami Amber dan lelaki yang bertuah itu adalah Adrian Wong, 36, yang dikenali di kalangan media sebagai bekas pengasas Absolute Entertainment, sebuah syarikat pengurusan acara yang sebelum ini bertanggungjawab menganjurkan konsert Pussycat Dolls dan penyanyi popular Hong Kong, Andy Lau di ibu negara.

Saling mengenali sejak enam tahun lalu, Adrian, duda beranak dua, dikatakan telah melamarnya kira-kira lima bulan lalu. Dalam pertemuan itu juga, Amber turut meluahkan hasratnya untuk bergelar ibu sebelum usia 30 tahun.

Hmmm.. dalam jutaan lelaki di dunia yang menyimpan hasrat nak berkahwin dengan Amber, hanya Adrian Wong yang betul betul bertuah..!!! Syabas Adrian.. apa rahsia anda hingga berjaya memikat hati gadis jelita dan supermodel terkenal Malaysia??

Kongsilah sikit rahsia tu... banyak jejaka dan lelaki bujang dan lelaki duda di sini yang nak belajar ilmu anda!!!! hehehe

Semoga berbahagia Amber dan Adrian.

Thursday, March 11, 2010

Nik Aziz tidak setuju perkahwinan bawah umur - susulan kes dua kanak kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun dikahwinkan

sumber Bernama

NIK AZIZ TIDAK SETUJU PERKAHWINAN BAWAH UMUR - 10 Mac 2010 (Kota Bahru)

Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.

Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata.

"Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya.

"Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu," katanya.

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunnah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini.

Nik Aziz berkata beliau hairan kejadian itu boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri sudah membuat peraturan melalui Enakmen Keluarga Islam yang mensyaratkan setiap pasangan wanita berusia 16 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin mengikut enakmen itu.

Menurut laporan media, bapa kanak kanak malang berusa 11 tahun itu adalah seorang tabligh.

Apa rasionalnya dia berbuat begitu, tak diketahui.

Budak perempuan baru berusia 11 tahun sepatutnya menuntut dalam Tahun 5, belum cukup umur lagi... belum layak lagi ikut UPSR, apa lagi PMR, SPM dan STPM..

Budak itu juga tidak tahu apa itu hubungan suami isteri... sebaliknya dia hanya budak budak yang belum pun menempuh alam remaja!!!!!!!!!!

Yang dikahwinkan dengan budak itu pula lelaki tua bangka berusia 41 tahun!! Nasib baik bukan lelaki berusia 77 tahun atau 100 tahun atau 1 setengah Abad!!!!!!!!! Nak Mampus????????

Apa sudah jadi dengan bapa budak perempuan itu??? Adakah dia sudah gila atau hilang kewarasan dan hilang pertimbangan ataupun paksi kerasionalannya mengalami kerosakan teknikal yang maha teruk????????

Dimana logikanya???????

Saturday, May 30, 2009

Alahai Anak Bapak!! Bapak kahwin, Anak pun kahwin!!!!


Bagai Pinang Di Belah Dua - Mohd Nurfaizalizwan Mohamad Senuan dan isterinya (kiri) dan Bapanya, Mohamad Senuan Ahmad Hariri dan isteri, di majlis persandingan serentak Anak dan Bapak...Alahai Anak Bapak!!!

Ini sesuatu yang jarang berlaku di Malaysia dan juga di Dunia. Seorang Bapa dan anak lelakinya melangsungkan perkahwinan dan persandingan serentak dengan pasangan masing masing !!

Namun isteri si Bapak lebih muda daripada isteri si Anak!!! Wahhh pandai Bapak memilih... boleh berkongsi ilmu ke?? hahahaha

Lebih unik, majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur itu turut dihadiri dan disaksikan bekas isteri Bapak!!!

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohamad Senuan dan anaknya - Mohamad Nurfaizalizwan!!!

In Kuala Lumpur, a father and his son tied the knot with their respective spouse at the same time and same venue!!!

But the father won, for his wife is younger than his son's bride.

This is the newsreport of the Anak Bapak wedding by Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 30 Mei – Bagi Mohd. Nurfaizalizwan tiada yang lebih membahagiakan selain daripada berpeluang bersanding serentak dengan bapa tercinta, Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 45 tahun.

Persandingan ‘anak bapak’ itu menyaksikan Mohd. Nurfaizalizwan, 22, bersama pasangannya, Siti Yusnita Ab. Manah, 23, manakala bapanya, Mohamad Senuan dengan Intan Nor Farliana Shamsudin, 19.

Majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Bukan sahaja mereka bersanding bersama, anak dan bapa itu juga berpakat memberikan wang hantaran kepada pasangan masing-masing dengan jumlah yang sama iaitu RM8,000.

Lebih menarik majlis itu turut disaksikan oleh bekas isteri Mohamad Senuan iaitu Norliah Hussin, 45, yang juga mengambil bahagian dalam upacara merenjis pasangan pengantin tersebut.

Ketika ditemui, Norliah berkata: ‘‘Saya sungguh gembira kerana majlis persandingan bekas suami dan anak sulung kami berlangsung dengan meriah’’. (this should be quote of the year 2009)!!

Mohd. Nurfaizalizwan, 22, berkata, hasrat bapanya mahu mengadakan majlis persandingan mereka secara serentak disambut dengan kegembiraan berganda seluruh keluarga kedua belah pihak.

‘‘Sukar untuk menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata. Tidak pernah termimpi akan bersanding serentak dengan bapa dalam majlis yang sama.

‘‘Peristiwa ini cukup indah dan menjadi sejarah yang sangat bermakna untuk diri saya sekeluarga,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini malam ini.

Beliau yang bekerja sebagai Pengurus Setor di syarikat swasta bernikah dengan Siti Yusnita pada 30 April lalu manakala bapanya, Mohamad Senuan diijab kabul dengan Intan Nor Farliana pada 23 Mei lalu.

Sementara itu, Mohamad Senuan berkata, idea untuk mengadakan persandingan serentak dengan anaknya diperoleh daripada filem Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Anak Bapak.

‘Selain dapat mengumpulkan ahli keluarga dalam satu majlis yang sama, kami juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan.

‘‘Majlis ini akan menjadi kenangan indah seumur hayat,’’ kata ahli perniagaan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Majlis persandingan yang berkonsep batik warna warni itu dihadiri hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada sanak saudara kedua-dua keluarga serta kenalan rapat mempelai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs