Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Perempuan, isteri dan .... antara filem terbaik pernah dilahirkan di Malaysia



Filem Perempuan, Isteri dan .... arahan U-Wei Haji Shaari ditayangkan pada 1993, antara filem terhebat pernah ditayangkan di Malaysia selepas era P. Ramlee dan kegemilangan studio Jalan Ampas dan Studio Merdeka, Ulu Klang.

Filem itu menyerlahkan lakonan sensasi seorang muka baru ketika itu, Nasir Bilal Khan. Lakonan Nasir Bilal Khan amat hidup, berkesan dan seolah olah benar benar berlaku dan bukan berlakon. Pelakon Hollywood yang mampu beraksi dengan berkesan ialah Robert De Niro dan Al Pacino.

Perempuan, Isteri dan .... mengisahkan mengenai Zaleha (Sofia Jane Hisham) yang melarikan diri dari kampung pada hari perkahwinannya dengan Amir (Nasir Bilal Khan) lalu berkahwin dengan kekasihnya Jalil di Golok, selatan Thailand. Amir menyimpan dendam dan menjejaki Zaleha untuk menebus malunya.

Di Golok, Amir menembak Jalil sampai mati.

Zaleha kemudiannya dijual kepada Som Chai dan dipaksa menjadi pelacur. Namun dendam kesumat Amir belum terpadam, setelah 6 bulan dia kembali semula lalu mengambil Zaleha untuk dibawa pulang ke kampung.

Dalam perjalanan, Amir melayan Zaleha dengan kasar.

Namun Zaleha akhirnya berjaya memerangkap Amir dan bilik hotel mereka diserbu Jabatan Agama Islam dan mereka akhirnya berkahwin setelah didapati berkhalwat.

Semasa di kampung, Zaleha mula mencetuskan kontroversi yang bakal memusnahkan hidupnya serta Amir.

Berikut antara babak menarik dalam filem itu.


Dialog "mana kau dapat duit beli baju tu?? Kau menyundal ye masa aku tak ada???"
" Kau pergi sekarang... tetapi kedai Pak Din dah tutup.. Kau Pergi sekarang!!!"




Satu lagi babak menarik "engkau diam dulu... kau diam dulu!!!"
"Zaleha kenapa kau buat aku macam tu???... Jawabbb aku!!"
"Ni semua kau punya sebab... kau paksa diaa.. kau paksa diaaaa!!!"




Babak akhir yang terus diingati sehingga kini. Akhirnya 3 maut ditangan Amir termasuk Zaleha, seorang lelaki 3 suku yang gilakan Zaleha dan abang Amir sendiri.

Lakonan mantap : Sofia Jane Hisham, Nasir Bilal Khan, Yusof Mohammad, Fetty Zul, Normah Damanhuri, M. Rajoli, Jamaluddin Kadir, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Johari Yusuf, Rosni Yusuf, Fendy, Ali Osman, Sudiro Sukirman, Ismail Yaacub, Bibi Putri Zaitun, Alias Yusuf, Anuar Idris, Ramlee Saleh, Ahmad Bahiki, Kamarool Hj. Yusuf, Bohari Ibrahim, Shamsul Kamal, Ku Mustapha, Syed Basil, Razali Safar, Mohd. Rawi Said, Jaafar Wira, Sohara, Dalimawati Ismail, Sani Sudin, Dewa Sapri, Ali Rahman, Rohaya Rahman, Raja Hamidah

Arahan : U-Wei Hj. Shaari

Terbitan : Berjaya Film Production Sdn. Bhd.

Tarikh Tayangan : 26 Ogos 1993

Wednesday, January 12, 2011

Resepsi Perkahwinan Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu ini 15 Januari 2011


Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 29 tahun, dia kini wanita paling dikenali di Sarawak sebagai isteri Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud. Sebelum ini tiada sesiapa di Sarawak mengenali Ragad jika dia berkunjung ke Sarawak sebelum perkahwinannya itu.












Majlis resepsi perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Tan Sri Taib Mahmud, 74 tahun dan isterinya Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 28 tahun akan diadakan di Kuching pada Sabtu, 15 Julai ini.

Lokasinya di Dewan Santapan, Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.

Pada hari itu, kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melawat Sarawak di Bintulu, Belaga dan Kuching.



Pasangan ini berkahwin pada 18 Disember tahun lalu dengan majlis akad nikah diadakan di rumah Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya.

Sebelum ini, isteri Pehin Tan Sri Taib Mahmud, Puan Laila Taib yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April 2009.

Pehin Tan Sri Taib Mahmud adalah Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia, mula dilantik Ketua Menteri Sarawak pada 1981 dan sudah berkhidmat di bawah 4 Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ini adalah satu rekod perkhidmatan yang belum dapat diatasi dalam sejarah politik Malaysia.

Tahniah Pehin Tan Sri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs